Monday, March 29, 2010

MALAM PERTAMA DI SYURGA ALLAH…..

Bismillah hirrahman nirrahim…..Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih diberi taufik dan hidayah untuk terus menulis dan menulis. Moga-moga penulisan ini dapat memberi manfaat kepada mereka-mereka yang sentiasa mencari hidayah Allah serta menjadi bekalan untuk diriku di akhirat nanti. Ameen ya Rabb….

Bukan mudah untuk memastikan “hari pertama” kita berada dalam syurga. Kerana ia memerlukan perjuangan dan amalan yang banyak semasa hidup di dunia. Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan onak dan duri. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia. Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan yang disediakan untuk mereka yang derhaka kepada Allah s.w.t.

Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan Rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan pengorbanan yang sangat tertinggi yang bermula dari keimanan kepada Allah s.w.t,. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan. Bukan mudah untuk masuk syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syiatan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.

Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut kehendak hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan. Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman, bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.


Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan : orang jahil semuanya binasa kecuali orang yang berilmu, Orang berilmu semua akan binasa kecuali yang beramal, Orang yang beramal akan binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya yang lasak sahaja yang berjaya samapi ke mercu.

Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan mengikut kehendak Allah s.w.t. Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat berkekalan untuk selama-lamanya. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang sifat sementara. Hanya orang cetek akal sahaja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.

Syaitan selalu membisikkan kepada kita tantang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawasi dari serangan penyakit batin seperti ria’, ujub, bongkak, sombong serta kesemua sifat tercela yang boleh merosakkan amalan kita. Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah terlebih dahulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah sudah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah yang menggerakkan kita untuk beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita perlu bersyukur kerana Allah telah gerakkan kita untuk beramal.

Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali r.a yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali r.a memang terkenal dengan zuhud dan banyak melakukan amal ibadat. Bagaimana pula dengan diri kita ye? Saidina Ali r.a menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.Oleh itu kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.

Ingat sekali lagi pesanan Nabi SAW :
”Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.”

Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Banyak syarat yang wajib dimiliki untuk memastikan seseorang mendapatkan ”Kunci Syurga” yang melayakkannya bergelar ”Ahli Jannah ” (ahli syurga).

Sekadar Perkongsian

Sumber : Buku Malam Pertama Di Syurga
Karangan Adil Akhyar, SH,LL.M


0 comments:

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Dulu, Kini dan Selamanya...

Dulu, Kini dan Selamanya...

### salam ukhwah ###....

My Photo
Mujahideen
Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-) "kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
View my complete profile

MUTIARA KATA

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

bicara siswa

Followers

Nasyid FM

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all