Friday, March 4, 2011

RINDU BERJUMPA DENGAN ALLAH...

Ketika cinta kepada Allah SWT telah bertakhta dalam hati hamba, maka dengan sendirinya ia akan selalu berusaha keras mengambil kesempatan yang ia miliki untuk berkhalwat dengan Allah, berzikir dan bermunajat kepadaNYA. Berusaha menyatukan hatinya bersama ALLAH swt. Setahap demi setahap akan lahirlah kerinduan yang terpendam kepada Allah swt yang bersemayam dalam hati dan mendorongnya untuk dapat melihatNya. Ketika diberitahu kepadanya bahawa Allah swt tidak dapat dilihat dan ditemui di dunia tetapi setelah mati, maka bertambahlah kerinduannya untuk bertemu dengan Allah swt.

Pertemuan dengan kekasih Yang Maha Agung, Zat Yang selama bertahun-tahun ia selalu bermunajat kepadaNya dan menmpahkan air mata dalam mihrabNya.

Pertemuan dengan Zat yang telah ia seru diwaktu-wktu genting, ia selalu mendapatiNya dekat dengannya dan mengabulkan doanya.

Pertemuan dengan Zat yang mencukupi, mengawasi dan menolongnya dari diriny dan musuhnya. Pertemuan dengan Zat yang member, memuliakan, menjaga dan memeliharanya dari setiap bencana dengan sebaik-baiknya.

Hasan al-Basri berkata,”Sesungguhnya, para pencinta Allah swt adalah orang-orang mewarisi kehidupan yang baik, merasakan kenikmatan ketika dapat bermunajat dengan kekasih mereka, dan mendapatkan kemanisan dalam hati mereka. Lebih-lebih lagi jika sudah terdetik dalam hati mereka, nescaya mereka akan mengingati kebesaranNya. Tersingkaplah tirai yang menutupi (pandangan)nya di tempat yang aman dan menggembirakan. Diperlihatkan kepada mereka keagunganNya dan diperdengarkan kepada mereka kelazatan perkataanNya serta disampaikan kepada mereka jawapan atas apa yang mereka munajatkan setiap hari dalam kehidupan mereka.

Dengan demikian, kerinduan kepada Allah swt adalah buah dari bertakhtanya cinta dalam hati seorng hamba. Ibnu Rajab menegaskan hal ini dalam perkataannya, “Kerinduan pada Allah swt merupakan darjat inggi yang dibangunkan dari kekuatan cinta kepada Allah swt. Sesungguhnya, Rasulullah s.a.w pernah meminta darjat ini kepada Allah swt.”

Disebutkan dalam doa Rasulullah S.A.W :

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu keredhaan terhadap ketentuanMu, ketenangan hidup sesudah kematian, kelazatan melihat wajahMu, dan kerinduan untuk berjumpa denganMu tanpa adaya halangan yang menyukarkan dan tanpa adanya ujian yang menyesatkan.”


Rasulullah s.a.w meminta kepada TuhanNya kerinduan untuk berjumpa denganNYA tanpa adanya hal-hal yang menyukarkannya. Baginda berdoa dengan sabda, “Kesempitan dunia dan takdir yang menyakitkan, atau fitnah dalam agama yang menyesatkan atau kalimah lain yang bermakna menjadikan kerinduan pada Allah itu lahir dari dorongan rasa cinta.”


Disebutkan dalam sebuah atsar bahawa Allah SWT berfirman, “Ingatlah, sesungguhnya orang-orang yang soleh telah lama rindu untuk bertemu denganKU. Padahal AKU jauh lebih rindu kepada mereka. Tidaklah para perindu itu rindu kepadaku kecuali kerana kurnia kerinduanKU kepada mereka. Ingatlah, barang siapa mencariKU, nescaya ia akan mendapatkanKU. Barangsiapa mencari selainKU, nescaya ia tidak akan pernah mendapatkanKU. Adakah orang yang menghadap kepadaKU, kemudian AKU tidak menyambtnya? Adakah orang yang berdoa kepadaKU, lalu AKU tidak makbulkan doanya? Dan adakah orang yang meminta kepadaKU, lalu AKU tidak member kepadanya?”….

(Sumber : Mencintai dan Dicintai Allah)

Tuesday, March 1, 2011

SARAWAK BUMI DIBERKATI...

Bismillah walhamdulillah….sampai saat ini Allah masih lagi member kesempatan untuk diriku memperbaiki iman dan amal, serta terus melakukakn kerja-kerja amal. Smoga semuanya menjadi bekalanku diakhirat kelak. Masih teringat nasihat seorang ustaz sewaktu aku belajar zaman muda-muda dulu, katanya “ Harta kite yang sebenarnya adalah harta yang telah kita infakkan untuk jalan Fisabilillah, bukan harta yang kita simpan. Justeru, simpanlah harta kita dengan menginfakkan pada jalan Allah, nescaya kita akan mendapatkannya semula apabila kite kembali pada Allah…”. Alhamdulillah,Kata-kata ini telah memberi motivasi pada diriku untuk menjadi hamba Allah yang pemurah….

Sungguh pantas masa berlalu, sedar atau tidak sudah 3 bulan diriku berada di Bumi Kenyalang atau aku lebih suka menamakannya dengam bumi diberkati. Aku menamakan Sarawak sebagai bumi diberkati disebabkan Sarawak mempunyai medan yang sangat luas utk medan dakwah. Sesuai untuk hamba-hamba Allah yang ingin mencari bekalan untuk hari akhirat kelak. Mana tidaknya, masyarakat kat sini sangat dahagakan agama, tenaga pengajar yang ada pun masih tidak mencukupi untuk membantu masyarakat kat sini menambah ilmu pengetahuan tentang agama Islam. Justeru, masyarakat kat sini, sangat membutuhkan para daie dari semenanjung untuk mengajar agama kepada masyarakat disini. Justeru, para guru,ustaz dan juga ustazah kat sini perlu berkorban masa dan harta untuk mendidik generasi ini, mudah-mudahan suatu hari nanti mereka pula yang akan menjadi murabbi dan murabbiyah di tanah air mereka sendiri.

Apabila tiba sahaja disini, aku teringatkan peristiwa hijarah Rasulullah saw, yang mana sewaktu Rasulullah SAW berhijarah ke madinah, terdapat dua kumpulan besar yang telah disatukan oleh Rasulullah SAW iaitu kaum muhajirin dan juga kaum Ansor. Kaum muhajirin adalah penduduk Makkah yang bersama-sama dengan Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, sementara kaum Ansor pula adalah penduduk Madinah yang menyambut kedatangan Rasulullah SAW dan para sahabat ra. Bila aku disini, aku telah berazam untuk mencontohi kaum muhajirin, yang mana sebelum pulang ke tanah air perlu tinggalkan sesuatu untuk Allah disini. Moga-moga Allah member kekuatan untuk diriku memperluaskan empayar Rasulullah SAW disini. Memang tidak dinafikan, kehidupan disini agak mencabar terutamanya untuk para daie. Jika dahulu, sudah menjadi kebiasaan utk diriku bercakap dan bermuzakarah tentang soal agama dengan kawan-kawan dan teman-teman. Namun disini, daku perlu memperkenalkan Islam kepada pelajar-pelajarlu yang kebanyakannya nonmuslim yang beragama KRISTIAN. Setiap hari aku dilontarkan persoalan-persoalan perbandingan agama. Kedaaan ini sedikit sebanyak telah member motivasi kepadaku untuk membaca buku2 agama termasuk berkaitan agama lain sebelum masuk kelas walaupun aku bukan mengajar pendidikan Islam. Smoga Aku terus istiqamah dengan perjuangan Islam disini….Amen….

Impianku..

Impianku ialah menjadi orang yang beriman
Disaluti rasa gerun dan taqwa kepada Allah
Jiwaku penuh penghayatan dan keyakinan terhadap Islam
Solatku lambang maruah diriku
Ilmu sentiasa diburu, disebar, dan diimarah
Sentiasa lapar dan dahaga akan pahala
Sentiasa bersama mujahid yang berjuang fiisabilillah
Tidak takut berkata benar
Tidak pernah gentar melawan nafsu

Impianku ialah menjadi orang yang menjaga tutur katanya
Tidak bermegah dengan ilmu di dada
Tidak menyombong dengan harta dunia yang dianugerahkan
Sentiasa berbuat kebajikan kerana mengejar sifat pemurah
Mempunyai ramai sahabat yang sentiasa bertambah

Impianku ialah menjadi seorang yang menghormati ibu dan ayah
Sentiasa berbakti kepada keluarga dan masyarakat
Memimpin dan menjaga kerukunan rumahtangga
Mendidik dan menyerapkan peradaban Islam ke dalam jiwa
Isteri tercinta dan anak-anak tersayang
Hidupku penuh kesederhanaan
Kerana dunia bagiku ialah rumah sementara
Dalam menuju akhirat hakiki

Impianku ialah menjadi orang yang sentiasa bersedia menjadi imam
Hidup di bawah naungan Al-Qur’an dan As-Sunnah rasulullah s.a.w
Mudah diajak berbincang dan berbicara
Sentiasa menundukkan pandangan
Sujudku membuahkan rasa hina diri sebagai hamba
Tulus ikhlas mengharapkan rahmat Allah

Impianku ialah peka dan optimis akan masa yang sentiasa mencemburui
Mataku layu kerana rakus menelaah
Suaraku lesu kerana keletihan mengaji dan berzikir
Tidurku lena bertemankan cahaya keimanan
Bangunku subuh ibarat harimau kelaparan
Buah tahajjud dan air mata tangisan menjadi hidangan
Kerana usiaku lanjut meniti kematangan



Impianku ialah peringatan mati sebagai teman sejati
Kerana bagiku dunia adalah ladang akhirat
Panorama kehidupan perlu dibaja dan disemai
Agar berputik tunas yang bakal bercambah menjadi baja yang berkualiti
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Impianku ialah menjadi orang yang tidak terlena dengan hambatan dunia
Kerana daku mengimpikan syurga firdausi
Di situlah rumahku kekal abadi

Perkenankan impianku Ya Allah…
Amen Ya Rabbal ‘Alameen…

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Dulu, Kini dan Selamanya...

Dulu, Kini dan Selamanya...

### salam ukhwah ###....

My Photo
Mujahideen
Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-) "kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
View my complete profile

MUTIARA KATA

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

bicara siswa

Followers

Nasyid FM

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all