Saturday, September 13, 2008

ILAL LIQA' YA RAMADHAN.....

Salamullahi ‘Alaikum

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Pentadbir sekalian alam,Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad rasul utusan Allah,kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda seluruhnya.


Alhamdulillah, sudah masuk second-half ramadhan tahun ini. Pasti ada di kalangan kita semua semakin gembira kerana hari raya akan menjelang tiba, dan pastinya amat sedikit di kalangan kita yang bersedih untuk meninggalkan ramadhan yang akan pergi, kerana tidak pasti lagi sama ada akan bertemu lagi ramadhan tahun hadapan.

Seperti lazimnya suatu perlawanan bola sepak, apabila masuknya second-half, para pemain akan lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gol bagi mencari kemenangan,tanpa menghiraukan rasa letih dan ‘pancit’. Hal ini disebabkan beberapa faktor. Pertama,ganjaran yang akan menunggu mereka jika mereka memperoleh kemenangan dan kedua, penghayatan mereka terhadap sukan ini amat tinggi, sehingga ada yang berkata sanggup mati demi bola (seperti yang ditonjolkan dalam filem Green Street Hooligans)

Inilah yang sepatutnya terjadi kepada seseorang yang mengaku dirinya sebagai MUSLIM dan MUKMIN. Tatkala ramadhan kian melabuhkan tirainya, masih ramai lagi umat Islam yang lalai dan leka untuk menunaikan ibadat seolah-olah ramadhan tiada erti baginya. Sedangkan dalam al-Quran Allah telah memberi jaminan ketaqwaan bagi mereka yang berpuasa dan menghayati ibadah. Amatlah rugi bagi mereka yang melepaskan peluang keemasan ini. Kita harus sedar, yang menentukan kedudukan hamba di sisi Allah ialah taqwa, dan yang menentukan destinasi kita di akhirat nanti juga adalah taqwa.

Apabila kita menghisab diri kita, barulah disedari mengapa susah untuk mendapatkan ‘taqwa’. PENGHAYATAN. Rupa-rupanya kita kurang menghayati ibadah yang kita lakukan. Kita hanya solat kerana Allah suruh, bukan lahir dari rasa bertanggungjawab untuk menunaikan solat. Kesannya, solat yang ditunaikan amatlah ‘ringkas’, seperti kata ustaz Hasrizal, ‘solat professional’. Dan sebab itulah juga puasa yang dilakukan sekadar mendapat letih dan dahaga.

Bagi mereka yang menghayati sesuatu perkara yang dilakukan, mereka akan berasa seronok dan suka akan perkara tersebut. Sebagai contoh, remaja yang sedang asyik bercinta. Tiap detik dan tiap waktu terbayang-bayang wajah orang tersayang. Rasa rindu membuak-buak di kalbu. Alangka baiknya jika rasa rindu kepada kekasih ini ditukar dengan rasa rindu kepada KEKASIH. KEKASIH inilah yang akan menunaikan setiap permintaan kita, yang akan memberi pertolongan di kala kita susah,berbanding dengan kekasih.

Satu lagi contoh ialah pelajar perubatan. Jika seseorang pelajar perubatan itu menghayati ilmu yang ditimba, maka akan semakin dekatlah dirinya dengan Allah. Jika seorang pelajar perubatan merokok atau meminum minuman keras, ini menunjukkan penghayatannya terhadap bidang ini adalah kosong. Inilah yang dikatakan ‘ilmu tanpa amal umpama pokok yang mandul’. Saya teringat kata-kata seorang ophthalmologist dari HUKM, Professor Dr.Muhaya, yang memberi ‘amaran’ kepada pelajarnya yang merokok,”You won’t be a doctor unless you quit smoking”.

Begitulah betapa pentingnya penghayatan dalam kita melakukan sesuatu perkara. Untuk menghayati sesuatu ibadah, perlu adanya persediaan. Sepatutnya sebelum ramadhan menjelang, kita sudah melatih diri kita dengan berpuasa sunat.

Sebelum kita menunaikan solat fardhu, kita tunaikan solat sunat terlebih dahulu dan sebaik-baiknya kita rancang surah apa yang akan dibaca semasa solat nanti. Luangkan sedikit masa untuk membuka kitab tafsir al-Quran untuk mengetahui maksud ayat yang akan dibaca nanti. Jika cara ini diamalkan, insya Allah solat yang akan didirikan akan lebih khusyuk. Apabila solat kita khusyuk, maka kemungkaran akan semakin jauh daripada kita.

Para sahabat juga dilarang oleh rasulullah daripada mengkhatamkan al-Quran dalam masa sehari dan tempoh paling singkat untuk khatam al-Quran adalah setiap tiga hari. Hal ini disebabkan rasulullah pentingkan penghayatan dan juga kualiti ibadah yang dilakukan.

Justeru, sementara ramadhan masih lagi di sisi, marilah kita semua meningkatkan penghayatan terhadap ibadah yang kita lakukan agar kualiti amalan kita semua ditingkat dari masa ke masa . Semoga amalan-amalan kita semua akan diterima oleh-Nya dan syurga-Nya nanti jadi destinasi kita semua di akhirat. Salam Lailatul Qadr.

Wednesday, September 10, 2008

PERJALANAN KEHIDUPANKU.....

Suatu masa dulu…
Hamba Mu ini hanyut dalam arus kehidupan,
Begitu sibuk mengejar impian,
Dengan harapan mendapat penghormatan dan kemewahan,


Dunia yang fana ini menjadi matlamatku,
Cinta berteraskan nafsu menjadi buruanku,
Perihal akhiratku tiada ku endahkan,
Perintah dan larangan Mu tidak ku hiraukan,
Azab dan seksaan Mu tidak ku risaukan,
Syurga dan neraka tidak ku fikirkan…


Sehinggalah pada suatu hari…
Engkau menguji ku dengan kegagalan,
Yang memusnahkan segala harapan,
Menjadikan hamba Mu ini bergelut dengan kesedihan…


Ya Rahman…
Di saat itu sangat sukar bagi ku menerima kenyataan,
Ku bertanya di mana kesilapan dan kesalahan,
Hingga ku persoalkan apa yang telah Engkau takdirkan,
Ku menjerit di mana keadilan dan belas kasihan Mu oh Tuhan!


Dan kini...
Barulah ku sedari,
Pada kegagalan yang ku anggap suatu ketidakadilan itu,
Terselit nikmat kasih sayang Mu ya Rahim,
Kerana melalui kegagalan itulah aku mula mengenali Mu,
Disebabkan kegagalan itulah aku menyedari bahawa
Dunia tidak patut dijadikan matlamat,
Cinta berlandaskan nafsu tidak patut dijadikan buruan,
Lantas aku berpaling darinya dan berlari ke arah cinta Mu,
Hanya keredhaan Mu sahajalah yang ingin ku raih kini...


Ya 'Azim...
Inginku luahkan kesyukuranku kepada Mu,
Kerana di antara berjuta manusia,
Engkau telah sudi memilih diriku yang hina dina ini,
untuk menerima taufiq dan hidayah dari Mu
dan menghijrahkan diriku dari alam jahiliyah
ke alam uluhiyyah dan ubudiyyah...


Ya Allah...
Aku amat berterima kasih kepada Mu
Kerana Engkau tidak pernah membiarkan diriku terus tersesat
Dalam kehidupan yang serba sementara ini,
Meskipun ketika itu aku sering terlalai dari mengingati Mu...


Memang tidak dapat dinafikan lagi,
Bahawa sesunggungnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…


Ya 'Aziz…
Izinkanlah aku untuk terus berada di dalam jalan Mu ini
untuk selama-lamanya,
Janganlah Engkau kembalikan aku ke lorong gelap
yang membawa kepada kesesatan,
Ampunkanlah kejahilan dan kelalaianku selama ini,
Pimpin dan bimbinglah hamba Mu yang lemah ini ke arah cinta Mu,


Ku mohon agar Engkau teguhkanlah tugu keimanan ku,
Benarkanlah aku untuk merasai halawatul iman,
Anugerahkanlah kepada ku kekuatan dan kesabaran,
Pekakkanlah telinga ku dari sebarang sindiran dan ejekan,
Kebalkanlah jasadku dari segala kesakitan,
Dalam menjalankan amanah yang Engkau pikulkan di bahu ku…


Ya Khaliq...
Jadikanlah setiap hembusan nafasku,
Setiap kelipan mataku,
Setiap degupan jantungku,
Setiap helaian rambutku,
Setiap bait perkataanku,
Setiap hayunan tanganku,
Setiap langkah kakiku
Dan setiap titisan darahku,
Hanyalah untuk Mu…


Sebelum tiba ajalku,
Ingin ku merayu kepada Mu,
Bukakanlah pintu hati insan di sekelilingku,
untuk mengampuni dosa-dosaku terhadap diri mereka,
Lancarkanlah lidahku untuk menjawab soalan malaikat utusanMu,
Luaskanlah dan terangilah tempat pembaringanku,
Meriahkanlah pusaraku dengan ayat-ayat suci Mu,
Permudahkanlah perjalanan ku di alam seterusnya...


Curahkanlah redha Mu terhadapku sepanjang hayatku
Dan izinkanlah aku untuk mengadapmu Di dalam Jannah yang serba indah...


Dan esok, Andainya aku tidak bernafas lagi,
Sampaikanlah ucapan selamat tinggalku kepada insan yang ku sayangi,
Bimbinglah mereka sepertimana Engkau telah sudi membimbing diri ini,
Agar dapat ku bertemu dengan mereka lagi,
Di pertemuan yang hakiki,
Di dalam syurga yang kekal abadi...

YA ALLAH......YA RAHMAN....

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui jihad dan syahid di jalanMu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga terlupa pada kasihMu yang hakiki dan abadi.

Lembaran Baru...


Lembaran Baru...
Fajar subuh menyingsing,
suria mula menyinari bumi,
namun sinarannya malap,
bayunya lebih dingin,
tak seperti di tanah itu, tanah kelahiranku....

Lembaran tahun ini,
ku buka di bumi asing,
jauh dari keluarga,
jauh dari semua...

Seketika aku termenung,
mengimbau segala kenangan semalam,
saat aku masih di tanah itu,
tika aku sudah bergelar perantau,
terukir senyuman yang entah apa maknanya...

Seketika ku bermonolog,
walau kadang tidak ku mengerti
mengapa begini perjalanan hidupku,
namun ku pasti ini terbaik buatku,
kerna al-Khalid lebih memahami diriku,
dari aku sendiri,
kerna dia Penciptaku..

Terukir lagi senyuman di bibir,
onak duri sakit semalam,
segalanya hanya ujian seketika,
tanda kasih ar-Rahim buatku,
mengingatkan aku tika lupa,
mengejutkan aku tika lena,
Alhamdulillah tanda bersyukur...

Pandangan ku lempar jauh,
terbayang kisah suka semalam,
manis sehingga kini masih terasa,
senyuman terukir lagi,
tidak pernah putus rahmat yang Esa,
sungguh aku bahagia,
dipinjamkan mereka dalam hidupku,
keluarga, teman setia, walau jauh beribu batu, hati kita tetap satu...

Ku tundukkan pandangan,
ku renung batu-batu hitam di jalanan,
terkenang hitam noda yang ku lakukan semalam,
terhapus senyuman,
sungguh aku hamba kerdil yang hina,
tidak bisa lari dari dosa dan noda...

Ku hela panjang nafasku,
ku lempar jauh-jauh pandanganku,
Allah masih meminjamkan aku usia,
tiada guna hanya bersedih atas noda semalam,
jika tiada disusuli taubat,
jika tiada perubahan...

Sedarlah penawar,
kehidupanmu di dunia hanya fana,
yang kekal di akhirat sana,
manfaatkanlah usia yang dipinjamkan ke jalanNya,
oraklah langkah ke arah kebaikan,
jauhilah kemungkaran,
biarlah lembaran tahun ini lebih bermakna,
usahalah mengejar nur hidayahNya,
pasti kau akan lebih bahagia...

Tuesday, September 9, 2008

Lemahnya Diri Ini...


Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri



Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…

Ya Allah… Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah kami Biar hanya mampu merangkak Itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...Ya Rabbal’alamin.

Seminit Bermuhasabah di Bulan Ramadhan....


Kita sebenarnya..

..Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..

Kita sebenarnya..
..Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..


Kita sebenarnya..
..Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..


Kita sebenarnya..
..Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..


Kita sebenarnya..
..Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..


Kita sebenarnya..
..Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..


Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamualaikum..


Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..


Kita sebenarnya..
..Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..


Kita sebenarnya..
..Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..


Kita sebenarnya..
..Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..


Kita sebenarnya..
..Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..


Kita sebenarnya..
..Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..


Kita sebenarnya..
..Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan..


Kita sebenarnya..
..Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita..


Kita sebenarnya..
..Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka


Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???


"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi

rezeki di dalamnya tanpa dihisab."
(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

-wallahua'lam-

Wednesday, September 3, 2008

Peribadi soleh solehah.....

Peribadi Soleh-Solehah - Anda Mampu Milikinya

Em... Zaman ini, zaman yang penuh dengan fitnah terhadap kita semua. Maksiat dan kerosakan sangat berleluasa. Wanita dan lelaki kelihatan sama sahaja, tiada jurang perbezan yang ketara lagi.

Pakaian?
Em, kelihatan seakan-akan sama saja.

Agama?
Em, entah... macam mereka dah tak peduli je... Ada masa ke nak fikir pasal agama ni? Em, kerana apa yer? Kerana lenyapnya peribadi soleh dan solehah agaknya...
Ku tinjau-tinjau, Tak kira jantina, ada saja di mana-mana. Bersesak-sesak di pasar? Yup, ada... ramai sangat... di pawagam? Yup, ramai juga... em, di tempat melepak dan restoran? Lagi ramai! Laki dan wanita, campur aje...

Em, di pesta buku pulak? Em, alhamdulillah masih ramai (harap-harap tidak silap beli buku)... Em, di masjid? ...sedih, tak ramai, sikit sangat. Di kuliah-kuliah ilmu? Macam dah tak minat jer nak datang... Ya Allah, Sukarnya mencari wanita yang solehah... Manakala bagi wanita, sukarnya mencari lelaki yang soleh...

Aii... iyeke? Kesiannya anda sekalian. Yang lelaki susah nak cari yang solehah. Yang wanita pula, susahnya nak mencari yang soleh! Hehe... Teringat cabaran sahabat-sahabiyah yang baru grad yang duk tengah sibuk nak cari calon pasangan suami atau isteri. Ke mana sang soleh-solehah menghilang yer? Takkan pupus kot? Takdelah... mana boleh pupus pulak... Takkan pupus punya.

Who

Mencari yang soleh dan solehah. Siapa yang harus mulakan?

Hai sahabat, kalaulah anda yang jadi soleh, tak kan timbul lagi perkara ni. So, senanglah si solehah nak cari anda. So, persoalannya andalah yang kena mulakan, kena ada mahu. Letakkan iltizam. Then, muslimat... macam mana dengan anda? Takkan nak suruh lelaki je yang mula dulu? Anda bagaimana? Bila nak mula? Tak adillah sebelah pihak jer... Ingat... anda kena mula juga... Anda perlu tahu, orang yang soleh akan mencari wanita yang solehah. Tak nak lah wanita yang diluar standard solehah! Lelaki soleh... tentu mahu pasangannya wanita solehah! Ha, barulah kena kan? So, sebagai kesimpulan. Anda-anda semualah yang kena mulakan! So, jom berlumba-lumba jadi insan soleh-solehah. Bukan kerana nak cari pasangan yer? Tapi, mestilah kerana Allah... then, insyaAllah, tenang jiwa anda... damai... Bersama redha Ilahi pastinya... Insan soleh-solehah pun akan datang cari anda... Emm.. jangan berlumba-lumba jadi mat rempit pulak yer... maklumlah, mat rempit pun dah tukar profession.. . dah jadi penerjun di kutub utara tu! So, anda bila lagi? Jom lah jadi insan soleh-solehah. .. insan yang mulia di sisi Allah mahupun manusia... Ok?

Em, wahai insan yang bernama wanita, sahabat yang bergelar lelaki, jangan buang masa. Marilah kita check or semak semula, apa dia prinsip soleh-solehah tu yer? Ada ker dalam diri kita prinsip-prinsip tu? Ade ke personaliti soleh-solehah tu pada kita? Takkan sikit pun tak ada? Sedihnya kalau tak ada. Rugilah anda nanti. Baik cepat-cepat setelkan! Jangan lambat... Em... sebagai basic... mulakanlah dengan mengenali asas-asas Islam... Iman mesti mau dijaga. Lakukanlah solat dengan sempurna - cukup lima waktu, tonjolkan imej-imej insan yang Islami. Di samping melakukan solat sempurna... tambahkanlah sedikit-demi- sedikit solat-solat sunat... Then, belajar-belajarlah praktikkan personaliti (adab-adab) insan soleh-solehah. .

Em, mulakanlah dengan memakai pakaian yang sopan, bertingkah-laku dengan baik dan jauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah. Yang solehah, tinggalkanlah pakaian-pakaian sempit tu! Belajar-belajarlah pakai tudung. Cari baju yang labuh. Kasi tutup lebih rapat dan sempurna daripada biasa. Jangan beri orang tengok percuma lagi. Barulah nampak yang diri anda tu mahal dan bukan bahan lelongan free-show. Orang lelaki pasti rasa insaf dan tunduk malu bila tengok anda nanti..

Em, seterusnya.. . perlu difahami, bahawa... semua tu perlukan bimbingan ilmu yang jelas. Jadi, jangan lupa selalu-selalukanlah hadir ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah ilmu. Amal tanpa ilmu, takut-takut tersesat pulak nanti. Niat di hati nak jadi baik, lain pulak jadinya nanti. Jadi, untuk menjadi insan soleh-solehah, anda perlukan ilmu. Banyakkanlah membaca, di samping jangan lupa mendapatkan bimbingan... supaya tak tersalah ilmu pulak karang!

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya).

Em... susah ke? Senang je ni... basic semua ni... InsyaALLAH.. . anda mampu lakukan... Ingat! Anda perlu mulakan... jangan biarkan golongan yang tidak soleh-solehah bertambah di luar sana. Sesak nafas kan kita tengok!!! Bukan kesan baik yang terhasil... bukan sahaja manusia yang susah... Haiwan dan tumbuhan, malahan objek-objek tak bernyawa pun menerima akibatnya... Kalau perbuatan tu dah dilarang oleh agama, tak mungkinlah ia wajar lagi dipandang baik, dan mustahillah kesannya akan baik dan disenangi... Ayuh... tanamkan azam, tambahkan ilmu, tingkatkan amalan, tunjukkan personaliti Islami... Bergerak ke arah peribadi insan soleh-solehah. .. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya).

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat: 13)

..Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia



Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12


Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan. Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT???


"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)


Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Dulu, Kini dan Selamanya...

Dulu, Kini dan Selamanya...

### salam ukhwah ###....

My Photo
Mujahideen
Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-) "kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
View my complete profile

MUTIARA KATA

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

bicara siswa

Followers

Nasyid FM

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all