Wednesday, July 22, 2009

KATEGORI KITA DI SISI ALLAH

DERHAKA
Jenis manusia yang suka buat maksiat, selalu loyar buruk dengan tuhan. Lepas tu, buat dek je macam tak de ape-ape yang berlaku. Selamba je…tak susah hati, tak bimbang atau tak terasa pun nak minta ampun dengan tuhan

TANDA-TANDA
Buat jahat hari ni, esok pun buat jahat dan nanti pun ada cita-cita nak buat lagi

NILAIAN
Selagi tak taubat, tak diterima tuhan. Di dunia derita, di akhirat tak selamat.

DERHAKA DALAM DERHAKA
Sangat jahat sebab maksiat buat juga seperti di atas tapi lepas tu boleh berbangga pulak dengan kejahatan yang dia buat. Tak rasa bersalah atau berdosa. Rasa kehambaannya dah tak ada, sebaliknya rasa ketuanan sangat subur dalam diri. Lepas satu kejahatan akan disambung dengan kejahatan yang lain pula.

TANDA-TANDA
Megah dengan kejahatan

NILAIAN
Sombong dengan tuhan, kalau mati, memang jauhlah di sisi tuhan. Di dunia dibenci manusia di akhirat dibenci tuhan.

DERHAKA DALAM TAAT
Lain dari orang lain...makin banyak sembahyang, makin rasa diri mulia dan rasa confirm akan selamat di akhirat. Orang macam ini boleh dikatakan orang yang manusia jenis ini tak buat maksiat, tapi buat ibadah. Tapi lepas buat rasa cukup selamat. Malah timbul megah dan rasa lebih perasan. Sangka diri baik, sampai tak pernah terfikir pun nak bertaubat. Ibadah dibangunkan dengan rasa tuan bukan dengan rasa kehambaan.

TANDA-TANDA
Makin banyak buat ibadah, makin tak berakhlak dengan manusia. Terasa diri lebih baik dari orang lain. Dan ibadah yang dibangunkan, terasa sempurna dan rasa pasti masuk syurga.

NILAIAN
Orang perasan macam ni kalau tak bertaubat...mati tetap dikira hamba derhaka di sisi tuhan. Ibadahnya tidak membuahkan rasa kehambaan.

TAAT DALAM DEHAKA
Zahirnya nampak derhaka@jahat. Kalau ikut pandangan zahir, memang dicop kategori manusia derhaka. Tapi rupanya dilubuk hatinya terkandung rasa menyesal dan bersalah yang amat sangat kerana tak mampu melawan nafsu dan kejahatan, tapi kemudian hati tak tenang. Sentiasa merintih berdosa dengan tuhan. Rasa kehambaan masih ada dalam diri, cuma tak kuat nak melawan godaan syaitan dan pujukan nafsu.

TANDA-TANDA
Selalu rasa bersalah dan berdosa. Teringin nak jadi baik dan selalu impikan perubahan.

NILAIAN
Ada harapan. Kalau rasa menyesal tu, diiringi taubat dan selalu mengharapkan pimpinan dan kekuatan dari tuhan dan insya Allah akan diterima dan dikira lebih baik dari kategori manusia di atas.

TAAT
Ibadah dilaksanakan dengan baik dan sesuai dengan ilmu. Kemudian semua amal ibadahnya untuk dilupakan. Bila lupa tak sempat nak rasa megah, hairan, dan rasa seumpama dengannya. Dan sebab ibadah itu dilupakan, selamat ibadahnya.

TANDA-TANDA
Tak sedar pun ibadahnya banyak. Ibadahnya yang dibangunkan,tak terasa ada sebab untuk rasa bangga diri. Biasalah tu....
NILAIAN
Dikira hamba yang taat, insya Allah akan selamat di dunia dan di akhirat.

TAAT DALAM TAAT
Buat ibadah sesuai dengan ilmu. Tapi lepas buat, tetap tak senang hati,rasa bimbang ibadah tak diterima tuhan. Bimbang ibadahnya banyak kekurangan. Hati sentiasa takut tak berasa berdosa. Dan segala yang dibuat dirasakan bukan miliknya, tapi milik tuhan. Timbul rasa syukur dan berterima kasih pada Allah sebab beri peluang untuk dia beribadah.

TANDA-TANDA
Tak pernah puas dengan ibadah yang dibuatnya. Sentiasa bertaubat dan merintih dengan tuhan. Dirinya dirasakan hamba yang paling tak berguna.

NILAIAN
Ini kategori manusia paling taat dan paling hampir dengan tuhan. Keselamatan dan kasih sayang tuhan untuknya di dunia dan di akhirat

Sunday, July 12, 2009

Pemansuhan PPSMI dicurigai, kenapa 2012?

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyifatkan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang berkuat kuasa 2012, terlalu lambat.


Pengerusi Lajnah Pendidikannya, Wardatul Jannah As-Sofea berkata, sepatutnya PPSMI sudah lama dimansuhkan kerana pelaksanaannya lebih kurang enam tahun lalu dilakukan secara tergesa-gesa

Ujarnya yang dihubungi baru-baru ini, soal pendidikan anak-anak bangsa tidak perlu diperjudikan atas faktor sentimen atau menerima tekan dari pelbagai pihak.

"Mengapa perlu tunggu sehingga 2012 kerana sejak dilaksanakan pada tahun 2003 dulu kira-kira enam meja bulat dibuat bagi memansuhkannya jadi tidak perlu dilewatkan lagi," tegasnya,

Malah katanya, beliau curiga pemansuhan PPSMI itu sebagai gula-gula pilihan raya untuk memenangi pilihan raya manek Urai.

"Kesangsian kami tetap ada dan kerana bagi kami sepatutnya ia dibuat lebih awal daripada tarikh tersebut," katanya.

Rabu lalu, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kabinet memutuskan mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.

Pelaksanaan PPSMI yang dilaksanakan kira-kira enam tahun lalu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak dan kemuncaknya perarakan 100 ribu rakyat mansuhkan PPSMI ke Istana Negara pada 7 Mac lalu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) Dato' Baha Zain berkata, walaupun pemansuhan PPSMI oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai keberanian tetapi dalam hal bahasa kebangsaan ia bukan sekadar untuk dikembalikan pelajaran Matematik dan Sains kepada bahasa kebangsaan sahaja.

Katanya, yang perlu disertakan kerajaan satu perancangan yang mempunyai strategi baru untuk perhebatkan Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu pengetahuan.

"Kalau tidak ia tidak ada makna apa-apa. Apa yang dimantapkan di sekolah itu harus juga diperhebat penggunaannya dalam masyarakat dan juga sektor-sektor kerajaan dan swasta.

"Kalau tidak Bahasa Melayu akan menjadi 'pulau' di sekolah sedangkan di luar persekitarannya orang masih mengagungkan dan mengutamakan Bahasa Inggeris," katanya.

Malah ujarnya, jika kerajaan hanya tumpukan di sekolah ia akan hilang keyakinan ibu bapa dan masyarakat di mana Bahasa Inggeris hanya dipentingkan di sekolah.

Sebaliknya beliau berkata, dalam kehidupan praktikal harian dalam sektor swasta dan awam ia tidak dikembangkan.

Tegasnya, untuk betul-betul memberi erti dan mengembalikan martabat Bahasa Melayu ia harus diperkukuh di dalam sekolah dandi luar sekolah.

Kerana itu katanya, kerajaan perlu mempunyai satu keazaman politik untuk memebina dan merancang secara struktural peningkatan keupayaan Bahasa Melayu sama dengan bahasa ilmu pengetahuan moden.

"Jangan terlalu banyak merisaukan rungutan-rungutan penentangan Bahasa Inggeris.

"Lagi pun masyarakat kita terlalu taksub terhadap Bahasa Inggeris saja seolah-olah menjadi lampu ajaib aladin yang boleh menyelesaikan segala masalah hidup dan mati.

"Ini satu pandangan yang sempit yang ditanam oleh penjajah budaya barat," katanya.

Beliau berkata, kerajaan jangan hanya sekadar menyelesaikan status bahasa Melayu di sekolah-sekolah tetapi harus melihat dalam konteks yang lebih besar iaitu keseluruhan pembinaan sahsiah dan tamadun bahasa tidak harus dibayangi Bahasa Inggeris.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Guru-guru Malaysia Barat, Mohamed Sabri Arshad berkata pemansuhan PPSMI adalah tuntutan rakyat Malaysia. Katanya, semua orang hendakkan pelajaran Sains dan Matematik dikembalikan dalam Bahasa Malaysia.

"Maknanya selepas ini kita boleh mendaulatkan kembali bahasa kita sebagai bahasa rasmi," katanya sambil menyambut baik pemansuhan tersebut.

100 RIBU ANGGOTA JAMAAH TABLIGH DI IJTIMAK DUNIA 2009

In 1 on July 12, 2009 at 4:05 am
Begitulah suasana yang boleh digambarkan apabila kira-kira 100,000 jemaah tabligh dari seluruh dunia membanjiri Kuarters Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini sempena Ijtimak Dunia 2009 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Bilangan jemaah yang hadir dijangka meningkat kerana ulama-ulama tersohor dari seluruh dunia juga akan hadir sepanjang tiga hari program tersebut.

Bagi tujuan itu, pihak penganjur telah membelanjakan RM2 juta untuk menyediakan 10 khemah besar yang setiap satu boleh menempatkan 10,000 hingga 11,000 jemaah.

SEBAHAGIAN daripada jemaah tabligh berkumpul di bawah khemah sempena Ijtimak Dakwah Sedunia di Nilai semalam.

Selain itu, sebanyak RM5 juta lagi diperuntukkan untuk penyediaan makanan dan minuman yang diuruskan oleh 1,500 tukang masak yang juga dari kalangan ahli tabligh sendiri.

Kosmo on line


MENGENALI JAMAAH TABLIGH

Dari segi sejarahnya, gerakan Jamaah Tabligh diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas (1885-1944). Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kandhela serta menerima pendidikan awalnya di Kuttab sekitar tahun 1896 bersama-sama abangnya Muhammad Yahya.

Faktor utama kemasyhuran Maulana Muhammad Ilyas al-Kandahlawi adalah terletak kepada gerakan Islam yang diasaskan olehnya iaitu Jamaah Tabligh. Sejarah kemunculan gerakan ini bermula di Mewat apabila beliau menubuhkan madrasah-madrasah untuk mendidik orang-orang di situ. Tetapi oleh kerana kurang sambutan maka dibentuknya sebuah jemaah yang bertugas untuk bertabligh dan melawat tempat-tempat tertentu selama beberapa hari. Selepas kematian abangnya iaitu Muhammad Yahya, pusat kegiatannya lalu berpindah ke Masjid Bangle Wali, Nizamuddin, New Delhi. Semenjak inilah gerakan Jamaah Tabligh terkenal ke seluruh India.

Di Malaysia pada mulanya gerakan Jamaah Tabligh berkembang di kalangan orang-orang India Muslim sahaja. Tokoh yang memperkenalkan gerakan ini ialah Maulana Abdul Malik Madani, yang datang ke Singapura dan Selangor sekitar tahun
1952 sebagai utusan dari markasnya di Nizamudin sendiri. Dari Singapura, beliau lalu datang ke Kuala Lumpur selama beberapa hari dan berangkat ke Ipoh dan Pulau Pinang lalu kembali ke Kuala Lumpur dan terus pulang ke India melalui Singapura.

Menurut ajaran Maulana Muhammad Ilyas, terdapat prinsip-prinsip ajaran yang tertentu yang harus dijadikan pegangan asas. Yang pertama sekali ialah prinsip Iman, atau disebut sebagai kalimah Tayyibah sahaja. Yang dimaksudkan dengan Kalimah Tayyibah di sini ialah “La ilaha iIlallah, Muhammad Rasulullah” iaitu tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah. Seseorang itu bukan sahaja harus melafazkannya selalu, malah perlu memahami pengertian dan falsafah yang terkandung di dalamnya. Dengan menyebutnya selalu dia bukan sahaja mendapat pahala, bahkan dapat mengelakkannya dari menyengutukan Allah dan perbuatan-perbuatan mungkar.

Melihat dari segi ini jelas sekali keutamaan Iman pada pandangan Muhammad Ilyas. Bagaimanapun selepas menyentuh tentang kepentingan dan keutamaannya, tidak pula dibahaskannya secara lanjut dalam hubungannya dengan realiti kehidupan umat Islam sebagai contoh di India pada ketika itu yang merupakan wilayah yang paling banyak tersebarnya kepercayaan tahyul, khurafat dan syirik yang benar-benar mengancam kemurnian Iman dan Aqidah.

Muhammad Ilyas lebih gemar bercakap tentang kegiatan tabligh daripada menyentuh masalah syirik. Walaupun didapati beliau sama sekali tidak melayani permintaan untuk memberi azimat atau tangkal, namun beliau tidak pula menyebutkan dengan tegas bahawa azimat dan tangkal itu adalah amalan syirik belaka sebagaimana banyak tersebut dalam hadis-hadis sahih. Ringkasnya, keutamaannya kepada matlamat perjuangannya untuk bertabligh mengatasi persoalan-persoalan lain.

Mengiringi prinsip pertama ialah prinsip kedua, iaitu Solat (Namaz). Menurut Muhammad Ilyas, Kalimah Tayyibah dan Namaz ini merupakan dua prinsip yang asasi dan terpenting. Fadhilat Salat adalah terlalu banyak jika hendak diperhitungkan, apalagi jika ianya dikerjakan secara berjamaah.

Penekanan kepada prinsip Namaz atau Solat ini berkait rapat dengan sikap Muhammad Ilyas sendiri terhadap suasana keagamaan pada zamannya. Baginya ketika itu penyakit umat Islam yang terbesar ialah kejahilan tentang agama terutamanya mengenai ajaran dan kewajipan yang paling asas. Sesuai dengan pandangan kesufian yang menguasai dirinya, maka tuntutan yang paling mendesak baginya ialah penanaman ilmu pengetahuan yang asas iaitu Solat atau Namaz.

Seterusnya prinsip Jamaah Tabligh yang ketiga ialah ilmu dan zikir. Yang dimaksudkan dengan ilmu di sini ialah ilmu yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s. a. w. atau yang dapat mendekatkan diri kepada Allah s. w. t. Seperti solat, puasa, haji, zakat atau fitrah. Bagi kefahaman secara umum mereka diperlukan mengkaji kitab Tabligh-Nisab oleh Muhammad Zakariya al-Kandahlawi yang mengandungi perbahasan khusus tentang fadhilat-fadhilat tabligh, solat, puasa Ramadhan, bacaan Al-Quran, zikir, salawat, haji, sedekah dan kisah-kisah para sahabat.

Seiring dengan ilmu pengetahuan ialah amalan zikir iaitu mengingati Allah s. w. t. Dari segi rohaninya tujuan zikir ialah terus menerus setiap masa dan di mana sahaja mengingati Allah. Malah bagi Muhamad Ilyas, melakukan sesuatu untuk mendapatkan keredhaan Allah itulah zikir.

Prinsip yang keempat ialah penghormatan kepada orang-orang Islam (ikram Muslimin) baik kanak-kanak, orang tua, para ulama dan sebagainya. Sikap menghargai orang lain ini sebenarnya sangat penting bagi Muhammad Ilyas, kerana punca kesulitan atau kejahatan di kalangan manusia adalah kerana ketiadaan sikap ini.

Prinsip yang kelima ialah niat yang ikhlas, yakni setiap amalan atau perbuatan hendaklah semata-mata kerana Allah s. w. t., dan bukannya kerana lain. Sebarang perbuatan kerana keredhaan yang lain daripada Allah s. w. t., adalah munafiq, atau kiranya dengan menunjuk-nunjuk saja adalah dikira riak yang mana disifatkan sebagai syirik kecil.

Dalam ertikata yang lain, seseorang itu hendaklah memupuk di dalam dirinya sifat Iman dan ihtisab yakni melaksanakan sesuatu dengan penuh keyakinan kepada Allah s. w. t. Dengan penuh pengharapan tentang adanya ganjaran di akhirat nanti.

Prinsip yang keenam ialah melapangkan waktu atau mengorbankan masa untuk melaksanakan tabligh. Baginya inilah tujuan besar para Nabi dan memang untuk inilah Jamaah Tabligh ditubuhkan. Para Sahabat besar memang menyedari hakikat ini. Justeru itu mereka sanggup mengorbankan masa, harta dan jiwa mereka untuk bertabligh di sana-sini. Kerana itu adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah ini, sama seperti amalan para Nabi dan sahabat itu.

Disesuaikan dari tulisan abu atiyah

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Dulu, Kini dan Selamanya...

Dulu, Kini dan Selamanya...

### salam ukhwah ###....

My Photo
Mujahideen
Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-) "kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
View my complete profile

MUTIARA KATA

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

bicara siswa

Followers

Nasyid FM

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all