Tuesday, July 29, 2008

BANGKIT LAH WAHAI MAHASISWA!!!!!!!

16 SEPTEMBER 2008 APA YANG MAHASISWA BOLEH LAKUKAN...

TARIKH keramat ‘16 September’ tersebut kembali menghantui Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi serta kem capitalism UMNO/BN negara.

Ini kerana modus operandi Kerajaan belakangan ini masih belum mampu meredakan rasa amarah kaum rakyat di Malaysia.

Jika perkara ini berlanjutan, kemungkinan apa yang ditiupkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kembali releven di Malaysia – iaitu mengambil alih kerajaan Malaysia (federation) melalui lopatan beramai-ramai 30 MP BN tidak lama lagi.

Bagaimana modus operandi menjelang hari tersebut?; hanya DSAI dan Tuhannya sahaja yang tahu. Sama-sama kita nantikan.

Mahasiswa Malaysia untuk pusingan akhir Countdown 16 September akan datang, kita juga perlu merencana sesuatu.

Sekurang-kurangnya comeback untuk Pilianraya Kampus 2008 dalam wajah yang lebih progresif serta tampil atas suatu semangat muafakat bersama di seluruh IPT Malaysia.

Jika kita menelusuri sejarah perjuangan mahasiswa dalam konteks Pilihanraya Kampus (PRK) untuk 4 tahun belakangan ini, ada kampus yang menyaksikan pertandingan antara Pro-Mahasiswa dan Pro-Universiti; dan ada sebaliknya.

Sesuatu yang menarik, walaupun Pro-Mahasiswa lebih berdepan dengan birokrasi tidak munasabah Universiti dan bersedia menanggung risiko perjuangan dalam satu-satu PRK, namun Pro-Universiti kelihatan lebih lantang memelihara hak asasi mahasiswa dan tekun mahu mendominasi ‘kerajaan mahasiswa’ (maksud: Majlis Perwakilian Mahasiswa).

Pro-Universiti pula disokong secara langsung oleh proksi-proksi UMNO/BN di peringkat kampus. Mereka mempunyai keistimewaan untuk mengakses prasarana dan dana mahasiswa dengan restu pentadbiran Universiti. Maka, ketumbukan pro Universiti ini secara luarannya tentu kuat di peringkat Nasional.

Di UM, kelompok ini dikenali sebagai Pro-Universiti (Pro-U). Di UKM, USM, UiTM, UPM, USIM dll, kelompok ini turut dikenali sebagai Pro-Universiti.

Berbeza dengan kita, kaum aktivis yang pro Mahasiswa dan lebih dilihat anti-establishment. Di UM, kelompok pro-Mahasiswa dikenali sebagai Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM – kini dikenali sebagai Pro-Mahasiswa/ProM).

Di UiAM, kelompok kita ini dikenali sebagai We Unite for Islam (WUFI). Di UPM, kelompok kita ini dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa Maju (GMM). Di UKM, USM, USIM dan semua iPT lain, kita juga mempunyai pelbagai nama tersendiri.

Pendek kata, kita tidak seperti kelompok pro Universiti. Kelompok mereka ini secara muafakat sama ada di peringkat kampus atau nasional; mereka ini dahulu dikenali sebagai Aspirasi dan kini dikenali sebagai Pro-Universiti.

Apabila kita didedahkan perbandingan simplistik seumpama di atas ini, janganlah kita beranggapan bahawa tanda aras (KPi) seumpama di atas ini bukanlah realiti kekuatan kita dan pesaing-pesaing kita.

Kita seharusnya mengakui bahawa tidak semua kaum mahasiswa kenal hati budi, perjuangan, idealisme, pengorbanan dll oleh kita kecuali apa yang mereka lihat secara simplistik sepanjang tempoh satu-satu PRK.

Baru-baru ini, saya telah bertemu dan berwacana dengan kaum aktivis mahasiswa di USM. Hasil brainstorming tersebut, kita telah membuat beberapa kesimpulan.

Antaranya, salah satu faktor mengapa calon-calon kita gagal menang majoriti di satu-satu kerusi fakulti/umum di sana; berpunca oleh kita (proM) tidak cukup popular atau calon-calon ProM tidak dikenali oleh masyarakat mahasiswa USM; berbanding pihak pesaing kita.

Oleh kerana rata-rata mahasiswa lebih kenal imej Aspirasi (maksud: Pro-Universiti) di sana, maka secara implisitnya mereka akan memberi undi kepada calon-calon yang bertanding atas tiket Aspirasi. Kita perlu bermuhasabah tentang salah fenomena setempat seumpama ini.

Jika kita lihat dalam sejarah awal perjuangan Islam, seorang Sahabat r.a telah datang menemui Khalifah Ali KarramaLlahu wajhah.

Sahabat r.a tersebut telah bertanya Khalifah Ali k.w beberapa soalan. Salah satunya adalah, “Mengapa ummat pada zaman kamu tidak sebanding zaman-zaman sebelumnya (maksudnya: lemah dan tidak progressif)? Adakah kerana pesaing-pesaing kita hari ini sudah cukup kuat (berbanding zaman-zaman sebelum)?

Khalifah Ali bin Abi Tholib k.w dengan penuh cermat berkata, “pada zaman mereka, pemuda-pemuda yang mendukung perjuangan Islam adalah sekuat aku. Namun, pada zaman ini, pemuda-pemuda Islam yang bersama-sama Aku adalah selemah kamu (yang suka mengkritik namun tidak mendukung perjuangan).

Pesaing-pesaing kita hari ini bukanlah kuat kerana mereka tidak mempunyai Allah S.W.T dan Rasulllah S.A.W, namun kita sebenarnya yang terlalu lemah sehingga tidak mampu mendahului (mengalahkan) mereka (yang memang sah lemah)…

(Ketahuilah) Kebenaran yang tidak direncana akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang…”

Lebih kurang begitulah mafhum kisah kepemimpinan Khalifah Ali bin Abi Tholib k.w; yang sepatutnya sama-sama kita teladani.

PERUBAHAN asalnya adalah cita-cita…

Demi menyambut gelombang perubahan Malaysia tidak lama lagi, ada beberapa saranan perlu sama-sama kita pertimbangkan dan realisasikan.

PERTAMA, wujudkan suatu badan muafakat bersama di kampus dan nasionalP.R.O M.A.H.A.S.I.S.WA! Badan muafakat ini mestilah terdiri oleh semua pertubuhan mahasiswa yang pro-M tidak kira latar belakang agama, budaya, idealisme dll.

Nama pertubuhan muafakat, Imej, logo, slogan, tuntutan, warna tema, dll mestilah dalam suatu piawaian sahaja (standard). Wujudkan sekretariat pusat.

PENJELASAN: Model Brainstorming (cadangan) untuk grand-design PRO MAHASISWA 2008

KEDUA, pacakkan idealisme perjuangan yang jelas. Contoh: manifesto PRO-M kali ini adalah:

1.Komited memansuhkan AUKU

2.Hapuskan 3% riba @ caj.perkhidmatan PTPTN

3.Tuntun Bar-Council, NGO dan media buat liputan bebas dalam PRK

Walaupun terhad pada tiga tuntutan tersebut, mahasiswa boleh lantang dalam isu-isu kepincangan di peringkat nasional. Contoh, isu kenaikan minyak, rasuah, kelemahan Pak Lah, neo-capitalism dll; dan cuba rumuskan dengan ketiga-tiga tonggak perjuangan mahasiswa kali ini.

Ketiga-tiga tonggak idealisme mahasiswa ini lebih jelas jika dicopkan pada belakang baju T kita sempena mendepani PRK 2008 ini.

KETIGA, wujudkan jaringan antarabangsa (international network) yang strategik. Sebagai contoh, wujudkan hubungan tidak langsung dengan Amnesty International; OIC (khususnya Science Division dan OIC ranking to boost Islamic varsities dll); PBB (khususnya UNESCO); ASA (maksud: Pertubuhan Mahasiswa ASEAN); Universiti peringkat ASEAN/Antarabangsa (khususnya yang mempunyai disiplin pengajian (jabatan/fakulti) sains sosial @ sains politik); media antarabangsa (alJazeera, IslamOnline, CNN dll.); dan kedutaan-kedutaan di Malaysia.

Dengan berbuat demikian, kita boleh menghantar setiap info aktivitisme Mahasiswa Malaysia 2008 (khususnya yang berkaitan pencabulan hak asasi manusia dan demokrasi kampus) kepada pihak-pihak berwajib dalam translitrasi bahasa Inggeris.

Premis kita jelas, kita bukan mahu memburuk-burukkan Malaysia. Kita hanya mahu mendapat sokongan dunia terhadap perjuangan hak asasi / demokrasi kampus oleh mahasiswa-mahasiswa Malaysia.

Jika buruk sekalipun, sekurang-kurangnya masyarakat dunia jelas menisbahkan satu-satu keburukan/negatif tersebut hanya ke atas UMNO/BN yang sah mencabuli hak-hak kita (mahasiswa Malaysia) sejak 1971 lagi.

Lebih dari itu, kita juga boleh menyarankan apakah bentuk-bentuk sokongan/partisipasi yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak berwajib (peringkat antarabangsa?; demi memastikan sistem demokrasi kampus dan hak asasi mahasiswa Malaysia kembali dipulihara.

Sebagai contoh, kempen menghantar poskad/surat protes kepada Pejabat KPT/PM sendiri di Putrajaya dll.

Tuntasnya, gerakan mahasiswa Malaysia boleh merencanakan pelbagai perkara demi memastikan gelombang perubahan Malaysia boleh dijelmakan juga di semua kampus/IPT Malaysia.

Bayangkan! Melalui perancangan strategik seumpama di atas ini, Pro-Mahasiswa (WUFI) berjaya mengekalkan rekod kemenangan/dominasi kerusi-kerusi Student Representative Council (SRC) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM) kelak.

Bayangkan ‘kerajaan mahasiswa’ (maksud: Majlis Perwakilan Mahasiswa – MPP) di sekurang-kurangnya 4 Universiti utama - Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) turut berjaya didominasi oleh aktivis-aktivis Pro-Mahasiswa Malaysia.

Pro-Mahasiswa pada waktu itu, sudah menguasai ‘lima (5) kerajaan Mahasiswa’ di lima Universiti terkemuka Malaysia.

Tidakkah rekod kemenangan tersebut boleh dijadikan tanda aras (KPi) pada negara; bahawa masyarakat mahasiswa juga bersikap anti-establishment (menolak proksi-proksi UMNO/BN) di peringkat kampus; sebagaimana yang telah berlaku di peringkat nasional dalam Pilihanraya Umum 12 (PRU12) lalu.

Jika DSAI gagal dalam acara larian pecut pusingan akhir kelak (merujuk pada 16 September ini), sekurang-kurangnya, kita (mahasiswa Malaysia) masih berjaya mencipta sejarah keramat bangsa kita (mahasiswa) melalui rekod kejayaan mengambil alih ‘ 5 kerajaan Mahasiswa’ di peringkat IPT Malaysia.

Selamat merencana gerakan. Selamat berijtihad. Salam berjuangan.

Pastikan countdown 16 September 2008 tidak lama lagi ini, mahasiswa tahu apa yang patut kita lakukan; bukan hanya dibuai romantism politik nasional DSAI/Pakatan Rakyat semata-mata.

Ayuh! (MAHASISWA) sama-sama kita merencana perubahan siasi (maksud: politik) di semua Universiti September ini; kerana mungkin akan mencetuskan sekali lagi perubahan di peringkat nasional Malaysia (mudah-mudahan) tidak lama lagi. ‘Mahasiswa Mengasak P.E.R.U.B.A.H.A.N‘ ! ! !

Thursday, July 24, 2008

USRAH MUSLIMAH NADI UMMAH.....





USRAH MUSLIMAH NADI UMMAH



Muqaddimah .



Ummah kini dinodai tanpa belas simpati . Setiap sendinya dilumpuhkan dengan kekejaman yang tidak terperi , sedang ummah ini merupakan ummah terbaik yang dirancang oleh Allah swt. untuk membina ketuanan Al Ma’ruf dan memusnah kemaharajalelaan Al Mungkar .



كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف و تنهون عن المنكر و تؤمنون بالله



( ال عمران 110 )



Maksudnya :



“ Kamu adalah sebaik - baik ummah yang dilahirkan untuk manusia agar kamu menegakkan yang Ma’ruf dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah swt .”



Barat dan orientasi Zionisme melalui protokol jahat mereka menjadikan sistem keluarga (Usrah) Ummat Islam sebagai tujusasar mereka untuk menghancurkan Islam dan gerakannya.



Proses Pelupusan Usrah Muslimah .



1. Menganjurkan pergaulan bebas dan merangsang nafsu ke arah Free Sex . Sementara api hedonisme terus menerus disirami minyak agar Ummat Islam alpa selanjutnya meninggalkan prinsip - prinsip Islami . Kesan sampingan yang paling minima, bakal diterima oleh Ummat Islam ialah mengenepikan aspek ugama dalam memilih pasangan hidup mereka, sedang ini adalah suatu bahaya besar yang akan menghancurkan institusi rumahtangga muslim ( Usrah Muslimah ).



2. Konsep rumahtangga barat yang berorientasi maddiyah kononnya sebagai asas kebahagiaan diberi publisiti yang luas . Harta dan kemewahan menjadi target perlumbaan hidup mereka sehingga ianya memberi persaingan hebat kepada kasih sayang dan keharmonian rumahtangga.



3. Pendidikan sekular ( penjarakkan ugama dari kehidupan ) di ‘ higt light ’ kepada masyarakat Ummat Islam bermula dari peringkat Tadika ( Hadhanah ) hinggalah ke tangga Universiti . Fenomena ini mencambahkan benih Jahiliyyah Sekular dari dalam rumahtangga Ummat Islam itu sendiri .



4. Kebebasan bersuara tanpa batas dan kawalan sistem dosa dan pahala anjuran barat ditiup kepada masyarakat Ummat Islam yang akhirnya di atas nama tamadun dan hak asasi manusia , seorang isteri boleh menuntut hak sekalipun di luar kemampuan suami dan suami boleh didakwa kiranya menyetubuhi isteri tanpa kerelaan . Begitu jua seorang anak , bebas bertindak tanpa perlu kepada kawalan ibu bapa .



5. Pembinaan Syakhsiyyah dan Ummah Islamiyyah dianggap hak peribadi dan di luar tanggungjawab Usrah Muslimah , sehingga amal Islami menjadi satu ruang yang sempit setelah mereka mendirikan rumahtangga .



Demikian antara kerja jahat musuh yang tidak berhati perut untuk melumpuhkan ummat Islam . Persoalannya sekarang , apakah kita hanya berpeluk tubuh dan menyepi diri menyaksi segala aksi mereka di hadapan mata kepala kita ?! Hanya mereka yang tidak memiliki sensitiviti dan basirah sanggup membisu dan menggulung lidah menyaksi segalanya .



Struktur Pembinaan Usrah Muslimah .



Pembinaan Usrah Muslimah bermula dari penyediaan konkrit dan tapak yang kukuh . Percubaan membina Usrah Muslimah di Tanah Lumpur atau di Tebing Runtuh hanya satu percubaan yang sia - sia malah membahayakan diri . Islam telah melakarkan “ Pelan Tapak Kukuh ” untuk tujuan pembinaan tersebut .



Tapak Usrah Muslimah .



عن جابر أن النبي صلى الله عليه و سلم قال : إن المرأة تنكح على دينها و مالها و جمالها فعليك بذات الدين تربت يداك .



( رواه الترمذي و قال حسن صحيح )



Maksudnya :



“ Dari Jabir bahwa Nabi saw. Telah bersabda : Sesungguhnya perempuan itu dikahwini berdasarkan ugamanya , hartanya dan kecantikkannya , maka selayaknya engkau memilih ugama yang pasti membahagiakan mu .”



Hal ini turut ditegaskan oleh Al Imam Ghazali Rhm. Dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin :



“ Proses pengislahan ehwal kehidupan ( berumahtangga ) tidak dapat tidak dengan mengambil perhatian serius terhadap perempuan yang ingin dikahwininya supaya kekal cinta kasih , iaitu perempuan yang ada padanya lapan perkara :



1. Berugama ( Keperibadian dan spiritual )



2. Berakhlak mulia ( Solehah )



3. Murah Mas Kahwinnya



4. Tidak mandul



5. Anak dara



6. Berbangsa ( keturunan yang baik )



7. Cantik



8. Tidak daripada kaum kerabat yang dekat .



Statement ini tidak bermakna hanya pihak lelaki yang mesti memilih calon isteri yang solehah sebaliknya kaedah yang sama perlu dipraktikkan oleh pihak perempuan untuk memilih calon suami yang soleh . Justeru perempuan turut diberi tanggungjawab yang sama oleh Allah swt. untuk menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran .



و المؤمنون و المؤمنات بعضهم أولياء بعض يأمرون بالمعروف و ينهون عن المنكر و يقيمون الصلوة و يؤتون الزكوة و يطيعون الله و رسوله أولئك سيرحمهم الله إن الله عزيز حكيم .



( التوبة 71 )



Maksudnya :



“ Lelaki dan Perempuan yang beriman sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain ke arah menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran , mereka mendirikan solat , mengeluarkan zakat serta mentaati Allah dan Rasul , mereka ini akan dirahmati Allah sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana .”



Sabda Rasulullah saw :



إذا جاءكم من ترضون دينه و خلقه فزوجوه إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض و فساد عريض



Maksudnya :



“ Apabila seorang lelaki yang engkau redhoi ugama dan akhlaknya masuk meminang , maka terimalah ( Kahwinilah ! ) jika tidak akan berlaku fitnah dan kerosakkan yang besar di muka bumi ”



( Riwayat Tarmizi )



Haikal Usrah Muslimah



Tapak yang kukuh tanpa seni bina yang berkualiti jua tidak memberi sebarang erti. Usrah Muslimah sayugianya memiliki haikal yang lengkap dan sempurna menepati ‘Pelan Induk’ yang telah diutuskan oleh Allah swt. kepada nabinya Muhammad saw.



Ustaz Said Hawa telah menggariskan sepuluh perundangan Usrah Muslimah yang wajib dilaksanakan .



Qanun 1: Kebersihan dan Kesucian ( النظافة و الطهارة )



Qanun 2: Sistematika , Penyusunan & Kekemasan ( التنظيم و الترتيب و حسن الههيئة )



Qanun 3: Ketenteraman dan Kerahsiaan ( خفض الصوت و كتمان الأسرار )



Qanun 4: Sistematika Ilmu dan Ibadah ( تنظيم العلم و العبادة )



Qanun 5: Belanjawan ( الإقتصاد في الطعام و الشراب )



Qanun 6: Komunikasi dan Interaksi ( العلاقة و آداب التعامل )



Qanun 7: Kesihatan dan Pergerakan Jasmani ( العناية بالصحة و الرياضة )



Qanun 8: Kawalan penghuni dan Nahi Mungkar ( حماية البيت و أهله من الشذوذ )



Qanun 9: Kejiranan dan Tetamu ( الإحسان إلى الجار و إكرام الضيف )



Qanun 10: Keluar Masuk ( مراعاة الأدب في الدخول و الخروج )



( Huraian lanjut dari pihak pembentang !! )



TIP USRAH MUSLIMAH CEMERLANG .



Firman Allah swt :



و من اياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا اليها و جعل بينكم مودة و رحمة



Maksudnya :



“ Dan diantara tanda kekuasaan Allah ialah ia menciptakan untukmu isteri - isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia jadikan diantara kamu rasa kasih sayang ....”



( Ar - Ruum 21 )



Objektifnya :



1. Rumahtangga yang dibina atas dasar taqwa dan kesinambungan dakwah .



2. Menghiasi rumahtangga dengan Biah Islamiyyah .



3. Kreatif dalam memeriahkan suasana rumahtangga seperti Tazkirah , Qiam, Jaulah, Ziarah , Infaq dan persekitaran yang ceria seperti gubahan bunga , penyusunan perabot , pelan pembinaan rumah , halaman yang segar dan sebagainya .



4. Mendalami tanggungjawab dalaman dan luaran suami isteri melalui pembacaan , perbincangan dan pengamatan .



5. Menjadikan rumahtanggga sebagai Markaz Dakwah .



6. Mengamal konsep Tanasuh dan Tafahum .



7. Menunaikan hak - hak suami isteri seperti kepuasan seks , kerahsiaan dan seumpamanya .



8. Tidak mudah buruk sangka terhadap pasangan dan mengamalkan sikap berlapang dada dalam sesuatu perkara .



9. Pengurusan ekonomi yang sederhana dalam rumahtangga. Kreatif menambah sumber kewangan rumahtangga untuk kegunaan peribadi dan dakwah .



10. Melibatkan diri dalam mana - mana organisasi atau Jamaah Islam dan mengikuti perkembangannya seperti keterlibatan dalam program sebagai persiapan untuk menghadapi cabaran dakwah dan bertanggungjawab sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi .



PENUTUP .



Usrah Muslimah adalah Madrasah yang bertanggungjawab penuh melahirkan individu Muslim yang memahami tugas dan peranan mereka sebagai Hamba Allah. Lantaran itu , kejayaan sesebuah Usrah Muslimah dinilai sejauh mana ianya mampu melahirkan individu Muslim yang memiliki identiti dan kualiti Muslim Rabbani .



Kegemilangan Usrah Muslimah tidak hanya terhenti pada rupa wajah dhohir dan kebahagiaan sementara yang dikecapi di dunia ini sebaliknya bergantung kepada nilai ukhrawi yang wujud pada Usrah Muslimah tersebut .

Tuesday, July 22, 2008

Ya Allah, Aku Mahu Berubah.....


Ya Allah, Aku Mahu Berubah....


YA ALLAH..
SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..
DENGAN PENGLIHATAN…
AKU DAPAT MELIHAT SEGALA KEKUASAAN-MU…
MENGAGUMI SEGALA KEBESARAN-MU…

NAMUN..
DENGANNYA JUALAH…
AKU MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA-MU..
MENJERUMUSKAN DIRIKU KE LEMBAH DOSA..
MELIHAT PADA YANG TAK SEPATUTNYA...
MEMBUATKAN DIRI INI ALPA SAAT HIDAYAH-MU TIBA..

SEKETIKA KU TERSEDAR…
MUNGKIN BELUM TERLAMBAT…
UNTUKKU PAHATKAN DALAM DIRI…
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU…
ALHAMDULILLAH…
HIDAYAH-MU MEMATAHKAN KEANGKUHANKU..
MEMBANGUNKAN SIFAT MALU…
YANG SELAMA INI TERSOROK DALAM DIRI..

KU TUNDUKKAN PANDANGANKU…
YANG SELAMA INI MELIAR...
KU TIMBULKAN KEKELIRUAN..
PADA TEMAN-TEMAN..
KU TEMPIS SEGALA TEGURAN SINIS..
KU TEKADKAN DALAM KALBUKU...
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU LALAI DALAM
MENUNAIKAN HAK-MU...
TERLEKA DENGAN DUNIAWI…
TERKADANG KU ABAIKAN UKHRAWI…

SUBHANALLAH…
SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...
KAU SEDARKANKU DI SAAT AKU HANYUT… MASIH TAK TERLAMBAT…
UNTUK SUATU PERUBAHAN…

KU AKUR PADA KEKUASAAN-MU…
LANTAS…
KU LAUNGKAN DALAM HATIKU…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
KU POHON HIDAYAH-MU…
DUHAI AYAHANDA & BONDA, SAHABAT-SAHABAT SERTA TEMAN-TEMAN…
BANTULAH DAKU… BIMBINGLAH DAKU…
DALAM MENCARI… CINTA YANG PALING AGUNG..
CINTA YANG ESA…
SESUNGGUHNYA…
AKU MAHU BERUBAH…!!!


Tuesday, July 15, 2008


"INIKAH PEMIMPIN YANG KITA BAWAKAN DALAM PARLIMEN" tuntas DSAI kepada DASC



Malam tadi saya bersama beberapa orang sahabat seperjuangan di kampus UPSI, berkesempatan melihat pertembungan debat antara dua pihak yang saya rasakan majoriti rakyat Malaysia menontonnya. Cukuplah kami membuat kesimpulan sebulat suara usul ini diterima dengan margin selesa , majoriti 9-0 ( kesemua rakan mengundi sebulat suara kes berpihak kepada DSAI atas kegagalan DASC mengemukanakn hujah yang tepat dan menjawab persoalan perdebatan). Menteri Penerangan Ahmad Shabery Cheek yang mempertaruhkan jawatannya apabila berdebat dengan penasihat Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim mengenai isu kenaikan harga minyak yang diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam ini (15 Julai), jelas telah gagal mempertahankan institusi yang diwakilinya iaitu kerajaan.



Ahmad Shabery bukan sahaja gagal tetapi cukup mengecewakan dalam perdebatan yang dipancar secara langsung ke seluruh negara oleh dua buah stesen tv, TV9 dan Bernama TV.

Ahmad Shabery gagal menyentuh, menjawab dan memperincikan topik yang ditetapkan tetapi lebih cenderong menyindir dan menghentam peribadi Anwar ( Dalam Kemahiran Berfikir ianya dipanggil Falasi Posto Ed Ergo Hoc) termasuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah hampir 35 tahun berlalu. ( motif?)

Nampaknya, Ahmad Shabery menggunakan peluang debat untuk tujuan politik murahan dan sikapnya itu tidak memberi faedah atau kelebihan kepada kerajaan yang diwakilinya selaku menteri penerangan. Tepukan dan sorakan yang diberi oleh para penyokongnya bukan bermakna ianya betul. Biasalah, itu kerja penyokong dan sekiranya pegawai dan kakitangan di Angkasapuri memujinya, itupun sesuatu yang biasa. Di depan menteri cakap lain, di belakang lain bicara.


Ahmad Shabery jauh menyimpang daripada tajuk atau persoalan pokok yang diperbahaskan dan ini adalah satu kesilapan. Yang jelas, dia bukan seorang pemidato apatah lagi pendebat atau pembahas yang baik. Nampaknya dia gagal menimba ilmu dan mempelajari sesuatu daripada mantan bosnya, Tengku Razaleigh Hamzah semasa cergas dalam Semangat 46.

Syabas dan tahniah kepada Anwar Ibrahim yang walaupun sedang menghadapi ancaman untuk ditangkap oleh pihak berkuasa, masih mampu tenang dan tersenyum menerima serangan peribadi dan tidak pula menyerang balas. Anwar tidak banyak lari daripada topik dan hujah-hujahnya mudah difahami oleh majoriti rakyat yang menonton siaran langsung itu.

Namun secara konklusinya, DSAI telah mewakili seluruh rakyat Malaysia untuk mengutarakan masalah rakyat ini. Saya cukup tertarik apabila satu soalan diutarakan kepada DSAI - "jika Dato Seri tidak perlu menjadi PM, bolehkah dato' seri menyumbangkan idea dan berkongsi dengan kerajaan?" jawapan mudah DSAI, saya berdiri disini bukannnya sebagai PM , dan tak tau lagi 2 atau 3 hari ni nasib saya (dengan pelbagai isu)" dengan spontan dan bersahaja. Justeru itu saya mengiktiraf DSAI pada malam ini adalah hero perjuangan masyarakat dalam menuntut pelbagai polemik ekonomi negara khasnya isu kenaikan harga minyak.

p/s : Smoga PAKATAN RAKYAT meneruskan perjuangan untuk mendesak kerajaan barisan nasional ke arah ketelusan dalam pentadbiran negara.... perjuangan mahasiswa di kampus pulak cmne ye? rasanya elok jgk skiranya MPP aspirasi adakan pendebatan dgn Wakil dari pro-mahasiswa.....baru lah sume org dapat menilai kan....

Monday, July 14, 2008

MARI MEMBEDAH DIRI DEBELUM BERDAKWAH....!!!!!

SESUNGGUHNYA dakwah Islamiyyah tidak akan terhenti selagi mana wujudnya aktivis dakwah (du’at) yang bercita-cita melunaskan tuntutan (1)syahadatain (maksud: mengajak manusia kepada 2 kalimah syahadah); (2)amar ma’ruf nahi mungkar (maksud: menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran); dan (3)mujtama’ as-salim (maksud: masyarakat yang sejahtera) hatta (4)khulafah Islamiyyah jadidah (maksud: neo-Khalifah Islamiyyah).

Dalam konteks kepartian dakwah, sesungguhnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan antara wasilah (vehicle) terbaik untuk melunaskan tuntutan-tuntutan tersebut.

Dalam konteks kemahasiswaan Islam, Gerakan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) merupakan antara wasilah (vehicle) terbaik (dalam peringkat nasional dan kampus) untuk melunaskan tuntutan-tuntutan di atas.

Masing-masing mempunyai matlamat khusus dan pendekatan dakwah Islamiyyah sudah tentu patut mengambil kira kondisi dan lapangan masing-masing.

Walaupun demikian, idea perubahan berdasarkan cita-cita Islam selalu tergendala disebabkan cabaran semasa dan sikap kita sendiri dalam melunaskan tuntutan ini.

Walaupun dakwah Islamiyyah ini dilaksanakan secara amal jama’e (maksud: bekerja secara istiqamah-munazzhomah), namun kesilapan fardiyyah (maksud: individu da’e) itu acap kali menggagalkan amal jama’e tersebut.

Asal amal jama’e adalah ada pada tuntutan fardiyyah. Maka, penyakit-penyakit fardiyyah inilah seharusnya dicermati, diubati dan ditangani segera (jika ada).

Penyakit fardiyyah ini terdiri oleh dua (2) punca utama. Pertama, disebabkan mentaliti sehingga melahirkan pelbagai barah-barah dalam dakwah Islamiyyah dan amal jama’e.

Kedua, disebabkan perlakuan sehingga melahirkan pelbagai penyakit berantai dalam dakwah Islamiyyah dan amal jama’e.

Kelemahan mentaliti dalam dakwah!

KESAN penyakit mentaliti (maknawiyyah) akibat sikap individu da’e (infiradhi) dalam dakwah dapat dilihat dalam gejala-gejala di bawah:-

1)Emosional dalam menangani kejahilan/kefasikan ummah sehingga membawa pada budaya ekstream dalam berdakwah – dari segi fikrah/hati, pengucapan dan tindakan.

2)Berasa diri (merujuk: daie/du’at) kudus akhirnya bukan sahaja membentuk kelompok eksklusif (puak) dalam kalangan du’at (pendakwah-pendakwah); malah akan lahir diktatorisme dalam dakwah.

3)Para du’at yang berasa diri mereka hebat dan terbaik ketika mereka melihat gelagat jahil/fasik ummat ini akan membentu sikap ego/bongkak sehingga mereka tidak boleh berlapang dada dengan jawapan jahil/fasik oleh mad’u (maksud:sasaran dakwah) mereka.

4)Kebolehan ilmu, ketinggian sifat serta kekuatan iltizam oleh para du’at jika tidak dipelihara akan mendorong mereka meremeh-remehkan pihak lain (sama ada kelompok du’at lain atau masyarakat sendiri); hatta boleh membawa pada perpecahan ummah. Sesungguhnya dakwah menyatukan ummah dan kesombongan (meremeh-remehkan) adalah pemecahnya!

Kelemahan perlakuan / tindakan dalam dakwah!

Kelemahan amal jama’e dan dakwah Islamiyyah disebabkan oleh sikap serta tindakan infirodhi (individu) para du’at boleh dilihat dalam gejala-gejala berikut:

1)Dakwah spontan selalu dilakukan tanpa perancangan. Dan apabila timbul implikasi berantai yang tidak baik, acap kali dialas dengan kemaafan yang asyik. Akhirnya, aktiviti dakwah tidak dilunaskan secara bertanggungjawab. Dakwah dirumuskan negatif padahal kitalah puncanya!

2)Sikap infirodhi kita selalu menumpu pada satu-satu bahagian dakwah semata-mata sehinggakan wujud kecenderungan hatta pertembungan dalam amal Islami dan amal Jama’e.

Jika kita dalam parti Islam kita selesa berperwatakan politikus padahal parti hanya wasilah dakwah Islamiyyah.

Kalau kita dalam posisi GMI, kita selalu bersikap eksklusif sehingga takut untuk terjun lapangan dakwah (khususnya dalam pentas kampus-nasional) secara berdepan kerana takut dianggap agen-agen politikus parti Islam atau pihak-pihak tertentu.

3)Sikap infirodhi kita yang taqlid (ikut membabi buta) satu-satu prilaku dan tatacara dakwah pihak lain bukan sahaja boleh menyebabkan kecelaruan amal jama’e, malah dakwah kita juga tidak berdiri atas dalil ‘alami, fitrah, naqli dan ‘aqli kita sendiri tersendiri.

Kesan berantai adalah konservatisme atau tradisionalisme dalam amal jama’e jika tidak mengambil kira kondisi keperluan ummah yang moden dan kontemporari seringkali dirumuskan sebagai jumud dan tidak berwawasan.

Sesungguhnya, dakwah Rasulullah dahulu berwawasan dan lebih tinggi dari nilai-nilai jahiliah dalam masyarakat pada waktu ini. Mengapa kita tidak bersifat kontemporari sesuai dengan keperluan zaman kita?

4)Memang sehebat mana manusia, tentu ada kelemahannya. Atas maksud itu, amal jama’e dilakukan dalam tugasan dakwah Islamiyyah. Jika saling menampung dan menumpang dalam kalangan infirodhi (individu da’e) ini tidak dilaksanakan secara munazzhomah dan istiqamah, tentu tiada hasilnya kerana kelemahan senantiasa berlaku; tetapi usaha menyempurnakannya tidak berlaku secara semulajadi dan terancang.

Bagaimana melaksanakan perubatan du’at, sebelum ummat?

Asal sembuhan penyakit du’at mesti diubati secara amal infirodhi dan amal jama’e. Namun, rata-rata kita ghairah mengubati penyakit jahiliyyah ummat; tanpa terlebih dahulu atau sama-sama menyembuhkan pengakit barah dalam badan kita (jika ada).

Perubatan jiwa yang boleh dilakukan dalam kalangan du’at yang sakit sebagaimana di bawah:-

UBAT PERTAMA – kesedaran dalam diri bahawa sikap-sikap (merujuk: penyakit mentaliti dan perlakuan) tersebut sesuatu yang bahaya pada diri, amal jama’e dan dakwah Islamiyyah; sehingga kita mulai bermuhasabah diri, berusrah, kuatkan ibadah (khususnya ibadah nafilah) dan berdoa agar mendapat petunjuk Ilahi.

UBAT KEDUA – meluruskan orientasi dakwah sama ada secara infirodhi atau amal jama’e benar-benar untuk menyeru manusia kembali menghayati Islam; bukan untuk kepentingan diri (individu), keluarga, puak/golongan, pertubuhan, parti dll sehingga Islam itu lebih lihat/dihayati penting dari perkara-perkara tersebut.

UBAT KETIGA – hiasi diri kita dengan tawaddu’ (maksud: rendah diri) semasa manusia agar semakin ruku’ dan sujud kepada Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t sahaja yang layak memiliki sifat at-Takabbur dan disebabkan sifat itu Syaitan dilaknat Allah s.w.t.

UBAT KEEMPAT – Bersifat objektiflah dalam menilai prilaku diri, orang lain serta ummat. Mad’u yang jahil patut mandapat simpati.Mad’u yang fasik (maksud: zalim/jahat) patut mendapat inzar (maksud: amaran daripada Allah dan Rasulullah s.a.w) dan mad’u yang ma’asi patut mendapat pencegahan daripada kita secara hikmah.

Dengan prilaku sedemikian, kita akan berlaku adil dalam fikrah/hati, ucapan atau tindakan ketika berdepan dengan kelimpok-kelompok tersebut.

UBAT KELIMA – Rancang dakwah Islamiyyah kita kerana Rasulullah s.a.w juga sangat teliti dalam perancangan dakwah Islamiyyah. Inilah pentingnya manhaj dalam berdakwah.

UBAT KEENAM – Islam telah memberi panduan secara menyeluruh dalam kehidupan manusia. Sepatutnya, tuntutan dakwah juga tidak harus dijuzukkan pada persoalan solat atau politik atau pendidikan dll semata-mata. Wajah syumulan Islam itulah seharusnya menjadi wajah aktivitisme dakwah.

KETUJUH – Setiap zaman ada nilai-nilai kontemporarinya. Maka, para du;at patut mengambil kira nilai-nilai kontemporari ini sebelum melaksanakan tuntutan dakwah Islamiyyah tersebut; agar kita tidak rumuskan konservatif dan memang kita sudah terjebak dalam konservatif ketika melunaskan tuntutan-tuntutan tersebut sehingga dakwah Islamiyyah gagal diterima oleh ummah.

KELAPAN – dakwah bersifat merobah masa sebab Islam sendiri bersifat inqilabiyyah (maksud: dibangunkan atas runtuhan jahiliyyah moden). Perubahan mesti ditiupkan dalam fikrah, mesti dibentuk dalam sifat du’at dan ummah serta mesti diuji dan diasak agar menjadi iltizam dalam diri (infirodhi) dan amal jama’e kita.

Marilah kita bermuhasabah dan lakukan perubahan segera dalam diri kita kerana perubahan ini menjadi pemangkin pada perubahan ummah. Kenal pasti penyakit dan segera ubati penyakit-penyakit tersebut.

Sesungguhnya, kita mampu merealisasikan cita-cita Islam sebab perjuangan kita berdiri atas asas Islam dan kita (GMI) ditarbiyyah juga berdasarkan manhaj Islami.

Semoga Allah senantiasa merahmati amal jama’e kita dan ummah semakin selesa apabila kita mendekati (dakwah Islamiyyah) kepada mereka. Pendidikan Asas Perubahan.....

Tuesday, July 8, 2008

FORMULA KEBANGKITAN SEMULA......


JGN PERNAH BERMIMPI TUK TGAKKN ISLAM ANDAI TARBIYYAH TIDAK BERJALAN!!!

SALAM PERJUANGAN,

SEDARILAH WAHAI... pemuda,sahabat,saudaraku,kawanku yang masih bersemangat dan mahu akan iSlam tertegak di buMi malaysia yang tercinta ini! , bukan impian yang kita mahu tetapi kenyataan, kenyataan yang kita mahukan dari titik peluh usaha kita sendiri, namun ia bukanlah impian semata2 , bukanlah semangat! semata-mata, jauh lagi SLOGAN KOSONG yang dalamnya lompong semata-mata! marhalah (perjalanan) ini sebenarnya teramat jauh dan ia perlu usaha yang tersusun dengan rapi sekali dan kerana sikap kita yang tergopoh dan mahu cepat mengecapi kemenangan maka tidak diberikan kemenangan yang selayaknya SEDANGKAN UMMAT TIDAK TAHU PUN AKAN KEPENTINGAN SOLAT! LAGI, lihatlah akan keputusan yang kita sendiri tidak perlu bertanya pada sesiapa pun kerana kita sendiri sudah tahu akan hakikatnya!

9:42. Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri[644] dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.

- at-taubah

perjalanan dan perjuangan yang tersusun dan teratur setelah melepasi marhalah-marhalah yang tertentu maka barulah ALLAH akan memberikan janji2NYA kepada kita semua. telusurilah , laluilah, salurilah jalan dan tngkatan-tingkatan itu agar kemenangan yang dikecapai akan kekal bertahan dan berkesan walaupaun ia mengambil masa yang lama!........

Formula Kebangkitan Semula

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt.. hai kawan2, bertemu lagi di semester yang baru.. Ha.. tajuk kita kali ni ialah 'Formula Kebangkitan Semula Islam'. Kawan2 semua sedar tak yang kita sekarang ni dipandang hina oleh orang2 Barat? Umat Islam dianggap umat yang paling lemah, dan kita juga dianggap sebagai umat pengganas! Saudara2 kita kat Palestin tu dianggap macam binatang.. di bunuh & dirogol sesuka hati! Tak kira muda, tua, lelaki @ perempuan, semuanya dizalimi oleh syaitan bertopengkan manusia..

Ish3, tak kan kita nak tengok ja? Siapa lagi nak tolong saudara2 kita tu kalau bukan kita? Tapi macam mana nak tolong?? Kita sekarang ni dah jadi umat yang lemah. Tak dok seorang pun yang berani mempertahankan bumi Palestin yang kat dalamnya ada Masjid al-Aqsa. Semuanya dah lemah. Sebab apa? Sebab kita dah kekurangan umat yang kuat akidahnya..

Kalau kita renungi sejarah pembukaan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad al-Fatih, mesti kita akan rasa kagum dengan kehebatan dan kebijaksananaan Sultan Muhammad al-Fatih & tentera-tenteranya ni. Ye la cuba bayangkan, sultan muda yang berumur 19 tahun (diulang.. 19 tahun!!!!) ni berjaya menawan Kota Konstantin, yang mana kota tersebut sudah lama cuba ditawan oleh pemimpin2 Islam & tentera2 Islam yang lain semenjak 800 tahun sebelum tu lagi.. Eh, pelik betul.. awat depa ni semangat sangat nak tawan Kota Konstantinopel ni? Oh, rupa2nya, semua pemimpin Islam & tentera2 Islam sebelum tu, pakat2 nak berebut gelaran sebaik2 pemimpin & sebaik2 tentera yang Rasulullah saw pernah bersabda sewaktu menggali Parit Khandaq, 800 tahun sebelum penawanan Kota Konstantin oleh Sultan Muhammad. Sabda Rasulullah saw tersebut ialah:

“..Constantino (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam.

Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Fuh, ni bukan calang2 hebat ni.. 800 tahun tu... yang cuba nak tawan sebelum2 ni pun bukan nya calang2 orang! Khulafa ar-Rasyidin pun cuba nak tawan Konstantin tu! Fuh memang hebat la.. yang paling saya kagum ialah cara mereka pindahkan 72 buah kapal perang yang besar2 dan sememangnya teramat berat dari Selat Bosporus ke Teluk Golden Horn melalui jalan darat & gunung! Caranya ialah dengan menghamparkan batang2 kayu sepanjang laluan yang menghubungkan Selat Bosporus dengan Teluk Golden Horn. Ini disebabkan mereka tak dapat nak merentasi ke Teluk Golden Horn yang telah direntangi dengan rantai besi. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri.

Macam mana mereka ni boleh jadi hebat macam tu sekali? Jawapannya ialah tentera2 yang dipilih oleh Sultan Muhammad II ni terdiri daripada muslimin yang mempunyai keimanan yang teramat teguh serta kuat beribadat! Manakala, Sultan Muhammad II sendiri merupakan hamba Allah yang amat kuat beribadat. Buktinya, sewaktu pemilihan Imam untuk solat Jumaat yang pertama selepas panawanan Konstantin, Baginda telah terpilih kerana baginda tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu (awal waktu&berjemaah), solat rawatib & juga solat tahajjud sepanjang hidup baginda.Sesiapa yang benar2 mengabdikan diri pada Allah, pasti Allah akan membantunya dalam segala perkara.. Ya! Hanya dengan keimanan yang teguh sajalah umat Islam akan menjadi umat yang kuat! Dan seterusnya Palestin juga tidak mustahil untuk dibebaskan, dan kita semua pasti dapat solat di dalam Masjid al-Aqsa yang menjanjikan pahala yang cukup tinggi oleh Allah.

Macam mana pulak nak membentuk muslim yang teguh keimanannya? Jawapannya hanya satu.. iaitu dengan Tarbiyah Fardi (Individu) iaitu melalui usrah@halaqoh. Sequence untuk kebangkitan Islam dapat diringkaskan seperti berikut:

--> Individu Muslim

( KITA MASIH TERSEKAT DISINI! )

--> Baitul Muslim

--> Masyarakat Muslim

--> Negara Islam

--> Benua Islam

--> Dunia Islam

Kat bawah ni saya sertakan kata2 Syakib Arsalan..

"Banyak surat sampai kepadaku sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu (Palestin). Penulis-penulisnya mencadangkan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun seperti biasa aku akan menjawab:

"Kita WAJIB memulakan usaha Islam ini dari bawah, iaitu melalui TARBIYAH INDIVIDU. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang LEMAH, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka KOSONG?" ~ [Syakib Arsalan]

(sekadar pandangan dari hamba Allah yg dhaif.....)

Thursday, July 3, 2008

Apabila Ketaatan Terhadap Allah Mengatasi Segala-galanya..


Dengan nama Allah yang Maha pemurah & Maha mengasihani. Segala pujian hanya berhak bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat & salam keatas Nabi Muhammad s.a.w, keatas keluarga & para sahabatnya serta sekalian yang mengikuti mereka itu hingga ke akhir zaman.

Tergerak di hati ini untuk memberi sedikit ulasan tentang jawapan saudara Halim kepada bekas muslimat pondok Pasir Tumboh tempoh hari. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat untuk kita semua, aamin…

Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri ini kerana Ibnu Sirrin pernah bermadah: ان هذاالعلم دين فانظروا عن من تأخذون دينكم " "
bererti: "Sesungguhnya ilmu ini (ilmu tentang agama) tidak lain melainkan ianya adalah agama itu sendiri. Maka perhatikanlah daripada siapakah kamu mengambil agama kamu."

Saya berasal daripada Kota Bharu Kelantan. Pernah mempelajari ilmu agama di pondok Falahiyah Jertih, lebih kurang selama 5 tahun. Seterusnya, di pondok Pasir Tumboh Kota Bharu, semenjak tahun 1996 hingga sekarang masih lagi di situ. Saya merupakan seorang pelajar & salah seorang daripada tenaga pengajar pondok Pasir Tumboh. Juga merupakan guru kepada saudara Halim.

Tujuan saya susunkan ungkapan-ungkapan ini adalah semata-mata untuk menjelaskan persoalan “ Adakah pengesyoran yang diutarakan oleh saudara Halim itu tepat??” Iaitu jangan diendahkan suruhan ibu bapa kepada kawan bekas muslimat tersebut supaya meneruskan pengajiannya di Universiti dimana mereka melarang hasratnya untuk belajar agama di pondok. Saudara Halim menguatkan pengesyorannya itu dengan sabda Nabi yang bermaksud:”Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta (Allah).”

Oleh itu, saya cuba membuat penilaian dari dua aspek, iaitu pencampuran di antara pelajar-pelajar lelaki & perempuan IPT dan ilmu asas fardu ain.

PENCAMPURAN ANTARA LELAKI & PEREMPUAN

Telah maklum diketahui umum bahawa menyatukan pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dalam institusi pengajian, sama ada dari peringkat rendah hingga ke peringkat tertinggi adalah kebiasaan yang menular di Negara kita ini. Tambah pula segala aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran & kokurikulum pun sedemikian jua. Lebih-lebih teruk lagi, Asrama lelaki & perempuan berdekatan tanpa ada apa-apa penghadang. Cerita-cerita yang saya dengar sendiri daripada murid-murid saya dari kalangan pelajar-pelajar universiti tempatan dalam aliran agama bahawa mereka menyatakan perkara yang tidak enak didengari apabila kita timbangkan dengan neraca syariat.

Pelajar-pelajar jurusan agama ini menyatakan bahawa menjadi kebiasaan pelajar-pelajar membuat hubungan istimewa sesama mereka. Ini kerana, bila setiap hari melihat pelajar perempuan di dalam satu kelas atau pelajar perempuan yang lain pada sesuatu tempat dalam kampus.

Lebih-lebih lagi pelajar perempuan yang mempunyai rupa paras menawan, menjadi rebutan di kalangan pelajar-pelajar lelaki. Sehinggakan ada yang mengirim bunga untuk menawan hati sigadis jelita tersebut. Perhubungan begitu mudah, dengan telefon bimbit memainkan peranan yang penting dalam misi menakluki hati pelajar yang diminati serta sebagai alat yang dapat melayan perasaan pasangan-pasangan yang bercinta ini. Terdapat juga pelajar yang menjalin hubungan ‘istimewa’ dengan pensyarah muda yang memiliki rupa, yang baru menjawat tugas sebagai seorang pensyarah. Dalam kelas menghormatinya sebagai pendidik, dalam telefon bimbit dijadikannya sebagai seorang kekasih yang dirindui.

Lebih parah lagi ada yang berdating sambil berpegangan tangan dan terdapat kes ditangkap berdua-duaan dalam tandas. MasyaAllah!! Na’uuzibillah min zalik! Bukanlah semata-mata saya membongkar perkara-perkara aib sedemikian untuk melekeh & mencela. Saya terpaksa berbuat demikian, hanyalah bertujuan menyatakan hukum syariat tentang pencampuran pelajar lelaki & perempuan. Harap maaf!!! ‘Perkara yang baik dijadikan teladan dan perkara yang buruk dijadikan sempadan.’Inilah realiti yang berlaku serta diakui sendiri oleh pelajar-pelajar IPT, baik dari aliran agama mahupun aliran biasa (lebih parah). Ini kerana, jawapan yang saya terima adalah sama di kalangan pelajar IPT yakni pencampuran pelajar lelaki-perempuan itu membawa kepada elemen-elemen yang tidak baik.Terdapat juga pelajar lelaki menyusup masuk ke dalam bilik pelajar perempuan dan sebaliknya.

Kenapakah perkara ini tidak boleh berlaku? sedangkan semenjak dari kecil lagi muda-mudi kita dikotori fikiran mereka itu dengan tunjuk ajar yang negatif di sisi agama oleh syaitan yang besar iaitu TV & seumpamanya melalui rancangan-rancangan & filem-filem yang dipertontonkan. Didikan buruk yang menyalahi dengan syara’ yang terdapat di dalamnya seperti budaya berasyik-asyik dalam percintaan, adengan-adengan pergaulan bebas yang terbabas daripada batasan-batasan agama Allah Taala. Tidak kurang juga didikan membuka aurat dengan berpakaian yang ketat, singkat & menyingkap segala yang sepatutnya ditutup. Sehingga maruah harga diri seorang muslimat tidak kelihatan lagi melainkan dilihat seperti ciri-ciri perempuan orang kafir yang seperti binatang, bebas tanpa ikatan agama. Begitu juga dengan bahan-bahan cetak yang memainkan peranan penting dalam merosakkan moral muda-mudi kita.

Bemula dari muqadimah zina atau dipanggil sebagai perkara yang membawa kearahnya(zina) iaitu percampuran antara lelaki & perempuan, aktiviti bersama-sama, pandang-memandang, membuat hubungan, bersentuh-sentuhan dan lain-lain, seterusnya boleh membawa kearah melakukan penzinaan itu sendiri.
Allah Taala melarang keras hambanya melakukan muqadimah zina dan zina itu sendiri dalam firmanNya, yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina!”(surah al Israa:32)

Imam Ibnu Kastir menafsirkan ayat ini dalam kitab tafsir beliau dengan katanya: “Allah Taala berfirman(dengan ayat ini) yang mana Ia melarang hambaNya daripada melakukan zina, menghampiri zina, melakukan sebab-sebab kearah zina serta segala perkara yang boleh membawa kepada penzinaan.”

Tersebut dalam kitab Hasyiah Futuhat ilahiyah pada menerangkan ayat ini: “Kerana ayat ini memberi pergertian larangan daripada melakukan muqadimah zina seperti bersentuhan, bercium, melihat(lelaki pandang kepada perempuan atau perempuan melihat kepada lelaki)…”

Firman Allah Taala, yang bermaksud: “Katakan kepada kaum muslimin, Ya Muhammad! Pejamkanlah mata mereka(daripada melihat perkara-perkara yang tidak halal dilihat) dan kawallah alat kelamin mereka itu (daripada melakukan perkara yang tidak halal dilakukan)”(surah Annur:30)

FirmanNya lagi, yang bererti: “Katakanlah kepada kaum muslimat, Ya Muhammad! Pejamkanlah mata mereka(daripada melihat perkara-perkara yang tidak halal dilihat) dan kawallah alat kelamin mereka itu (daripada melakukan perkara yang tidak halal dilakukan)”(surah Annur:31)

Al-Hafiz Ibnu Qayim Aljauziah menyatakan dalam kitab Addaa Wa ddawaa’ m/s 163,bahawa ‘pandangan’ merupakan salah satu daripada punca-punca kemasukkan maksiat pada hamba Allah. Beliau menerangkan hal tersebut dengan katanya: “Adapun pandangan-pandangan itu ianya menarik kepada syahwat & utusannya (syahwat). Kawalan pandangan ialah asas bagi penjagaan alat kelamin (daripada melakukan perkara haram), maka sesiapa melepaskan pandangannya tanpa kawalan nescaya ia meletakkan dirinya ke tempat kebinasaan-kebinasaan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, bermaksud: “Janganlah engkau ikutkan satu pandangan dengan pandangan yang seterusnya, kerana sesungguhnya tidak mengapa bagi engkau pandangan yang pertama dan tidak harus(haram) bagi engkau pandangan kali kedua.”

Ibnu Qayim menjelaskan lagi: “Pandangan itu asal kebanyakkan terjadinya bala bencana yang menimpa manusia. Ini kerana, ianya mendatangkan lintasan, seterusnya lintasan itu mendatangkan ingatan, seterusnya ingatan itu menerbitkan syahwat, seterusnya syahwat menerbitkan keinginan yang kuat maka jadilah azam yang teguh, lantas berlakulah perbuatan(zina) selagi tiada sesuatu yang menghalangnya. Kerana inilah, dimadahkan “Sabar pada memejam mata (tiada melihat perkara haram) ialah terlebih mudah daripada sabar terhadap kesakitan yang akan terjadi selepasnya…”

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban & Ishak bin Rahawaih daripada Asmaa binti Yazid, yang bermaksud: “Bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan…” Al-Hafiz Ibnu Hajar menyatakan hadis ini adalah hadis hasan.

Hadis yang bermaksud: “Demi Allah! Bahawa dicucuk seseorang daripada kalangan kamu di kepalanya dengan jarum besi adalah terlebih baik daripada ia bersentuhan dengan perempuan yang tidak halal baginya.”(Riwayat Tabarani).Al-Hafiz Ibnu Hajar membilang hadis ini sebagai hadis hasan.

Membuat hubungan percintaan di antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan yang sah terlebih dahulu adalah haram. Allah Taala melarang hambaNya daripada apa bentuk perkara, sama ada dengan melihat ,membuat hubungan, menyentuh dan lain-lain yang merupakan habuan nafsu syahwat antara lelaki dan perempuan. Membuat hubungan intim hingga asyik dalam percintaan adalah merupakan muqadimah zina. Keasyikkan dan mabuk di alam percintaan ini membawa kekancah yang terlebih keji.

Ibnu Qayim menyatakan bahawa keasyikkan cinta pada sesuatu itu tidak dapat memberi kemaslahatan kepada dunia dan akhirat bahkan kemudaratannya bersangatan.
Beliau menerangkan di antara beberapa sebab keburukan yang terjadi daripada keasyikkan itu, dengan katanya: “Bahawa kerosakkan segi keduniaan dan keakhiratan bagi orang-orang yang asyik mabuk dengan sesuatu itu (asyik percintaan lelaki dengan perempuan atau asyik mabuk dengan perkara maksiat) terlebih cepat daripada api menghanguskan kayu yang kering. Ini adalah kerana hati itu, setiap kali ia berdekatan dengan keasyikkan dan kuat perhubungan dengannya necaya jauhlah ia daripada Allah. Sejauh-jauh hati daripada Allah adalah hati orang-orang yang asyik dengan sesuatu. Apabila hati itu jauh daripada Allah, maka datanglah kepadanya kerosakkan-kerosakkan dan Syaitan mengambil alih memerintah hati tersebut dari segenap segi serta dapat mengerasinya. Syaitan tidak akan membiarkan dengan memberi kemudharatan yang semungkin ia dapat berikan kepada hati itu melainkan ia lakukannya. Maka apakah lagi diandaikan pada hati yang telah dapat musuhnya menguasainya dan bersungguh-sungguh menyesatkan dan membinasakan makhluk Allah?? Apakah yang dapat diandaikan pada hati yang jauh daripada penjaganya(Allah) sedangkan tiada ada kebahagiaan, kejayaan& kegembiraan melainkan dengan menghampiriNya serta di dalam penjagaanNya??

Disebabkan keasyikkan inilah, mereka sanggup merelakan & melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Syariat sepertimana keasyikkan cinta Zulaikha yang mendalam terhadap Nabi Yusuf, membuat ia bertindak di luar batasan.
Firman Allah,bermaksud: “Zulaikha memujuk-mujuk Yusuf untuk melakukan perbuatan sumbang ketikamana Yusuf di dalam biliknya (Zulaikha) & ia mengunci pintu biliknya itu, seterusnya berkata kepada Yusuf: “Kemarilah padaku…”(Yusuf:23). Ini adalah disebabkan keasyikkan cintanya yang mendalam terhadap Nabi Yusuf. FirmanNya Taala yang menceritakan perbualan perempuan-perempuan di Bandar Mesir terhadap Zulaikha, bermaksud: “…sesungguhnya Zulaikha itu terlalu asyik mencintai hambanya (Yusuf)…”(Yusuf:30).

Bertitik mulai daripada percampuran lelaki dengan perempuan itulah yang membawa kepada muqadimah-muqadimah zina yang lain seperti melihat, membuat hubungan,bersentuhan dan lain-lain serta boleh membawa kearah penzinaan itu sendiri. Kerana inilah, Allah Taala melarang hambaNya daripada pencampuran antara lelaki dengan perempuan melalui penurunan ‘Ayat Hijab’.
FirmanNya,bererti: “ Apabila kamu meminta sesuatu daripada mereka itu(isteri-isteri Nabi),maka pintalah kepada mereka melalui belakang tabir (penghadang). Demikian itu, terlebih membaiki & membersihkan hati kamu & hati mereka (isteri-isteri Nabi).” (AlAhzab:53).

Imam Qurtubi berkata: “Allah Taala menghendaki dengan ayat ini bahawa (meminta melalui belakang tabir) terlebih membersihkan hati daripada segala lintasan yang tidak baik,yang mendatangi bagi kaum lelaki pada lintasan perkara-perkara yang berkaitan dengan kaum wanita & yang mendatangi bagi kaum wanita pada lintasan perkara-perkara yang berkaitan dengan kaum lelaki. Yakni, demikian itu terlebih menafi & menjauhkan daripada tomahan serta terlebih teguh pada kawalan(daripada berlaku perkara yang ditegah)…”

Ayat Hijab ini umum hukumnya bagi sekalian Muslimat,bukan hanya untuk isteri-isteri Nabi s.a.w. Ini kerana, apabila golongan sebaik-baik umat iaitu para sahabat & isteri-isteri baginda disyarakan hijab penghadang antara mereka maka umat yang terkemudian, yang mana kemungkaran berleluasan terlebih utama lagi dengan hukum ini. Lebih-lebih lagi,telah diyakini dengan secara umum bahawa berlakunya muqadimah zina & seterusnya penzinaan,apabila tiada mengasingkan antara lelaki dengan perempuan seperti yang berlaku di insitusi-insitusi pengajian.

Imam Qurtubi menjelaskan bahawa ayat Hijab ini umum hukumnya, dengan katanya: “Pada ayat ini menjadi dalil bahawa Allah Taala membenarkan meminta kepada isteri-isteri Nabi s.a.w disebalik tabir, apabila terdapat sesuatu hajat atau pun masalah agama yang diminta fatwa daripada isteri-isteri baginda. Termasuklah sekalian perempuan (tidak hanya isteri-isteri Nabi) dalam hukum sedemikian dengan pergertian yang difahami daripada ayat tersebut&juga dengan apa yang terdapat di dalamnya asas-asas syariat iaitu dari segi diri wanita itu adalah aurat, sama ada badannya&suaranya(di sisi mazhab Syafie: suaranya aurat jika seseorang lelaki terasa enak apabila mendengarnya)…”

Sebagai menguatkan bahawa ayat Hijab ini bersifat umum,terdapat di antara beberapa riwayat hadis tentang sebab turunnya ayat ini, riwayat yang menunjukkan bahawa pencampuran itu membawa kepada perkara-perkara yang tidak elok. Hadis yang dikeluarkan oleh Nasaie daripada Mujahid seterusnya daripada Aisyah,yang bererti: “Adalah aku makan ‘Haisan’(bubur yang dibuat daripada tamar,minyak sapi&gandum) bersama Nabi s.a.w di dalam satu mangkuk maka Umar melewati kami lalu baginda menjemputnya&ia pun makan bersama.Kemudian,tersentuh tangan Umar dengan tanganku lantas ia berkata: “Bagus-bagus!!” atau “Wah-wah!!”(nada tidak menyukai).Umar menambah lagi: “Jika diikutkan kehendakku terhadap isteri-isteri Nabi ini, aku harap mereka tidak dilihat oleh mata manusia, lalu diturunkan ayat Hijab.”

Nabi s.a.w mengambil perhatian serius dan memberi penekanan yang berat terhadap percampuran tersebut sehinggakan kelibat kaum Hawa ini pun,baginda tidak membenarkannya.Ini sebagaimana yang terdapat di dalam Sahih Bukhari daripada sanadnya yang berhubung kepada Az-Zuhri daripada Hindun Bt. Haris seterusnya daripada Ummu Salamah r.dh anha,berkata: “Adalah Rasulullah s.a.w,apabila memberi salam(di dalam solat),lalu kaum perempuan bangun berdiri ketika telah selesai salam baginda.Baginda tetap sejenak di tempat duduknya sebelum bangun berdiri.Kata Perawi(Az-Zuhri): “Kami berpendapat(wallahu ‘aklam) perbuatan Nabi tersebut supaya kaum wanita beredar sebelum dapat dilihat oleh seorang pun daripada kaum lelaki.”(Sahih Bukhari: bab solat kaum wanita di belakang kaum lelaki)

Justeru itu, bertepatanlah apa yang dikatakan oleh saudara Halim bersandarkan dengan Hadis Nabi, yang bermaksud : “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta(Allah).” Ini adalah kerana terdapat pencampuran diantara pelajar lelaki dan wanita dalam Universiti yang ternyata merupakan maksiat terhadap Allah. Hanya dengan aspek ini sahaja sudah memadai pada mengingkari arahan ibu bapa muslimat tersebut.


ILMU ASAS FARDHU AIN

Mempelajari ilmu Tauhid yang dikenali dengan sifat 20 adalah diwajibkan bagi setiap individu muslim. Ini adalah disepakati oleh ulama’ Ahli Sunnah Waljama’ah sebagaimana yang terdapat dalam kitab-kitab muktabar mereka itu. Saya mempunyai beberapa sahabat yang bergelar ustaz, sama ada lepasan dalam negeri mahupun luar negeri. Mereka meminta saya mengajar ilmu sifat 20 kepada mereka, lalu saya memperkenankan. Saya dapati sahabat saya yang bergelar ustaz ini tidak memahami ilmu tersebut dengan pengakuan daripada mereka sendiri. Ini bermakna para ustaz sendiripun tidak terlepas daripada tuntutan ilmu fardhu ain. Saya percaya bahawa ustaz-ustaz yang lain pun sedemikian, jika tidak mempelajari ilmu tauhid tersebut daripada mereka yang betul-betul memahami seperti pelajar lepasan Pondok.

Oleh itu, apatah lagi bagi mereka yang tidak mempelajari ilmu agama, yang mana tempat pengajian mereka tidak dapat memenuhi kewajipan menuntut ilmu fardu ain tersebut. Begitu jugalah sebagaimana yang telah dialami oleh muslimat tersebut. Tindakan beliau keluar daripada Universiti untuk mempelajari ilmu asas fardhu ain adalah bertepatan disebabkan Institusi Pondok yang dapat memenuhi hasratnya untuk menguasai ilmu tersebut.

Maka amat wajarlah bahawa saudara Halim memberi pengesyoran supaya jangan diendahkan suruhan ibu bapa muslimat itu untuk meneruskan pengajiannya di Universiti serta tetap istiqamah dalam hasratnya ke Pondok. Ini disebabkan pengajian Universiti,tidak dapat melepas dirinya daripada tuntutan-tuntutan yang diwajibkan.Ilmu asas Fardhu ain ini jika ditangguh mempelajarinya,membawa kepada sehari-harian dalam berdosa. Ternyatalah benar sebagaimana saudara Halim menyandarkan pengesyorannya melalui sabda Nabi s.a.w,yang bermaksud: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta(Allah).”

Akhir kalam,kebenaran kedua-dua aspek yang saya huraikan itu,diri para pelajar sendiri yang mengalami situasi tersebut dapat menilainya.Saya juga pernah mengalami situasi percampuran antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan,sewaktu di alam persekolahan dahulu.Kita sendirilah yang dapat melihat gejala-gejala yang tidak elok itu berlaku. Begitu jua mengenai ilmu asas fardhu ain, yang mana mereka yang bergelar ustaz itulah sendiri yang menilaikannya, dengan secara insaf.
Firman Allah,bermaksud: “ Bahkan! Manusia itu sendiri menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri,sekalipun ia mengutarakan dalihan-dalihan penafian.”(surah Al-Qiyamah:16)

Lantaran itu, kembalilah! kearah Tuhan Rabul ‘izzah,Tuhan semesta alam, yang mencipta serta mentadbirkan kita dengan sifat rahmanNya,dengan membaiki segala kesilapan, kealpaan dan kegelinciran kita yang tersimpang jauh daripada landasan SyariatNya…

Hendaklah kita berpegang teguh dengan syariat Allah, walau apa jua keadaan sekalipun.Contohilah pemuda-pemuda Ashabul Kahfi yang meninggalkan kemewahan dan pangkat kedudukan demi menyelamatkan agama mereka daripada tekanan pemerintah&pengaruh masyarakat.Sebuah kisah teladan yang diabadikan oleh Allah untuk umat di akhir zaman sebagai suatu gambaran yang luhur mengajar erti pengorbanan terhadap agama apabila keikhlasan hati dalam mentaati Allah mengatasi segala-galanya……

WALLAHU’ALAM….
artikel ini adalah petikan semula utk sama2 berkongsi dgn sahabat2
(rujukan dari ustaz-ustaz lajnah pondok pasir tumbuh)

Pilihanraya Kampus

Pilihanraya kampus merupakan detik-detik penting dalam menentukan corak dan pimpinan pelajar. Saya kira, dalam kerja berpilihanraya seperti ini memang sukar untuk dinafikan berlakunya kumpulan atau "parti" pelajar sama ada secara langsung atau tidak langsung. Memang sukar dan hampir mustahil untuk seseorang pelajar melakukannya bersendirian bertanding dalam pilihanraya kampus. Sebab itu berlaku kewujudan kumpulan-kumpulan tertentu dalam pertandingan pilihanraya kampus yang merupakan kemuncak segala aktiviti pelajar. Malah universiti-universiti utama dan terkemuka seperti Universiti Malaya dan sebagainya membenarkan perkara ini dilakukan secara terang-terangan tanpa perlu berselindung.


Di dalam Seksyen 48 Akta Universiti dan Kolej Universiti (pindaan 1975) memberikan kuasa kepada pihak berkuasa universiti membentuk satu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dipilih oleh pelajar sendiri. Pemilihan wakil pelajar untuk menduduki MPP ini dilakukan menerusi satu pilihanraya MPP yang biasanya dikenali sebagai pilihanraya kampus. Sungguhpun begitu terdapat perbezaan diantara sesebuah universiti dalam mengendalikan pilihanraya kampus ini. Ada universiti yang membenarkan pelajarnya bertanding secara berkumpulan (atau berparti) seperti di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan sebagainya.

Sementara di sesetengah universiti tidak membenarkan bertanding secara berkumpulan, sebaliknya bertanding atas nama individu seperti di Universiti Islam Antarabangsa dan sebagainya.Jika diteliti atau dikaji secara mendalam kewujudan kumpulan atau biasanya disebut parti ini hampir menyamai keadaan sebenar yang berlaku di luar kampus. Parti-parti yang dibentuk oleh pelajar ini ada yang pro-UMNO dan juga pro-PAS. ABIM dan IRC juga membentuk kumpulan mereka sendiri dan mengambil sikap bersendirian ataupun melakukan kerjasama salah satu dari dua parti utama itu mengiku 'trend' atau sikap pimpinan induk mereka.

Di awal 1980'an mereka bekerjasama dengan kumpulan pro-PAS mewujudkan "Barisan Islam" tetapi keadaan sebaliknya berlaku di akhir 1980'an dan dekad 1990'an ini.

Pelajar Cina dan India juga membentuk kumpulan atau parti mereka sendiri. Dalam pilihanraya kampus mereka akan membentuk gabungan dengan parti-parti Melayu menjadi seolah-olah "Barisan Nasional".


Proses pilihanraya kampus hampir menyamai pilihanraya umum yang sebenar. Perang poster dan kempen-kempen dibenarkan selama kira-kira seminggu. Di universiti- universiti yang utama dan "berfikiran terbuka", kempen-kempen pilihanraya begitu hidup dan sentiasa dinanti-nantikan oleh pelajar serta pengkaji-pengkaji politik kampus.
Pengundian dan pengiraan undi dilakukan secara terbuka seperti pilihanraya umum. Keputusannya pula biasanya diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (HEP) sebagai pegawai utama pilihanraya sebaik sahaja selesai pengiraan undi.


Menerusi proses pilihanraya ini, pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Maktab Perguruan berpeluang memilih wakil-wakil mereka bagi kawasan Umum (seluruh kampus) dan Fakulti atau Pusat Pengajian. Calon-calon yang menang dalam pilihanraya ini akan menjadi Ahli MPP selama satu tahun pengajian. Kedudukan MPP seakan menyamai dengan peranan Dewan Rakyat selaku badan perundangan di mana wakil-wakil pelajar menghadiri mesyuarat untuk berbincang, berbahas dan meluluskan sesuatu usul. Resolusi yang diambil oleh ahli MPP dalam membuat sesuatu keputusan memerlukan undi majoriti tetapi bagi mengubah sesuatu keputusan yang telah diambil atau ditetapkan memerlukan majoriti dua pertiga di kalangan ahli MPP.


Majlis Perwakilan Pelajar ini akan membentuk satu badan 'executive' atau 'kabinet' pelajar dikenali sebagai Persatuan Mahasiswa Universiti (PMU). Kumpulan yang menguasai kerusi terbanyak kalangan ahli MPP akan membentuk kabinet PMU dengan melantik Presiden dan anggota exco yang lain. Manakala kumpulan yang tewas akan bertindak sebagai pembangkang. Tetapi di sesetengah universiti telah menetapkan semua ahli MPP akan memegang jawatan dalam PMU yang dibentuk oleh MPP.


Keputusan pilihanraya kampus terutamanya di universiti- universiti yang utama seperti Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya sentiasa mendapat liputan yang meluas di akhbar-akhbar tempatan. Terdapat ulasan-ulasan yang dibuat berdasarkan keputusan itu untuk menentukan pengaruh parti mana yang lebih kuat dan diterima ramai di kampus-kampus universiti. Keadaan ini begitu ketara di tahun-tahun 1990'an dan era 2000'an ini. Untuk pilihanraya kampus yang akan datang sama-sama lah kita nantikan perkembangannya.

Wednesday, July 2, 2008

FITNAH ROSAKKAN UKHWAH....

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah ‘suka membawa mulut’, mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang se hingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau ‘namimah’ iaitu menceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup berma syarakat.

Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.

“Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir.” (at-Taubah:125)

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dakwaannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.

Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia saudaranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.

Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan mem fitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.

Cukup dengan memasukkannya ke dalam Internet atau blog, semudah itulah manusia berbuat dosa dan semudah itu juga umat Islam boleh bersatu dan berpecah belah.

Bagi Muslim sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.

“Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan.” (al-Isra:36)

Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada kencingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: “Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya.”

Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba.”

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap ‘Islam’ yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.

Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mang sanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan se hingga bertahun-tahun.

Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma’athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah.

Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.

“Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu; jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hu kuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

“Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri, dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

“Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat saksi itu, maka mereka itu pada sisi hukum Allah adalah orang yang dusta.

“Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.

“Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai penge tahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

“Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidakkah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan.

“Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini lamanya, jika betul kamu orang yang beriman.

“Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

“Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui.

“Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya.” (an-Nur: 11-20)

Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan se seorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.

“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu mu sibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (al-Hujuraat:6)

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Dulu, Kini dan Selamanya...

Dulu, Kini dan Selamanya...

### salam ukhwah ###....

My Photo
Mujahideen
Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-) "kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
View my complete profile

MUTIARA KATA

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

bicara siswa

Followers

Nasyid FM

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all