Tuesday, July 29, 2008

BANGKIT LAH WAHAI MAHASISWA!!!!!!!

16 SEPTEMBER 2008 APA YANG MAHASISWA BOLEH LAKUKAN...

TARIKH keramat ‘16 September’ tersebut kembali menghantui Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi serta kem capitalism UMNO/BN negara.

Ini kerana modus operandi Kerajaan belakangan ini masih belum mampu meredakan rasa amarah kaum rakyat di Malaysia.

Jika perkara ini berlanjutan, kemungkinan apa yang ditiupkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kembali releven di Malaysia – iaitu mengambil alih kerajaan Malaysia (federation) melalui lopatan beramai-ramai 30 MP BN tidak lama lagi.

Bagaimana modus operandi menjelang hari tersebut?; hanya DSAI dan Tuhannya sahaja yang tahu. Sama-sama kita nantikan.

Mahasiswa Malaysia untuk pusingan akhir Countdown 16 September akan datang, kita juga perlu merencana sesuatu.

Sekurang-kurangnya comeback untuk Pilianraya Kampus 2008 dalam wajah yang lebih progresif serta tampil atas suatu semangat muafakat bersama di seluruh IPT Malaysia.

Jika kita menelusuri sejarah perjuangan mahasiswa dalam konteks Pilihanraya Kampus (PRK) untuk 4 tahun belakangan ini, ada kampus yang menyaksikan pertandingan antara Pro-Mahasiswa dan Pro-Universiti; dan ada sebaliknya.

Sesuatu yang menarik, walaupun Pro-Mahasiswa lebih berdepan dengan birokrasi tidak munasabah Universiti dan bersedia menanggung risiko perjuangan dalam satu-satu PRK, namun Pro-Universiti kelihatan lebih lantang memelihara hak asasi mahasiswa dan tekun mahu mendominasi ‘kerajaan mahasiswa’ (maksud: Majlis Perwakilian Mahasiswa).

Pro-Universiti pula disokong secara langsung oleh proksi-proksi UMNO/BN di peringkat kampus. Mereka mempunyai keistimewaan untuk mengakses prasarana dan dana mahasiswa dengan restu pentadbiran Universiti. Maka, ketumbukan pro Universiti ini secara luarannya tentu kuat di peringkat Nasional.

Di UM, kelompok ini dikenali sebagai Pro-Universiti (Pro-U). Di UKM, USM, UiTM, UPM, USIM dll, kelompok ini turut dikenali sebagai Pro-Universiti.

Berbeza dengan kita, kaum aktivis yang pro Mahasiswa dan lebih dilihat anti-establishment. Di UM, kelompok pro-Mahasiswa dikenali sebagai Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM – kini dikenali sebagai Pro-Mahasiswa/ProM).

Di UiAM, kelompok kita ini dikenali sebagai We Unite for Islam (WUFI). Di UPM, kelompok kita ini dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa Maju (GMM). Di UKM, USM, USIM dan semua iPT lain, kita juga mempunyai pelbagai nama tersendiri.

Pendek kata, kita tidak seperti kelompok pro Universiti. Kelompok mereka ini secara muafakat sama ada di peringkat kampus atau nasional; mereka ini dahulu dikenali sebagai Aspirasi dan kini dikenali sebagai Pro-Universiti.

Apabila kita didedahkan perbandingan simplistik seumpama di atas ini, janganlah kita beranggapan bahawa tanda aras (KPi) seumpama di atas ini bukanlah realiti kekuatan kita dan pesaing-pesaing kita.

Kita seharusnya mengakui bahawa tidak semua kaum mahasiswa kenal hati budi, perjuangan, idealisme, pengorbanan dll oleh kita kecuali apa yang mereka lihat secara simplistik sepanjang tempoh satu-satu PRK.

Baru-baru ini, saya telah bertemu dan berwacana dengan kaum aktivis mahasiswa di USM. Hasil brainstorming tersebut, kita telah membuat beberapa kesimpulan.

Antaranya, salah satu faktor mengapa calon-calon kita gagal menang majoriti di satu-satu kerusi fakulti/umum di sana; berpunca oleh kita (proM) tidak cukup popular atau calon-calon ProM tidak dikenali oleh masyarakat mahasiswa USM; berbanding pihak pesaing kita.

Oleh kerana rata-rata mahasiswa lebih kenal imej Aspirasi (maksud: Pro-Universiti) di sana, maka secara implisitnya mereka akan memberi undi kepada calon-calon yang bertanding atas tiket Aspirasi. Kita perlu bermuhasabah tentang salah fenomena setempat seumpama ini.

Jika kita lihat dalam sejarah awal perjuangan Islam, seorang Sahabat r.a telah datang menemui Khalifah Ali KarramaLlahu wajhah.

Sahabat r.a tersebut telah bertanya Khalifah Ali k.w beberapa soalan. Salah satunya adalah, “Mengapa ummat pada zaman kamu tidak sebanding zaman-zaman sebelumnya (maksudnya: lemah dan tidak progressif)? Adakah kerana pesaing-pesaing kita hari ini sudah cukup kuat (berbanding zaman-zaman sebelum)?

Khalifah Ali bin Abi Tholib k.w dengan penuh cermat berkata, “pada zaman mereka, pemuda-pemuda yang mendukung perjuangan Islam adalah sekuat aku. Namun, pada zaman ini, pemuda-pemuda Islam yang bersama-sama Aku adalah selemah kamu (yang suka mengkritik namun tidak mendukung perjuangan).

Pesaing-pesaing kita hari ini bukanlah kuat kerana mereka tidak mempunyai Allah S.W.T dan Rasulllah S.A.W, namun kita sebenarnya yang terlalu lemah sehingga tidak mampu mendahului (mengalahkan) mereka (yang memang sah lemah)…

(Ketahuilah) Kebenaran yang tidak direncana akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang…”

Lebih kurang begitulah mafhum kisah kepemimpinan Khalifah Ali bin Abi Tholib k.w; yang sepatutnya sama-sama kita teladani.

PERUBAHAN asalnya adalah cita-cita…

Demi menyambut gelombang perubahan Malaysia tidak lama lagi, ada beberapa saranan perlu sama-sama kita pertimbangkan dan realisasikan.

PERTAMA, wujudkan suatu badan muafakat bersama di kampus dan nasionalP.R.O M.A.H.A.S.I.S.WA! Badan muafakat ini mestilah terdiri oleh semua pertubuhan mahasiswa yang pro-M tidak kira latar belakang agama, budaya, idealisme dll.

Nama pertubuhan muafakat, Imej, logo, slogan, tuntutan, warna tema, dll mestilah dalam suatu piawaian sahaja (standard). Wujudkan sekretariat pusat.

PENJELASAN: Model Brainstorming (cadangan) untuk grand-design PRO MAHASISWA 2008

KEDUA, pacakkan idealisme perjuangan yang jelas. Contoh: manifesto PRO-M kali ini adalah:

1.Komited memansuhkan AUKU

2.Hapuskan 3% riba @ caj.perkhidmatan PTPTN

3.Tuntun Bar-Council, NGO dan media buat liputan bebas dalam PRK

Walaupun terhad pada tiga tuntutan tersebut, mahasiswa boleh lantang dalam isu-isu kepincangan di peringkat nasional. Contoh, isu kenaikan minyak, rasuah, kelemahan Pak Lah, neo-capitalism dll; dan cuba rumuskan dengan ketiga-tiga tonggak perjuangan mahasiswa kali ini.

Ketiga-tiga tonggak idealisme mahasiswa ini lebih jelas jika dicopkan pada belakang baju T kita sempena mendepani PRK 2008 ini.

KETIGA, wujudkan jaringan antarabangsa (international network) yang strategik. Sebagai contoh, wujudkan hubungan tidak langsung dengan Amnesty International; OIC (khususnya Science Division dan OIC ranking to boost Islamic varsities dll); PBB (khususnya UNESCO); ASA (maksud: Pertubuhan Mahasiswa ASEAN); Universiti peringkat ASEAN/Antarabangsa (khususnya yang mempunyai disiplin pengajian (jabatan/fakulti) sains sosial @ sains politik); media antarabangsa (alJazeera, IslamOnline, CNN dll.); dan kedutaan-kedutaan di Malaysia.

Dengan berbuat demikian, kita boleh menghantar setiap info aktivitisme Mahasiswa Malaysia 2008 (khususnya yang berkaitan pencabulan hak asasi manusia dan demokrasi kampus) kepada pihak-pihak berwajib dalam translitrasi bahasa Inggeris.

Premis kita jelas, kita bukan mahu memburuk-burukkan Malaysia. Kita hanya mahu mendapat sokongan dunia terhadap perjuangan hak asasi / demokrasi kampus oleh mahasiswa-mahasiswa Malaysia.

Jika buruk sekalipun, sekurang-kurangnya masyarakat dunia jelas menisbahkan satu-satu keburukan/negatif tersebut hanya ke atas UMNO/BN yang sah mencabuli hak-hak kita (mahasiswa Malaysia) sejak 1971 lagi.

Lebih dari itu, kita juga boleh menyarankan apakah bentuk-bentuk sokongan/partisipasi yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak berwajib (peringkat antarabangsa?; demi memastikan sistem demokrasi kampus dan hak asasi mahasiswa Malaysia kembali dipulihara.

Sebagai contoh, kempen menghantar poskad/surat protes kepada Pejabat KPT/PM sendiri di Putrajaya dll.

Tuntasnya, gerakan mahasiswa Malaysia boleh merencanakan pelbagai perkara demi memastikan gelombang perubahan Malaysia boleh dijelmakan juga di semua kampus/IPT Malaysia.

Bayangkan! Melalui perancangan strategik seumpama di atas ini, Pro-Mahasiswa (WUFI) berjaya mengekalkan rekod kemenangan/dominasi kerusi-kerusi Student Representative Council (SRC) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM) kelak.

Bayangkan ‘kerajaan mahasiswa’ (maksud: Majlis Perwakilan Mahasiswa – MPP) di sekurang-kurangnya 4 Universiti utama - Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) turut berjaya didominasi oleh aktivis-aktivis Pro-Mahasiswa Malaysia.

Pro-Mahasiswa pada waktu itu, sudah menguasai ‘lima (5) kerajaan Mahasiswa’ di lima Universiti terkemuka Malaysia.

Tidakkah rekod kemenangan tersebut boleh dijadikan tanda aras (KPi) pada negara; bahawa masyarakat mahasiswa juga bersikap anti-establishment (menolak proksi-proksi UMNO/BN) di peringkat kampus; sebagaimana yang telah berlaku di peringkat nasional dalam Pilihanraya Umum 12 (PRU12) lalu.

Jika DSAI gagal dalam acara larian pecut pusingan akhir kelak (merujuk pada 16 September ini), sekurang-kurangnya, kita (mahasiswa Malaysia) masih berjaya mencipta sejarah keramat bangsa kita (mahasiswa) melalui rekod kejayaan mengambil alih ‘ 5 kerajaan Mahasiswa’ di peringkat IPT Malaysia.

Selamat merencana gerakan. Selamat berijtihad. Salam berjuangan.

Pastikan countdown 16 September 2008 tidak lama lagi ini, mahasiswa tahu apa yang patut kita lakukan; bukan hanya dibuai romantism politik nasional DSAI/Pakatan Rakyat semata-mata.

Ayuh! (MAHASISWA) sama-sama kita merencana perubahan siasi (maksud: politik) di semua Universiti September ini; kerana mungkin akan mencetuskan sekali lagi perubahan di peringkat nasional Malaysia (mudah-mudahan) tidak lama lagi. ‘Mahasiswa Mengasak P.E.R.U.B.A.H.A.N‘ ! ! !

0 comments:

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Dulu, Kini dan Selamanya...

Dulu, Kini dan Selamanya...

### salam ukhwah ###....

My Photo
Mujahideen
Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-) "kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
View my complete profile

MUTIARA KATA

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

bicara siswa

Followers

Nasyid FM

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all