Wednesday, March 31, 2010

NIKMATNYA MELIHAT WAJAH ALLAH...

Setelah beberapa lama mengelilingi Hadiratul Quddus, malaikat Jibril lalu membawa ke semua ahli syurga berkenaan berkumpul untuk menghadiri satu upacara perhimpunan agung. Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril untuk membentangkan satu hamparan permaidani, maka duduklah para tetamu Allah SWT itu berehat dengan penuh gembira dan selera sekali. Seketika kemudian Allah SWT pun memerintah para malaikat: ”Berikan makan kepada para waliku” Maka muncullah para pelayan membawa pelbagai hidangan istimewa. Semakin banyak dimakan, semakin semakin terasa lazat rasanya. Setiap suap tidak sama rasanya. Subhanallah......mereka terus menikmati hidangan makanan sepuas-puasnya. Setelah makan, Allah SWT memerintahkan : ”Berikan minum pada hamba-hambaKu”. Maka para tetamu Allah SWT tersebut diberi minuman yang rasa airnya bertambah lazat pada setiap teguk. Allahuakbar.....

Setelah para tetamu Allah SWT tersebut menikmati jamuan di ”hari pertama” mereka dikumpullkan beramai-ramai, Allah SWT pun memerintah malaikat Jibril supaya menghadiahkan kepada mereka pakaian-pakaian syurga. Tubuh badan mereka disaluti dengan pelbagai perhiasan yang amat baik dan terlalu tinggi nilainya samaada perhiasan cincin emas yang bertatahkan batu-bata delima atau berlian yang terlalu ajaib dan menakjubkan. Setiap cincin yang dipakai oleh tetamu Allah SWT tersurat kalimah-kalimah tertentu yang memuji kebesaran Allah SWT. Mereka juga dihiasi dengan mahkota syurga yang dihiasi dengan batu-batu permata yang bergemerlapan.

Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril menghantar pula bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Maka muncullah seekor burung yang sangat ajaib rupanya dan terlalu cantik pula warnanya terbang di dalam taman syurga yang permai itu, sambil mengembangkan sayapnya mengelilingi kepada mereka. Maka terpeciklah bau-bauan yang sangat harum hasil dari sayap-sayap burung ajaib tersebut lalu merenjis pada tubuh dan pakaian setiap tetamu Allah SWT yang hadir pada majlis itu. Maka bertambah harum dan bertambah nyamanlah suasana syurga pada masa itu. Alangkah tercegangnya para tetamu Allah SWT itu melihat dan mengalami kejadian ajaib yang ditunjukkan oleh Allah SWT itu, sebagai janji kesenangan dan kebahagiaan yang bakal dinikmati oleh manusia yang beriman di alam akhirat nanti.

Seketika kemudian secara tiba-tiba muncullah sebuah mimbar yang diperbuat daripada Nur. Malaikat Jibril mara di tengah manusia yang ramai itu sambil membimbing tangan Nabi Musa naik ke atas mimbar tersebut untuk membaca kitab Taurat. Nabi Musa pun memperdengarkan bacaan Taurat dengan bacaan yang lembut dan jelas didengar oleh sekalian hadirin. Setelah itu, malaikat Jibril menjemput pula nabi Isa naik ke atas mimbar untuk membacakan kitan Injil seperti yang pernah diturunkan ke atas baginda oleh Allah SWT. Setelah nabi Isa memperdengarkan bacaannya, tibalah giliran nabi Daud pula untuk membacakan kitab zabur. Bagindapun memperdengarkan bacaan kitab zabur dengan suara yang amat merdu hingga terpegunlah sekalian tetamu Allah SWT pada hari itu. Setelah itu, malaikat Jibril menjemput Rasululah SAW naik ke atas mimbar untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran. Rasulullah SAW pun membaca Al-Quran dengan suara yang paling merdu dan tidak pernah didengar oleh mana-mana manusia sebelum ini.

Setelah selesai pembacaan kitab-kitab suci yang pernah diturunkan oleh Allah SWT pada umat manusia, maka tiba-tiba terdengarlah satu suara paling merdu memenuhi ruang syurga yang terbentang luas itu. Suara itu merupakan ”Kalam” (perkataan) Allah SWT sendiri yang pertama kali didengar oleh sekalian ahli syurga tersebut :


”Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu, dan kini kamu boleh meminta nescaya Aku akan berikan permintaanmu.”

Jawab Ahli syurga berulang-ulang :

”Kami minta redhaMu, kami minta redhaMu.”

Dijawab oleh Allah SWT :

”Aku redha kepadamu bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan penghormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima.”


Maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat Zat Allah SWT yang Maha Mulia sekehendak Allah, maka segera mereka bersujud kepada Allah sehingga Allah SWT menyuruh mereka : ”Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat.”

Maka disitu mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat dzat Allah SWT yang Maha Mulia. Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah ’Arasy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan diatas kepala mereka, di atas ubun-ubun kuda mereka, maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah cantik, lebih cantik dari biasa sehingga isteri-isteri mereka berkata :

”Kamu kini lebih cantik dari yang biasa.”


Ya Allah, layakkah aku untuk melihat wajahMU.....

Dalam kerinduanku untuk berjumpa denganMU, semakin takut pula aku kepadaMU...

Ya Allah terimalah aku sebagai kekasihMU.....Allah...

Sekadar Perkongsian

(Sumber : Buku Malam Pertama Di Syurga)
karangan Adil Akhyar, SH,LL.M

Tuesday, March 30, 2010

BERTEMU ALLAH DI HADIRATUL QUDDUS...

Diriwayatkan setelah semua manusia yang layak memasuki syurga sudah memasuki syurga, pada suatu hari yang ditentukan, Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril membawa ahli syurga ke satu perkampungan yang bernama Hadiratul Quddus. Hadiratul Quddus terletak didalam syurga yang bernama Syurga Khuldi, iaitu suatu alam dan tempat yang cuma diketahui kedudukannya oleh Allah SWT sahaja. Apabila malaikat Jibril dan rombongan ahli syurga yang ramai itu samapai di pintu Syurga Khuldi, maka muncullah malaikat yang menjadi pengawal syurga itu, lalu bertanya : ” Apakah bicara dan kehendak tuan bersama rombongan manusia yang ramai ini ke perkampungan syurga ini yang tidak pernah dijejaki oleh seorang manusiapun.”


Lalu Jibril menjawab : ”Aku diperintahkan oleh Allah SWT, pentadbir seluruh alam untuk menghantar tetamu-tetamuNya dari orang-orang yang bernasib baik bagi menduduki Hadiratul Quddus. Setelah mendengar kata-kata perintah dari Jibril, maka malaikat yang mengawal pintu Syurga Khuldi itu dengan segera mebuka pintunya dan membenarkan Jibril dan ke semua tetamu Allah SWT tersebut menuju ke perkampungan syurga Hadiratul Quddus. Malaikat Jibril pun masuk ke dalam syurga itu lalu menaiki ke satu puncak mahligai yang tinggi secara berkata : ”Wahai Muhammad, masuklah tuan hamba bersama para nabi, para sahabat dan sekalian manusia yang menjadi calon penghuni syurga ke taman Hadiratul Quddus ini untuk menikmati segala kemewahan yang telah dijanjikan Allah SWT dahulu. ”Maka masuklah Rasulullah dan sekalian tetamu Allah SWT yang lain ke dalam taman itu lalu menaiki kenderaan khas yang telah disediakan.


Apabila mereka melalui jalan di dalam taman syurga itu, tiba-tiba berundur ke belakang dengan sendirinya segala pohon kayu kecil dan besar yang menghiasi taman itu untuk memberi hormat kepada rombongan tersebut. Sepanjang perjalanan mereka diperlihatkan pemandangan taman yang indah lagi mengkagumkan, melalui bangunan serta mahligai yang diperbuat daripada emas, perak, batu delima serta lain-lain. Pendek kata, Hadiratul Quddus memiliki mahligai yang brtaburan dalam suasana yang terlalu permai dan amat menyenangkan. Pada pintu setiap mahligai tersebut sudahpun tertulis nama penghuni yang bakal memilikinya manakala di dalamnya menunggu dengan wajah kerinduan akan para bidadari yang amat jelita, mennuggu dengan penuh sabar akan saat pertemuan yang sudah terlalu hampir akan kedatangan suami mereka yang bakal menjadi penghuni dan raja di dalam mahligai tersebut....Subhanallah......


Ya Allah, rindunya aku untuk bertemu denganMu, Moga-moga aku kembali kepadaMU dalam keadaan yang terbaik......Ameen ya Rabb.

Sekadar Perkongsian


(Sumber : Buku Malam Pertama Di Syurga)
Karangan Adil Akhyar, SH, LL.M



LULUS UJIAN...

Firman Allah SWT yang bermaksud :

” Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cabaran) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya : Bilakah (datangnya) pertolongan Allah ?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah ).’’

(Al-Baqarah : 214)


Ibnu Kathir berkata : ”Apakah kamu sangka bahawa kamu layak masuk syurga tanpa sebarang ujian dan tribulasi sebagaimana yang telah berlaku kepada mereka yang terdahulu daripada kamu. Antara ujian tersebut seperti pelbagai penyakit, musibah, bencana dan kedukacitaan.”

Sayyid Qutub berkata : ”Demikianlah Allah berbicara dengan angkatan muslimin yang pertama dan mengemukakan kepada mereka pengalaman-pengalaman golongan oarang yang beriman di zaman silam dan membentangkan sunah-Nya kepada mereka panji-panji agama-Nya dan dibebankan di bahu mereka amanah-Nya, sistem hidup-Nya dan syariat-Nya.”

Mengikut sebuah hadis yang sahih daripada Khabbab bin al-’Arat katanya, kami bertanya : ” Wahai Rasulullah SAW, tidakkah engkau minta tolong untuk kami? Tidakkah engkau berdoa kepada Allah untuk kami ? ” Lantas sabda Nabi :

”Sesungguhnya terdapat orang di zaman dahulu yang diletakkan gergaji atas kepalanya kemudian digergaji sampai terbelah dua, sedangkan dia tidak berpaling dari agamanya. Bergitu juga disikat dengan sikat besi sehingga mengoyakkan daging dan tulangnya, sedangkan dia tidak berpaling dari agamanya. Demi Allah. Nescaya Allah akan sempurnakan urusan ini sehingga menunggang dari Sana’a ke Hadramaut tidak takut kecuali kepada Allah, akan tetapi kamu merupakan kaum yang bergopoh – gapah.”

(HR. Bukhari, Ahmad dan Abu Daud)

Berkenaan dengan firman Allah yang maksudnya, ”Bilakah (datangnya) pertolongan Allah ?” Sayid Qutub berkata : ” Menggambarkan betapa hebatnya kesusahan yang menggoncangkan hati Rasul dan para Mukmin yang mempunyai hubungan rapat dengan Allah. Kesusahan itu telah memayungkan hati mereka dengan bayangan yang mendung dan menyebabkan terkeluarnya dari mereka pertanyaan yang malang ini : Bilakah datangnya pertolongan Allah ?”

Apabila mereka dapat berdiri teguh menghadapi ujian yang menggoncangkan ini, maka itulah terlaksananya keputusan Allah dan telah tiba pertolongan dari Allah. Adapun maksud firman Allah, ” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah ),” Al-Sonhadji berkata : ”Tuhan akan memperkenankan harapan orang-orang Mukmin yang betul-betul tabah hatinya, teguh pendiriannya menghadapi segala derita kerana menegakkan yang hak, dengan menyegerakan datangnya pertolongan kepada mereka. Percayalah kepada pertolongan Allah, dan ia akan tiba tidak berapa lama lagi. Benarlah tidak berapa lama musuh yang mengepung kota Madinah telah berselisih sesama mereka, yang dituruti pula dengan turunnya angin ribut, hujan lebat dan petir sabung menyabung, sehingga mereka punah-ranah dan mengundurkan diri dengan ketakutan yang amat sangat.”

Sayid Qutub berkata : ” Kemenangan (berupa syurga) itu adalah disimpan untuk mereka yang wajar menerimanya dan tiada yang wajar menerimanya melainkan orang-orang yang sanggup berdiri teguh sehingga akhir hayat. Mereka sanggup teguh menghadapi goncangan-goncangan dan mereka sanggup menghadapi rempuhan ribut badai.” Mereka yakin bahawa tiada kemenangan melainkan kemenangan dari Allah dan sesuai dengan kehendak Allah. Apabila kesusahan dan penderitaan itu sampai ke puncaknya, maka mereka hanya mengharapkan sesuatu penyelesaian yang lain. Bukan pula mengharapkan mana-mana pertolongan yang bukan datang dari Allah, kerana pertolongan yang sebenar itu adalah dari Allah.Dengan keteguhan yang seperti itulah para Mukmin dapat memasuki syurga dan layak menjadi penghuninya setelah menempuh perjuangan dan ujian, kesabaran dan kegigihan, keikhlasan kepada Allah Yang Maha Esa sahaja, pembulatan perasaan terhadap Allah, pengabaian terhadap segala sesuatu dan sekalian yang lain dari Allah.

Ibnu al-jauzi berkata : ”Sesungguhnya dari kesukaran hidup yang terkena kepada ummah terdahulu membawa kepada terlewatnya kemenangan di samping tribulasi yang begitu mencabar dan sesungguhnya telah dinyatakan bahawa jalan ke syurga itu hanya dengan kesabaran yang tinggi dan kental.” Benarlah Aisyah tatkala berkata : ” Rasulullah SAW tidak kenyang tiga hari berturut-turut tanpa sebarang makanan.” Begitu juga Huzaifah berkata : ” Aku pernah merasa lapar beberapa hari ketika aku pulang kepada keluargaku. Mereka mengadu hal ini kepadaku.” Inilah yang terjadi kepada generasi soleh terdahulu, yang menunjukkan sifat kesabaran serta redha yang telah membawa mereka kepada kejayaan di dunia dan akhirat.


Sekadar Perkongsian


Sumber : Buku Malam Pertama Di Syurga,

Karangan Adil Akhyar, SH, LL.M


Monday, March 29, 2010

MALAM PERTAMA DI SYURGA ALLAH…..

Bismillah hirrahman nirrahim…..Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih diberi taufik dan hidayah untuk terus menulis dan menulis. Moga-moga penulisan ini dapat memberi manfaat kepada mereka-mereka yang sentiasa mencari hidayah Allah serta menjadi bekalan untuk diriku di akhirat nanti. Ameen ya Rabb….

Bukan mudah untuk memastikan “hari pertama” kita berada dalam syurga. Kerana ia memerlukan perjuangan dan amalan yang banyak semasa hidup di dunia. Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan onak dan duri. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia. Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan yang disediakan untuk mereka yang derhaka kepada Allah s.w.t.

Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan Rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan pengorbanan yang sangat tertinggi yang bermula dari keimanan kepada Allah s.w.t,. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan. Bukan mudah untuk masuk syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syiatan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.

Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut kehendak hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan. Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman, bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.


Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan : orang jahil semuanya binasa kecuali orang yang berilmu, Orang berilmu semua akan binasa kecuali yang beramal, Orang yang beramal akan binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya yang lasak sahaja yang berjaya samapi ke mercu.

Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan mengikut kehendak Allah s.w.t. Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat berkekalan untuk selama-lamanya. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang sifat sementara. Hanya orang cetek akal sahaja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.

Syaitan selalu membisikkan kepada kita tantang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawasi dari serangan penyakit batin seperti ria’, ujub, bongkak, sombong serta kesemua sifat tercela yang boleh merosakkan amalan kita. Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah terlebih dahulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah sudah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah yang menggerakkan kita untuk beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita perlu bersyukur kerana Allah telah gerakkan kita untuk beramal.

Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali r.a yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali r.a memang terkenal dengan zuhud dan banyak melakukan amal ibadat. Bagaimana pula dengan diri kita ye? Saidina Ali r.a menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.Oleh itu kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.

Ingat sekali lagi pesanan Nabi SAW :
”Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.”

Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Banyak syarat yang wajib dimiliki untuk memastikan seseorang mendapatkan ”Kunci Syurga” yang melayakkannya bergelar ”Ahli Jannah ” (ahli syurga).

Sekadar Perkongsian

Sumber : Buku Malam Pertama Di Syurga
Karangan Adil Akhyar, SH,LL.M


Tuesday, March 23, 2010

Sultan Muhammad Al-Fateh

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam telah berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Akhirnya,dadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan beliau dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN


Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.

Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya.


Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka. Bantuan Dari Pope Vatican Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah.Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota. Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah.


Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda.

Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya,“Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”. Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fateh” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.


SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya itu.


Adakah tentera Islam zaman sekarang sehebat tentera Sultan Ahmad Al-fateh ?

Wednesday, March 10, 2010

..: cInTa LuAr BiAsA :..

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang
terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa
henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam
pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam
dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada
tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah
dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang
bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian
mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak
kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat
tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan
aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas
segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas
jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti
kemanisan iman.

Mampukah diri ini meraih cinta luar
biasa..??

Monday, March 8, 2010

Pesanan Rasulullah SAW Kepada Saidatina Fathimah Az-Zahra R.H

Hingga kini, dunia masih terus mengenangnya. Tidak sedikit tetes air mata mengalir tatkala mengingat kebesarannya. Malu rasanya membandingkannya dengan keadaan kita saat ini. Rasa terharu seketika apabila membaca kembali kisah-kisah perjuangannya; ketika dengan penuh kasih sayang ia mengusap darah suaminya semasa perang dan merawatnya dengan penuh perhatian; saat ia mengambil air sendiri dengan berjalan jauh hingga membekas di dadanya; begitu beraninya ia menginap di rumah Rasulullah SAW sementara 'Ali suaminya, menggantikan tempat tidur Muhammad SAW saat orang-orang kafir Quraisy mengepung.


Fathimah Az Zahra sangat besar perjuangannya. Tidaklah berlebihan jika Rasulullah SAW menegaskan, atas dasar kecintaannya, bahwa manusia pertama yang kelak duduk mendampinginya di surga tidak lain adalah Fathimah. Dia adalah puteri dari seorang yang suci. Dia sendiri suci. Dari rahimnya yang suci, kita pernah mendengar nama besar Hasan dan Husain. Ia juga melahirkan Zainab yang dari keturunannyalah kelak Imam Syafi'i mendapat tempat dan perlindungan.


Imam Nawawi Al Bantani pernah menuliskan keagungan Fathimah Az Zahra ketika berbicara masalah hak dan kewajiban suami isteri bersama Rasulullah SAW . Nabi SAW bersabda kepada puterinya; Hai Fathimah, setiap isteri yang membuatkan tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah mencatat baginya memperoleh kebajikan dari setiap butir biji yang tergiling, dan menghapus keburukannya serta meninggikan darjatnya.


Hai Fatimah, setiap isteri yang berkeringat di sisi alat penggilingnya karena membuatkan bahan makanan untuk suaminya, maka Allah memisahkan antara dirinya dan neraka sejauh tujuh hasta.


Hai Fatimah, setiap isteri yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisirkan rambut mereka dan mencucikan baju mereka, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala orang yang memberi makan seribu orang yang sedang kelaparan, dan seperti pahala orang yang memberi pakaian seribu orang yang telanjang.


Hai Fatimah, tetapi yang lebih utama dari semua itu adalah keridhaan suami terhadap isterinya. Sekiranya suamimu tidak meridhaimu, tentu aku tidak akan mendo'akan dirimu. Bukankah engkau mengerti, hai Fatimah, bahawa ridha suami itu menjadi bahagian dari ridha Allah, dan kebencian suami merupakan bahagian dari kebencian Allah.


Hai Fatimah, manakala seorang isteri mengandung, maka para malaikat memohon ampun untuknya, dan setiap hari dirinya dicatat memperoleh seribu kebajikan dan seribu keburukannya dihapus. Apabila telah mencapai rasa sakit (menjelang melahirkan) maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Apabila ia telah melahirkan, dirinya terbebas dari segala dosa seperti keadaannya setelah dilahirkan ibunya.


Hai Fatimah, setiap isteri yang melayani suaminya dengan niat yang benar, maka dirinya terbebas dari dosa-dosanya seperti pada hari dirinya dilahirkan ibunya. Ia tidak keluar dari dunia (yakni mati) kecuali tanpa membawa dosa. Ia menjumpai kuburnya sebagai taman surga. Allah memberinya pahala seperti seribu orang yang berhaji dan berumrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan untuknya hingga kiamat. Setiap isteri yang melayani suaminya sepanjang hari dan malam hari disertai hati yang baik, ikhlas dan niat yang benar, maka Allah mengampuni dosanya. Pada hari kiamat kelak dirinya diberi pakaian berwarna hijau, dan dicatatkannya untuknya pada setiap rambut yang ada di tubuhnya dengan seribu kebajikan, dan Allah memberi pahala kepadanya sebanyak seratus pahala orang yang berhaji dan berumrah.


Hai Fatimah, setiap isteri yang tersenyum manis di muka suaminya, maka Allah memperhatikannya dengan penuh rahmat.


Hai Fatimah, setiap isteri yang menyediakan diri tidur bersama suaminya dengan sepenuh hati, maka ada seruan yang ditujukan kepadanya dari langit. "Hai Wanita, menghadaplah dengan membawa amalmu. Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang berlalu dan yang akan datang."


Hai Fatimah, setiap isteri yang meminyaki rambut suaminya demikian pula janggutnya, mencukur kumis (misai) dan memotong kuku-kukunya, maka Allah kelak memberi minum kepadanya dari rahiqil makhtum (tuak jernih yang tersegel) dan dari sungai yang ada di syurga. Bahkan Allah kelak akan meringankan beban sakaratul maut. Kelak dirinya akan menjumpai kuburnya bagaikan taman surga. Allah mencatatnya terbebas dari neraka dan mudah melewati sirath (titian). Wallahu’lam.....

Sekadar Perkongsian Untuk Muslimat.........


AIR MATA INSAN YANG AGONG...

Detik-detik Rasulullah SAW menghadap sakaratul maut. Sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benarnya cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.


Pada pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Rasulullah dengan suara terbatas dengan memberi khutbah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-NYA. Maka taati dan bertaqwalah kepada-NYA. Kuwariskan dua perkara pada kalian, AL-QURAN dan SUNNAHKU. Barang siapa yang mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintai ku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan Rasulullah SAW yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.


Abu Bakar menatap mata itu dengan mata berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisannya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang saatnya sudah tiba. “Rasulullah SAW akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercintai bernama Muhammad itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.


Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah SAW yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah SAW masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?”tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah. “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahu lah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggentarkan. Seolah-olah setiap inci bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian Jibril dipanggil yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak, tanya baginda?”


“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepada ku : ‘Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,’’ kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugasnya. Perlahan roh Muhammad ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. ‘’Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.’’ Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah memejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memaling muka. ‘’Jijikkah kau melihat ku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?’’ Tanya Rasulullah pada Malaikat Pengantar wahyu itu. ‘’Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal,’’ kata Jibril.


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. ‘’Ya Rasulullah, dasyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa ini padaku, jangan pada umatku.’’ Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.


‘’Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum’’- ‘’Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.’’ Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling bepelukan. Fatimah menutup tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinga di bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.


‘’Ummati, ummati, ummatiii’’- ‘’Umatku, umatku, umatku’’ Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Tuesday, March 2, 2010

Andainya kamu tahu …

Mungkin!

Mungkin sahabatku.

Ramai yang tidak mengerti betapa pentingnya kekuatan ruhani dalam menjalani kehidupan ini.

Boleh jadi ramai lagi yang terpesona dengan keindahan dan kehebatan lahiriah berbanding dengan keindahan dan kehebatan ruhani. Terkadang mereka terpukau lantas membiarkan ruhani kering dan terus kering hingga segala amalan dan perilaku untuk menghampiri Allah menjadi semakin jauh tanpa disedari dan kita tidak sedikit pun merasa kelazatan iman yang sebenarnya.

Apalah guna banyaknya amal kita dengan mengira rakaat rakaat yang kosong. Apalah guna tilawatul quran kita sekadar untuk menyahut panggilan fadhilat ramadhan yang tidak dapat membuahkan al-hubb kepada Allah. Tidak membuahkan pengajaran dan dapat mengambil panduan darinya.

Aku tidak menafikan dari sudut pahala. Kerana itu hak Allah diatas niat masing masing namun saban tahun dibulan mulia ini kita menjalani amal rutin ini tetapi tidak mendatangkan perubahan bagi diri dan iman malah terkadang amal amal ini menjadi tiket kita untuk lebih rakus lagi melayani hawa nafsu selepas ramadhan.


Aku tidak mengatakan sesuatu yang teori. Kerana perkara ini berlaku pada diri dan tidak mustahil pada kita semua! Sebab itu aku ingin kongsi akan peringatan ini kerana nafsu tidak pernah putus asa untuk menyesatkan kita apalagi apabila bertemu teman setianya syaitan laknatullah untuk menyesatkan kita dari jalanNya.


Saudaraku .

Kita tidak dapat menafikan kekuatan ruhani adalah kekuatan pokok dalam kita menghampiri Allah atau untuk Allah menghampiri kita. Kita memerlukan hati yang lembut dan sejuk untuk menyerapkan amal amal kita supaya sebati dengan ruh ubudiyah kita kerana hati yang keras tidak bisa diserap oleh iman dan kekusyukan amal.


Pernahkah dalam hidup kita, kita terjumpa orang orang yag kuat ruhaninya? Pernahkah kita bergaul dan menumpang kejernihan hati mereka? Pernahkah kita lihat cara kehidupan mereka?


Andainya kamu tahu, sebenarnya tidak banyak bedanya kehidupan mereka dengan kita!

Mereka seperti kita. Mereka juga punya jamaah dan persatuan. Punya Halaqah. Melalui proses tarbiyah.


Mereka juga memegang jawatan tinggi. Educated. Mempunyai kedudukan.

Apakah bedanya dengan kita?

Tidak lain tidak bukan adalah Kezuhudan. Zuhud dan Qanaah dengan hidup ini. Mereka hidup ala kadarnya. Punya rumah sekadar tempat berlindung. Punya kenderaan yang sekadar boleh berjalan. Berpakaian sekadar menutup aurat. Makan sekadar untuk beribadah. Bergaul dengan orang2 solih. Menuntut ilmu dan berdakwah hidup harian mereka.


Mereka juga bergaul dan bersosial tetapi semua itu menjurus kepada dakwah. Dimana mereka pergi, mereka membawa islam. membawa iman. Membawa risalah Nabi. Mereka senantiasa ingin menyelamatkan diri dan manusia lain. Hidup mereka sentiasa menjurus kepada akhirat dan sentiasa berhati hati!


Pernahkah kamu jumpa mereka ini? Mereka yang asing yang terpuji disisi Allah yang hidup mereka amat bahagia.


Kenapa aku sebut asing! Kerana jumlah mereka amat sedikit ditengah kita dan manusia yang banyak ini. Sehingga mereka digelar ‘ Ghuraba’ “ ( orang orang asing )


Nabi pernah bersabda

Beruntunglah orang orang asing. Sahabat bertanya, ” Wahai Rasullullah, siapakah orang orang yang asing itu?” Beliau menjawab, ” Orang orang yang bertambah Iman dan Takwanya ditengah ramai manusia yang kurang Iman dan Takwanya. ~ HR Ahmad


Bahagianya mereka kerana kedekatan hati mereka pada Allah. Ketakwaan mereka makin bertambah dengan amal amal solih yang mereka pertahankan ditengah arus perdana kebendaan yang menyilaukan kita. Disanalah kemuliaan kebesaraan jiwa dan kemuliaan yang mereka gapai disisi Allah.


Mereka seperti keadaan ikan yang berada ditengah air yang mengalir dan arus yang kuat. Ikan ikan itu semakin kuat dan besar kerana terbiasa melawan arus.

Begitulah jiwa mereka, tetap kuat bertahan melawan arus kebendaan dunia yang membadai.

Sesungguhnya memang kita sukar mengenali mereka kerana mereka amat sedikit dan banyak menyembunyikan amal.

Mereka tidak suka menunjuk nunjuk seperti kita kerana mereka tergugah dengan pesan Nabi

Sesungguhnya Allah menyintai hamba yang bertakwa, yang qanaah dan yang beribadah secara khafi sembunyi sembunyi ~ HR Muslim.


Andainya kamu tahu, tidak semesti amal amal solih harus disembunyikan kerana sebagai da’i terkadang kita perlu menjadi contoh untuk mad’u kita mencontohi amal yang kita lakukan. namun sebagai duat ini ada ibadah ibadah yang perlu kita rahsiakan dan sembunyi sembunyi dalam kerangka untuk memperkayakan ruhani kita agar lebih kukuh dan lebih tegar sehingga tidak terombang ambing oleh pesona dan gemerlapnya dunia.


Andainya kamu tahu, sebenarnya kita boleh jadi seperti mereka. Kerana mereka juga seperti kita dahulu. Bezanya adalah mereka sanggup melakukan perubahan diri untuk lebih mujahadah dan bersifat zuhud dan qanaah dalam hidup.


Marilah kita renung diri kita sendiri. Berapa lama lagi kita mampu menguak kehidupan dunia yang fana ini. Marilah kita tadabbur dan taffakur atau merenung dan berfikir sampai bila kita harus hidup dengan khayalan khayalan yang sonsang ini sehingga efeknya boleh membuat kita tersungkur dipintu nafsu yang akan meratah keimanan yang telah kita bina!


Wallahua'lam.....

Sekadar Perkongsian.....


Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Dulu, Kini dan Selamanya...

Dulu, Kini dan Selamanya...

### salam ukhwah ###....

My Photo
Mujahideen
Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-) "kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
View my complete profile

MUTIARA KATA

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

bicara siswa

Followers

Nasyid FM

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all