Tuesday, March 30, 2010

LULUS UJIAN...

Firman Allah SWT yang bermaksud :

” Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cabaran) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya : Bilakah (datangnya) pertolongan Allah ?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah ).’’

(Al-Baqarah : 214)


Ibnu Kathir berkata : ”Apakah kamu sangka bahawa kamu layak masuk syurga tanpa sebarang ujian dan tribulasi sebagaimana yang telah berlaku kepada mereka yang terdahulu daripada kamu. Antara ujian tersebut seperti pelbagai penyakit, musibah, bencana dan kedukacitaan.”

Sayyid Qutub berkata : ”Demikianlah Allah berbicara dengan angkatan muslimin yang pertama dan mengemukakan kepada mereka pengalaman-pengalaman golongan oarang yang beriman di zaman silam dan membentangkan sunah-Nya kepada mereka panji-panji agama-Nya dan dibebankan di bahu mereka amanah-Nya, sistem hidup-Nya dan syariat-Nya.”

Mengikut sebuah hadis yang sahih daripada Khabbab bin al-’Arat katanya, kami bertanya : ” Wahai Rasulullah SAW, tidakkah engkau minta tolong untuk kami? Tidakkah engkau berdoa kepada Allah untuk kami ? ” Lantas sabda Nabi :

”Sesungguhnya terdapat orang di zaman dahulu yang diletakkan gergaji atas kepalanya kemudian digergaji sampai terbelah dua, sedangkan dia tidak berpaling dari agamanya. Bergitu juga disikat dengan sikat besi sehingga mengoyakkan daging dan tulangnya, sedangkan dia tidak berpaling dari agamanya. Demi Allah. Nescaya Allah akan sempurnakan urusan ini sehingga menunggang dari Sana’a ke Hadramaut tidak takut kecuali kepada Allah, akan tetapi kamu merupakan kaum yang bergopoh – gapah.”

(HR. Bukhari, Ahmad dan Abu Daud)

Berkenaan dengan firman Allah yang maksudnya, ”Bilakah (datangnya) pertolongan Allah ?” Sayid Qutub berkata : ” Menggambarkan betapa hebatnya kesusahan yang menggoncangkan hati Rasul dan para Mukmin yang mempunyai hubungan rapat dengan Allah. Kesusahan itu telah memayungkan hati mereka dengan bayangan yang mendung dan menyebabkan terkeluarnya dari mereka pertanyaan yang malang ini : Bilakah datangnya pertolongan Allah ?”

Apabila mereka dapat berdiri teguh menghadapi ujian yang menggoncangkan ini, maka itulah terlaksananya keputusan Allah dan telah tiba pertolongan dari Allah. Adapun maksud firman Allah, ” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah ),” Al-Sonhadji berkata : ”Tuhan akan memperkenankan harapan orang-orang Mukmin yang betul-betul tabah hatinya, teguh pendiriannya menghadapi segala derita kerana menegakkan yang hak, dengan menyegerakan datangnya pertolongan kepada mereka. Percayalah kepada pertolongan Allah, dan ia akan tiba tidak berapa lama lagi. Benarlah tidak berapa lama musuh yang mengepung kota Madinah telah berselisih sesama mereka, yang dituruti pula dengan turunnya angin ribut, hujan lebat dan petir sabung menyabung, sehingga mereka punah-ranah dan mengundurkan diri dengan ketakutan yang amat sangat.”

Sayid Qutub berkata : ” Kemenangan (berupa syurga) itu adalah disimpan untuk mereka yang wajar menerimanya dan tiada yang wajar menerimanya melainkan orang-orang yang sanggup berdiri teguh sehingga akhir hayat. Mereka sanggup teguh menghadapi goncangan-goncangan dan mereka sanggup menghadapi rempuhan ribut badai.” Mereka yakin bahawa tiada kemenangan melainkan kemenangan dari Allah dan sesuai dengan kehendak Allah. Apabila kesusahan dan penderitaan itu sampai ke puncaknya, maka mereka hanya mengharapkan sesuatu penyelesaian yang lain. Bukan pula mengharapkan mana-mana pertolongan yang bukan datang dari Allah, kerana pertolongan yang sebenar itu adalah dari Allah.Dengan keteguhan yang seperti itulah para Mukmin dapat memasuki syurga dan layak menjadi penghuninya setelah menempuh perjuangan dan ujian, kesabaran dan kegigihan, keikhlasan kepada Allah Yang Maha Esa sahaja, pembulatan perasaan terhadap Allah, pengabaian terhadap segala sesuatu dan sekalian yang lain dari Allah.

Ibnu al-jauzi berkata : ”Sesungguhnya dari kesukaran hidup yang terkena kepada ummah terdahulu membawa kepada terlewatnya kemenangan di samping tribulasi yang begitu mencabar dan sesungguhnya telah dinyatakan bahawa jalan ke syurga itu hanya dengan kesabaran yang tinggi dan kental.” Benarlah Aisyah tatkala berkata : ” Rasulullah SAW tidak kenyang tiga hari berturut-turut tanpa sebarang makanan.” Begitu juga Huzaifah berkata : ” Aku pernah merasa lapar beberapa hari ketika aku pulang kepada keluargaku. Mereka mengadu hal ini kepadaku.” Inilah yang terjadi kepada generasi soleh terdahulu, yang menunjukkan sifat kesabaran serta redha yang telah membawa mereka kepada kejayaan di dunia dan akhirat.


Sekadar Perkongsian


Sumber : Buku Malam Pertama Di Syurga,

Karangan Adil Akhyar, SH, LL.M


0 comments:

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Dulu, Kini dan Selamanya...

Dulu, Kini dan Selamanya...

### salam ukhwah ###....

My Photo
Mujahideen
Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-) "kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
View my complete profile

MUTIARA KATA

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

bicara siswa

Followers

Nasyid FM

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all