Sunday, December 21, 2008

KEJADIAN TANAH RUNTUH, BENCANA BANJIR MENGUJI KEIMANAN MANUSIA HADAPI TAKDIR ILAHI…..

Sejak akhir-akhir ini negara kita digemparkan dengan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Pelbagai pendapat dan pandangan telah diberikan oleh orang ramai tentang kejadian tersebut. Namun apa yang menyedihkan, kebanyakan pandangan yang diberikan oleh orang ramai lamgsung tidak mengaitkan kejadian tersebut dengan kebesaran Allah SWT, kebanyakannya menyatakan sebagai bencana alam. Sedangkan apa yang berlaku itu sebenarnya adalah datang dari Allah SWT. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Hal ini disebabkan tidak akan diturunkan bala melainkan ada sebab musababnya. Diatas sebab-sebab kezaliman manusia, kealpaan dan kelalainan terhadap peringatan-peringatan Allah sebelum ini. Ataupun ia juga mungkin menjadi satu ujian dan dugaan daripada Allah untuk menguji ketabahan dan keimanan hamba-Nya.
Sebagai mana Firman Allah s.w.t yang bermaksud ”Dan sesungguhnya akan kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (surah al-baqarah, ayat 155). Kemudian Allah jelaskan mengenai orang yang sabar dalam firman-Nya yang bermaksud : ”(iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jugalah (tempat) kami kembali.” (surah al-baqarah,ayat 156).
Dalam ayat itu Allah menyatakan bahawa setiap hamba-Nya akan diuji. Ujian Allah berlaku dalam pelbagai bentuk, seperti bencana banjir, tanah runtuh, kematian, kekayaan, kemiskinan, kesihatan dan kesakitan. Ini untuk membuktikan siapakah yang penyabar serta tetap bertuhankan Allah dalam apa juga keadaan ditempuhinya. Jelaslah orang yang sabar itu tetap beriktikad bahawa diri mereka hamba dan milik Allah walaupun ditimpa musibah amat berat. Malah mereka sentiasa mengharapkan balasan pahala daripada Allah dan sentiasa takuti azab-Nya.
Ibn Kathir (1992) ketika mentafsir ayat itu menjelaskan : ”Dengan melafazkan ayat itu menunjukkan seseorang itu menerima segala musibah menimpanya dan mengakui bahawa dirinya adalah hamba dan milik Allah. Allah berkuasa melakukan apa saja ke atas hamba-Nya.” Untuk memperkukuhkan lagi tafsirannya, Ibn kathir membawakan beberapa hadis, antaranya yang diriwayatkan Imam Muslim yang bermaksud : ”Ummu salamah berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Tiada seorang pun daripada kalangan orang Islam yang ditimpa musibah, lalu ia melafazkan apa yang diperintahkan oleh Allah ( iaitu firman Allah, ayat 156 surah al-Baqarah yang bermaksud), ”sesungguhnya Kami adalah hamba dan milik Allah dan kepada-Nya Kami akan dikembalikan. Ya Allah, berilah pahala bagiku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya, melainkan Allah menggantikan baginya dengan yang lebih baik.”
Ummu Salamah berkata : ”Ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku sering bertanya kepada diriku sendiri, orang Islam manakah yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dialah orang pertama hijrah kepada Rasulullah SAW. Pertanyaan itu sering aku mengulanginya, lalu Allah menggantikan untukku Rasulullah SAW sendiri.” Ummu Salamah berkata : ”Baginda SAW mengutuskan Hatib bin Balta’ah untuk melamarku bagi dirinya sendiri, lalu Ummu Salamah berkata lagi : Aku mempunyai seorang anak perempuan dan aku seorang wanita yang kuat cemburu. Jawab Baginda SAW: Mengenai anak perempuannya kita doakan semoga Allah cukupkan segala keperluannya dan aku mendoakan semoga hilang rasa cemburunya itu.”Berdasarkan kefahaman hadis itu, balasan Allah atas kesabaran Ummu Salamah yang diuji dengan kematian suaminya Abu Salamah, ialah beliau dikahwini oleh Rasulullah SAW.
Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan Imam Ahmad bin Hanbal yang bermaksud : ” Abu Sinan berkata : Selepas aku mengebumikan anakku, aku masih berada dikubur. Tiba-tiba datang Abu Talhah al-Khaulani lantas memegang tanganku dan membawa dan membawa aku keluar sambil berkata : Adakah engkau suka sekiranya aku menceritakan sesuatu yang menggembirakanmu? Jawab Abu Sinan : Baiklah. Lalu Abu Talhah berkata bahawa al-Dahhak bin Abd al-Rahman bin Azib menceritakan kepadaku daripada Abu Musa katanya : Sabda Rasullulah SAW bahawa Allah berfirman yang bermaksud : ”Wahai Malaikat Maut, engkau mencabut nyawa seorang anak daripada hamba-ku, engkau mengambil buah hatinya dan anak kesayangannya. Jawab Malaikat Maut : Ya ! Lalu Allah berfirman, Apa yang ia kata (ketika kematian anaknya itu)? Jawabnya: Ia memuji Engkau dengan berkata kami ini adalah hamba dan milik Allah dan kepada-Nya kami akan dekembalikan. Maka Allah berfirman : Binalah untuknya sebuah rumah di dalam syurga dan berilah namanya dengan Bait al-Hamid.”
Hadis kedua menjelaskan sikap Abu Sina tetap memuji Allah walaupun anak kesayangan meninggal dunia. Jelaslah ujian Allah adalah untuk melihat kekuatan akidah hamba-Nya, sama ada hanya bertuhankan-Nya dalam keadaan senang saja atau terus bertuahankan-Nya dalam apa juga keadaan sekalipun. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa Allah menguji keimanan hamba-Nya dengan pelbagai musibah. Musibah Allah bukan sekadar kematian saja, malah didatangkan dalam pelbagai bentuk serta keadaan. Wallahua’lam....

CINTAILAH ALLAH.......

Bismillalhirrahmannirrahim.....

Alhmdulillah....syukur kpd Allah swt kerana masih lagi melanjutkan usia dan memberi peluang kepada ana untuk berkongsi pendapat dalam ruangan blog yg serba dhaif ini. Rasanya sudah lama ana tidak mengisi ruangan ini disebabkan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan. Namun begitu, ana tetap bersyukur pada Allah dengan ujian yang diberi, setidak-tidaknya ana dapat muhasabah diri betapa dhaifnya diri ini apabila berhadapan dengan ujian Allah. Benarlah firman Allah SWT ”jangan sangka kamu sudah beriman sebelum datang kepada kamu ujian sebagaimana umat-umat yang terdahulu diuji”.Mungkin diwaktu sihat, ana kurang zikrullah, sebab tu Allah datangkan penyakit, supaya ana dapat ingatkan DIA balik. Apapun setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Sebagai hamba Allah, kite perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah walau dalam apa keadaan sekalipun, samaada dalam keadaan senang atau susah, sihat atau sakit. Pada ruangan kali ini ana trasa ingin berkongsi tentang CINTA ALLAH. Adakah layak diri ini untuk mendapat CINTA ALLAH???????????????

Biasanya mencintai makhluk itu sangat berpeluang untuk kita menemui kehilangan. Kebersamaan dengan makhluk juga akan berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah yang tidak berlaku sedemikian. Jika kita mencintai seseorang ada dua kemungkinan akan berlaku samaada diterima atau ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya. Namun jika kita mencintai Allah pasti cinta kita akan diterima. Jika kita mencintai Allah, kita tidak akan pernah merasa kehilangan. Hal ini disebabkan tidak akan ada yang merebut Allah yang kita cintai itu daripada hati kita. Tidak akan ada yang akan merampas Allah. Jika kita bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kita tidak akan pernah berpisah denganNYA. Allah akan setia menyintai kita. Allah tidak akan berpisah daripada kita. Kecuali jika kita sendiri yang berpisah dariNYA. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah CINTA kepada ALLAH ’Azza wa jalla. Hanya insan yang pernah merasai sahaja yang betul2 memahami tentang kemanisan dan kelazatan CINTA ILAHI. Apa bangganya kita mendapatkan cinta dan seorang yang kita damba, namun kita kehilangan cinta ALLAH azza wa jalla. Apa bangganya? Sama-samalah kita fikirkan dan renungkan... Mudah-mudahan CINTA ALLAH menjadi milik kita. Ameen....


Monday, November 3, 2008

TARBIYYAH RUHIYYAH TANGISAN KERANA TAKUT KEPADA ALLAH � SATU PENILAIAN TERHADAP PERSOALAN HATI

Fenomena tangisan di kalangan manusia hari ini mempunyai maksud yang tersendiri, ini kerana ada yang menangis sebab ditinggalkan orang yang amat dikasihi, sama ada seorang kekasih, ibu, bapa, anak-anak, jiran, sanak saudara terdekat dan seumpamanya.

Terdapat juga yang menangis kerana terlalu gembira sebab bertemu semula dengan orang yang terpisah sejak sekian lama, ada juga di kalangan mereka yang terlalu mudah untuk mengalirkan air mata apabila menonton sebuah cerita yang berkonsepkan kesedihan dengan pelbagai karenah dan watak dalam filem tertentu.

Apapun amat sukar hari ini untuk mendapatkan jenis manusia yang menangis kerana takutkan Allah sebab ia amat terbatas, ini kerana jiwa serta hati mereka tidak terikat melalui hubungan dengan Allah selaku Pencipta, atau dengan kata lain hati mereka tidak melalui proses tarbiyyah seperti yang dialami oleh generasi silam.

Hati manusia hari ini tidak selembut mereka yang terdahulu daripada kita, malah tidak berusaha untuk mencari jalan bagaimana hati tersebut dapat dilunak dan dijinakkan melalui hubungan dengan Allah SWT.

Pendek kata, faktor yang menyebabkan manusia hari ini tidak mementingkan persoalan pensucian hati dan jiwa adalah disebabkan mereka tidak menggarap ilmu agama dengan sepatutnya, mereka membiarkan hati tersebut kosong dan akhirnya terjebak dalam kancah yang amat dikutuk oleh Allah SWT.

Justeru, baginda Rasulullah s.a.w ada memberi wasiat kepada Saidina Ali Bin Abi Talib yang membawa maksud : Wahai Ali, jika sekiranya berlalu 40 hari di kalangan orang-orang Islam dan mereka tidak duduk (secara langsung) dengan para alim ulama. (menadah kitab, maka mereka akan ditimpakan oleh Allah dengan dua implikasi, pertama hati mereka menjadi keras dan kedua mereka berani pula (terjebak) melakukan dosa-dosa besar.

Jelas daripada wasiat baginda s.a.w di atas menunujukkan kepada kita, bahawa apabila seseorang muslim itu yang tidak bersedia untuk duduk bersama alim ulama. Untuk belajar daripada mereka, maka dia akan ditimpakan dua perkara, hati keras yang tidak memungkinkan dia mendapat petunjuk daripada Allah malah berani pula melakukan dosa-dosa besar seperti meninggalkan solat, membunuh, meragut, memfitnah Islam

membenci ulama, menderhaka kepada kedua ibu bapa, melanggar perintah Allah, menghina hukum-hukum Islam, meletupkan mangsa yang dibunuh dan banyak lagi yang dianggapa sebagai jenayah di sisi Allah SWT.

Pendekatan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad mengenai nilai air mata

Sehubungan itu, Allah menjelaskan, menerusi ayat 109 surah al-Isra yang bermaksud : Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangil dan mereka bertambah khusyu.

Itulah sikap dan nilai orang-orang yang beriman sungguh-sungguh kepada Allah SWT, di mana mereka tidak akan mudah mengalirkan air mata melainkan apabila melihat Islam ditekan, diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh tangan-tangan pengkhianat agama, negara dan bangsa.

Keadaan ini amat berbeza sekali dengan orang Islam hari ini yang tidak peka atau prihatin dengan perkembangan semasa yang melibatkan undang-undang Islam yang masih tidak terlaksana dan mereka tidak sedih apatah lagi mengeluarkan air mata kerananya.

Mereka juga tidak berusaha merebut peluang untuk dimasukkan dalam salah satu daripada tujuh kategori manusia yang mendapat naungan Allah pada hari kiamat, seperti yang ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Abu Hurairah (r.a), bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada hari Kiamat (di padang Mahsyar), di mana tidak ada naungan melainkan naungan Allah :- Pemerintah yang adil, seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah dan berpisah kerana Allah, remaja yang membentuk dirinya untuk beribadat kepada Allah, seorang lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang rupawan, hartawan dan mempunyai kedudukan, lalu dia berkata, sesungguhnya aku takut kepada Allah (atau sebaliknya), seorang yang mendermakan dengan tangan kanannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui (kerana ikhlas) dan seseorang itu yang mengingati Allah (dengan mengenangkan segala dosa yang dibuat) hingga mengalirkan air mata (kerana takut kepada Allah) - Hadis Sohih.

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda : Seseorang itu tidak akan masuk neraka disebabkan dia menangis kerana takut kepada Allah...........( Hadis riwayat at-Tirmizi).

Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w banyak memberi motivasi kepada umatnya dengan kata-kata hikmat (hadisnya) yang mampu mengalirkan air mata bagi. golongan yang memiliki hati yang sejahtera daripada amalan syirik, nifaq dan menyanggah hukum Allah SWT, tetapi bagi mereka yang keras hatinya daripada amalan Islam, atau kosong daripada penghayatan agama, walau dibacakan ayat al-Quran kepada mereka, tetap tidak akan berganjak dan terus berada dalam kesesatan.

Allah SWT menegaskan dalam ayat 23 surah az-Zumar (39) maksudnya : Maka apakah orang-orang yang dibuka Allah hatinya untuk menerima Islam lalu dia mendapat cahaya daripada Tuhannya sama dengan orang keras hati? Maka celakalah bagi mereka yang keras hatinya dari mengingati Allah, sesungguhnya mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata..

Kesan air mata positif yang melayakkan masuk syurga Allah

Para ulama telah menggariskan beberapa pendekatan bagi memperolehi jalan untuk memastikan agar air mata yang mengalir itu adalah disebabkan takut kepada Allah SWT : 1- Bergaul dengan para solihin di kalangan orang-orang alim yang sering mengingatkan diri kepada Allah, serta merasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan agama-Nya yang semakin hari semakin tercemar dengan tindakan orang-orang Islam sendiri.

2- Memerhati alam sekeliling ciptaan Allah bagi membangkitkan diri daripada alpa kepada istiqamah dengan Islam dengan merasakan Allah Maha Agung dalam penciptaan-Nya.

3- Sentiasa melakukan muhasabah diri terhadap segenap kesalahan yang pernah dilakukan, ia tidak dapat dikesan melainkan duduk bersama dengan golongan ahli ilmu.

4- Mencari atau menyediakan persekitaran yang baik adalah salah satu kaedah untuk mampu menangis kerana takut kepada Allah.

5- Mencari contoh teladan yang baik lagi solih bagi mencerminkan diri kepadanya.

Jika semua perkara di atas dapat dilakukan, nescaya seseorang muslim itu berjaya menemui noktah penting bagi menjamin dirinya untuk terus menangis kerana takut kepada Allah SWT....

Wednesday, October 29, 2008

Banyakkan Ajakan, Kurangkan Ejekan....

RAMAI orang minta orang lain berubah. Anak-anak mesti berubah. Remaja sering ditanya kenapa berdegil tidak mahu berubah-ubah? Malah, ada juga orang bertanya kenapa ekonomi tidak berubah, politik pun macam dulu tidak berubah-ubah. Pendek kata, semua kena berubah.

Sebenarnya rahsia perubahan bermula dengan mengubah diri sendiri. Jika mahu ubah keluarga, ubahlah diri dulu. Jika diri berubah barulah keluarga terubah, masyarakat berubah, malah hendak ubah negara pun ubahlah diri sendiri.
Jika hendak ubah orang lain tetapi kita tidak ubah diri kita, orang akan ketawakan kita. Maksudnya asyik memikirkan kesalahan orang, keburukan orang, kelalaian orang tetapi lupa untuk membetulkan diri. Kita berani membuka keaiban orang, membincangkan keburukan orang tetapi jarang berani melihat keaiban diri sendiri. Tidak ramai orang berani mengakui kelemahan diri. Amat sedikit orang berterima kasih apabila ditegur dan dinasihati, sedangkan agama Islam didasari dengan saling nasihat menasihati. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya agama Islam itu nasihat.”


Kita perlukan remaja dan pemuda yang hebat untuk mewarisi negara dalam menghadapi cabaran global yang kompleks. Remaja yang berjiwa besar ialah remaja yang boleh menerima dan berkongsi kekuatan dengan orang tua berpengalaman. Orang tua yang hebat juga ialah mereka yang memahami dan menghormati perasaan remaja. Pendek kata, mereka yang berjiwa besar menjadi ejen pengubah dan perubahan datang daripada diri sendiri. Inilah calon orang-orang besar. Kegigihan mengubah diri sendiri membuatkan orang lain melihat dan merasakannya, malah memberi pengaruh pada orang di sekitarnya. Dia menjadi dorongan serta simpati juga untuk berubah. Kita tidak boleh menguasai hati orang untuk berubah dan orang pun susah untuk menguasai diri kita. Paling penting kita menggunakan kekuatan yang ada untuk dimanfaatkan orang yang rapat dengan kita.

Mula-mula ubah diri kita, isteri kita, anak-anak kita. Jika semua bertindak proaktif begini tersebarlah perubahan itu. Ramai orang berkata “susahnya hendak ubah remaja” , “isteri degillah” , “pekerja keras kepalalah.” Jawapan sebenarnya ada di dalam diri kita, asalkan jangan terlebih dahulu menyalahkan orang lain. Memang mereka pun ada salah, tetapi kita pun ada silap juga. Mungkin cara penyampaian yang tidak kena. Kekuatan mengajak memang disuruh tetapi jangan lupa kekuatan 'memberi contoh' amat penting. Rasulullah s.a.w. diutus untuk mengajak dan memberikan contoh baik. Kita pula banyak mengajak tetapi kurang memberi contoh yang baik.

Banyakkan ajakan, kurangkan ejekan.
Berinteraksilah, jangan berkonfrantasi.
Sayangilah jangan membenci.
Perubahan bermula dari diri sendiri.

sekadar renungan dari pecinta dakwah....

TIPS TSABAT....

Persoalan tsabat ini bukanlah sesuatu yang baru diperkatakan, lebih-lebih lagi bagi para daie. Saya rasa berpuluh, mungkin beratus buku telahpun menceritakan tentang isu tsabat. Maka ini jelas menunjukkan betapa besarnya isu tsabat, dan betapa kritikalnya isu ini sehingga ianya perlu diulang berkali-kali sebagai peringatan.

Seperti Uncle Tips, saya juga suka untuk berkongsi sedikit Tips, untuk tsabat dalam dakwah dan perjuangan kerana Allah s.w.t. Namun tips ini bukan dari saya sebenarnya (Saya tak sehebat Uncle Tips :D ), tetapi saya ambil dari buah fikiran seorang insan yang telahpun berpuluh-puluh tahun berjuang dalam dakwah ini, yang masih kekal dalam usaha mendidik manusia supaya menjadi seorang Muslim yang hakiki pada aspek jiwanya, tubuh badannya, dan tindak-tanduknya.Ini tidak dapat tidak, merupakan pati kepada usaha untuk menegakkan agama Allah s.w.t ini.

Sheikh Tal'at Muhammad Shinawi, kini berusia dalam lingkungan 78/79 tahun. Mula menggabungkan diri dalam gagasan dakwah Ikhwanul Muslimin sejak umurnya 15 tahun. Sempat dengan pelbagai mehnah dan tribulasi dalam dakwah Ikhwan pada tahun 60-an, apabila Syed Qutb dan ramai lagi Ikhwan diseksa dan akhirnya digantung. Pernah dipenjara berulangkali oleh rejim pemerintah Mesir, dengan jumlah 18 tahun kesemuanya. Berjuang sejak Mursyid Am Ikhwan yang ke-2, Hassan Hudaibi, sehinggalah yang terkini, Mahdi Akif. Semoga Allah memberkati hidup beliau, dan menjauhkan beliau dari sebarang fitnah dalam hidupnya sebagai seorang pendakwah.

Seorang pernah bertanya kepada beliau, "Bagaimana kau mampu untuk Tsabat di jalan dakwah?"

Dikisahkan, beliau senyap beberapa detik, kemudian memulakan jawapannya:-

• Yang pertama sekali, Tsabat ini, ialah daripada Allah s.w.t. Kita tidak ada kemampuan untuk memastikan kita Tsabat, melainkan Allah lah yang memilih siapa di kalangan manusia yang ingin dikekalkan di jalan dakwah ini. Maka, daie perlu berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, dan mengharapkan rahmat Allah s.w.t agar terus kekal dalam iman dan islam, serta kekal dalam dakwah ini.

• Sebaik-baik makhluk yang tsabat ialah Malaikat. Mereka ini (malaikat) tidak pernah gagal dalam kepatuhan kepada Allah s.w.t. Mereka sujud apabila disuruh, rukuk apabila disuruh, dan apa sahaja perintah Allah s.w.t, tidak mampu mereka ingkari, malah tidak sedikitpun terlalai dari apa sahaja suruhan Allah.

Bagi manusia, kita bukan Malaikat, namun ada darjat-darjat manusia yang Allah s.w.t letakkan, agar kita mengejarnya, dan menjadi sebaik-baik manusia. Ini ditandakan berulangkali dalam al-Quran, apabila Allah menandakan kecintaan dan kebersamaanNya kepada golongan-golongan tertentu dari kalangan manusia. Contohnya:-

ان الله مع الصابرين

(Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar)

ان الله لا يحب المسرفين

(Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang membazir)

Dan pelbagai lagi ayat seumpama ini, yang kita boleh lihat sendiri di dalam al-Quran. Maka inilah ciri-ciri manusia yang kita mesti mujahadah ke arah mencapainya. Kita berusaha dengan segigihnya untuk menerapkan nilai-nilai tersebut dalam diri kita. Dan ini semua adalah semata-mata untuk kita mendapatkan redha dan kecintaan Allah s.w.t, agar Dia memilih kita sebagai salah seorang yang kekal berjuang demiNya.

• Faham. Iaitu memahami apakah Dakwah,tujuannya, hakikatnya, tabiat thoriq, marhalahnya,matlamatnya, cabaran yang akan datang, agar kita tahu dengan jelas apa yang kita sedang dan akan kita lakukan.

Ini cukup penting, kerana apabila mehnah berlaku, kita akan tabah menghadapinya kerana kita telahpun memahami tujuan kita perlu menghadapinya, dan kita telah faham dengan jelas tujuan kita berdakwah. Mengetahui tabiat thoriq ini dengan memahami sirah Rasulullah s.a.w dan para sahabat, meneliti apa yang telah mereka lakukan, cabaran yang mereka hadapi, kerana sunnah thoriq ini akan sentiasa sama seperti mana dilalui oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat serta mereka yang menyusuli.

• Akhir sekali, serahkanlah segalanya kepada Allah s.w.t. Sebagai seorang hamba, kita beriman sepenuhnya dengan kalimah لا حول ولا قوة الا بالله. Maka berpegang teguhlah dengan maksudnya, dan lafazkannya dengan penuh perasaan. Lafazkannnya dengan penuh rasa rendah diri dan cukup mengharap kekuatan dari Allah s.w.t, meyakini bahawa tiada kekuatan yang datang kepada kita untuk menghadapi apa sahaja, melainkan ianya datang dari Allah s.w.t sendiri.

Itu sahajalah yang saya mampu kumpulkan. Semoga menjadi manfaat kepada mereka yang ingin berusaha menyebarkan risalah Islam kepada semua ummat manusia. Agar tiada lagi perhambaan sesama manusia, dan agar semua manusia merasai keadilan Islam, keindahannya, dan kemanisan hidup dalam praktik Islam yang hakiki.

Semoga Allah merahmati mereka yang sentiasa meletakkan Allah s.w.t sebagai matlamat akhir, tidak melencong sedikit pun dari itu, dan sentiasa mengharap cinta dan redha Allah s.w.t. Semoga Allah memberi petunjuk kepada semua pendakwah, agar mengembalikan segala strategi, matlamat, dan hala tuju perjuangan dakwah kepada Allah s.w.t sahaja.

Peringatan Bagi Pejuang Islam...

Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna:

1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-Qashash:56)


"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam" (Al-Ankabut:6)


2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.


"..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir" (Ali-'Imran:141)


"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk(munafik) dengan yang baik (mu'min). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar" (Ali-'Imran:179)


"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antar kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu" (Muhammad:31)


"Musa berkata kepada kaumnya:'Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa" (Al-A'Raaf:128)


3. Sesungguhnya da'wah berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.


"Allah berfirman:'Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mu'jizat-mu'jizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan)," (Asy-Syu'araa':15)


4. Orang yang beriman apabila diganggu Syaitan, mereka cepat sedar dan kembali kepada Allah.

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka(orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya(menyesatkan)" (Al-A'raaf:201-202)


Wahai saudaraku, hendaklah kita tetap berada di atas Jalan Da'wah ini. Sesungguhnya janji-janjiNya adalah benar.

Sahabatku, Jalan ini Bukan Mudah....

Sahabatku..

Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.

Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.

Sahabatku..


Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu?
Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!

Amanah ini untuk kita,sahabatku. Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.


Sahabatku...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.

Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu.

Tulus,

Sahabatmu tercinta

Tuesday, October 28, 2008

Membela Kebenaran Adalah Tanggungjawab Perjuangan

Apabila seseorang berbicara tentang kebenaran, atau mempertahankan kebenaran maka dia hendaklah sedar bahawa dia lakukan tanggungjawab itu atas perintah Allah dan rasulNya. Tidak kerana dia mengharapkan habuan daripada manusia, atau kemasyhuran, atau kemenangan.

Kebenaran adalah kebenaran, ia tiada kaitan dengan kehendak diri sendiri atau kehendak orang lain. Justeru, insan yang jujur akan membela dan memperjuangkan kebenaran dan prinsip yang benar sekalipun terpaksa bercanggahan dengan kehendak dirinya, ataupun kehendak orang lain. Sekalipun dia menanggung rugi, atau dia ditentang oleh dunia sekelilingnya. Bak kata kata Rasulullah s.a.w:

“Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani).

Dunia ini rosak jika manusia hanya membela kebenaran apabila dirasakan menguntungkan diri. Apabila kebenaran itu berpihak untuk dirinya atau puaknya, maka dengan lantangnya dia akan bangun menuntut kebenaran dan membelanya. Apabila kebenaran itu tidak berpihak kepada dirinya dan puaknya, maka dia akan sembunyikannya, atau mendiamkan. Bahkan lebih buruk ada memutar-mutarkan fakta dan dalil sehingga meminggirkan kebenaran apabila kebenaran itu kelihatan tidak menguntungkannya.

Golongan fanatik parti dan mazhab selalu melakukan perkara yang seperti ini. Dunia juga rosak apabila kebenaran itu dilacurkan untuk mendapatkan habuan atau keuntungan. Saya sendiri bertemu dengan ramai orang yang mempunyai kepentingan perniagaan yang meminta saya menggunakan nama dan pengaruh saya dalam bidang agama bagi melariskan bisnes mereka. Kata mereka ramai ustaz lain yang buat dan mereka mendapat faedah kewangan yang banyak.

Saya jawab kepada mereka, saya memang tidak berharta tetapi saya belum bersedia untung melelong agama. Nas-nas Allah dan rasulNya tidak patut diputarkan hanya untuk bergelar ‘hartawan’ di dunia yang sementara. Keadaan yang seperti ini juga menjadikan ramai mereka yang ikhlas menggeruni ‘politik kepartian’. Walaupun politik itu sebahagian daripada ajaran Islam, namun ‘politik kepartian’ mempunyai keadaan yang sangat berbeza.

Penilaian kepada kebenaran dan fakta dalam dunia politik kepartian banyak terikat kepada kehendak parti. Maka ramai di kalangan mereka yang bertukar-tukar cakap dan prinsipnya. Kesemuanya akan dijawab; “ini keputusan parti”.

Ertinya, menjadi pejuang kebenaran kerana Allah dan rasulNya, bukanlah kerja yang mudah. Allah menguji insan untuk insan membukti keikhlasan dirinya dalam membela ajaran tuhannya. Sehingga nyata siapa yang benar tujuan dan siapa pula yang berdusta atas dakwaannya.

Banyak rintangan dan halangan. Sebabnya, kebenaran itu tidak semestinya menjanjikan kemenangan di dunia yang fana ini. Entah berapa ramai para nabi dan pejuang yang dibunuh dan dibuang, hanya kerana kebenaran.

Jika Allah memberikan kemenangan kepada kebenaran pun, bukanlah semesti setiap pejuang itu berpeluang untuk menyaksikannya. Para Nabi ada yang dibunuh tanpa sempat melihat hasil kemenangan perjuangan. Para pejuang juga demikian. Betapa ramai para pembela dan pejuang kebenaran yang disiksa mati, dibunuh tanpa alasan, dibuang tanpa simpati, dipenjara tanpa dosa dan disisih tanpa sebab.

Kebenaran akhirnya akan menang, apabila syarat dipenuhi, namun masanya tidak ketahui. Para sahabah yang gugur syahid dengan penuh trajis di peringkat Mekah seperti Yasir dan Sumayyah tidak sempat melihat kejayaan umat Islam memerintah Madinah dan menewaskan para pemimpin Quraish yang bongkak yang menyiksa mereka.

Para sahabat yang gugur dalam peperangan mempertahankan Madinah seperti Hamzah bin Abd al-Muttalib dan selainnya tidak sempat melihat kejayaan Nabi s.a.w dan umat Islam membuka Kota Mekah. Bahkan Nabi s.a.w pada hayat baginda, umat Islam belum lagi menguasai Empayar Rom dan Parsi.

Ramai pejuang terkorban ketika perit menggalas amanah perjuangan. Ramai yang pergi menemui Allah sebelum mata sempat melihat pejuangan kebenaran menjatuhkan pejuangan kebatilan. Namun para pejuang yang ikhlas itu redha kerana mereka tahu itulah harga kebenaran.

Mereka tidak berjuang untuk menang dalam bahasa yang biasa. Mereka berjuang kerana titah perintah Allah dan itulah kemenangan hakiki. Kemenangan dunia hanyalah anugerah dan hadiah daripada Allah yang akan digunakan demi kepentingan menegakkan kebenaran.

Jika kemenangan dunia tidak disaksikan di hadapan mata, bukanlah bererti perjuangan kebenaran mesti ditinggalkan. Bayaran bagi pejuangan yang tulus itu adalah keredhaan Allah sekalipun tewas dan ditindas. Allah membeli perjuangan yang benar itu dengan syurga, bukan harta dunia.

Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian adalah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”. (Surah al-Taubah, ayat 111).

Sesiapa yang ingin berjuang menegakkan kebenaran, menyebarkan Islam yang tulen tanpa mengenal batasan kepentingan diri, puak, parti dan manusia keseluruhan perlulah nekad menggalas bebenan tersebut dengan penuh jujur. Ia adalah amanah. Membela dan menyokong kebenaran adalah tanggungjawab yang dipersoalkan Allah pada hari Kiamat kelak.

Namun ramai orang yang tersasar kerana merasakan tujuan mereka menyokong dan menyebarkan kebenaran adalah untuk mengecapi nikmat keuntungan dunia hasil dari kemenangan atau habuan yang bakal diperolehi. Maka bukan sedikit mereka yang bergelar pejuang Islam atau organisasi Islam yang telah mengubah halatuju dan prinsip apabila dirasakan buah yang hendak dipetik belum mahu masak.

Mengubah prinsip kebenaran kerana mengharapkan sokongan pihak lain amatlah buruk. Allah mengingatkan Nabi Muhammad s.a.w ketika menghadapi cabaran yang berbagai daripada para pembesar Quraish dengan firmanNya:

(maksudnya) “Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentu mereka menjadikan engkau sahabat karibnya. Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sedikit cenderung kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh seorang penolong pun terhadap hukuman kami”. (Surah al-Isra, ayat 73-75).

Atas hubungan jiwa dengan teguh dengan wahyu, seorang pejuang kebenaran yang membawa arahan Islam akan terus memapah risalah kebenaran itu di kala senang atau susah, di saat di julang atau dibuang, samada dikeji atau dipuji, samada dipuja atau dihina, samada ketika di atas atau ketika ditindas. Kalah atau menang adat perjuangan, namun kebenaran adalah kebenaran.

Allah memuji mereka yang ikhlas seperti ini dan tetap pendirian. Firman Allah: (maksudnya)

“Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun” (Surah al-Ahzab ayat 23).

Maka, Islam adalah agama perjuangan. Kita menjadi lemah pada hari ini disebabkan hilangnya semangat dan nilai perjuangan dalam beragama. Seseorang muslim itu kelihatan hilang atau tiada langsung sifat kecemburuan atau semangat dalam mempertahan dan membela kebenaran.

Sesetengah pihak itu seakan menjadikan Islam sekadar untuk dikatakan dia mempunyai agama, atau membolehkan dia berinteraksi dengan masyarakat. Tidak pernah diambil pusing tentang apakah dasar dan prinsip Islam. Apatah lagi untuk membela dan mempertahankannya. Firman Allah: (maksudnya)

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (dalam perjuangan)? (surah Ali ‘Imran ayat 142).

FirmanNya juga:

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kesusahan dan kemudaratan, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir. (Surah al-Baqarah, ayat 214).

Barangkali ramai di kalangan umat Islam yang dimabukkan dengan anggapan bahawa beragama itu memadailah dengan mengamalkan beberapa amalan dan kemudian biarlah dunia ini apa pun akan berlaku.

(sekadar renungan dari hamba Allah yg dhaif)

Monday, October 27, 2008

BUATMU PARA PEJUANG.....

hari ini hatiku tergerak menyapa,

tersapa membicara tentangmu,

kerna jiwa ini sudah bosan dengan mainan lakonanmu,

gah berdiri dihadapan manusia,

dengan hebatnya dalil tuhanmu,

dengan main kata-kata seiring dusta,

mencorak insan yang hanya tipuan belaka,

dan nantikanlah suatu masa

dihadapan tuhanmu untuk berbicara..

wahai pengelar pejuang,

kau kata hidupmu kerna yang Atas,

kau bicara cita-citamu syahid dijalanNya,

kau ungkap dirimu, hanya untuk jihad kepadaNya,

namun wahai pengelar pejuang,

angananmu itu kosong belaka,

hanya debu yang berterbangan,

dibawa angin lakonan,

kerna kau sebenarnya patung hidup,

yang berbicarakan kosong,

dengan jiwa yang lompong..

dengarlah pejuang,

tatkala kau hebat bermain dimedanmu,

di saat kau berbicara petah membenarkan hadis Rasulmu,

kau sudah lupa akan dirimu,

membiarkan dirimu terkapai-kapai,

terumbang ambing dibawa kealpaan,

hanya kerna satu hamparan ujian, diberi kabar keduniaan,

hingga kau lentuk dengan bayangan keindahan,

dibuai bisikan si laknat yang durjana,

hingga kau tersujud melayan cinta leka,

membuai si nafsu saat itu menjadi tuhan,

tanpa ingat akan dalilmu jua,

yang kau bicara dahulu,

pada insan yang bernama manusia,

dengan gahnya kau bernama pejuang..

yang sebenarnya hanya sia-sia...

pasang pemikiranmu wahai pelakon kosong,

dalam masa kau petah berbicara mencorak ummat,

dalam masa kau hebat membetulkan kesalahan insan,

dalam masa lidahmu mengatakan aku pejuang,

sedarkah dirimu kau hanya penentang dirimu sendiri,

kau hanyalah insan yang merobek tubuhmu sendiri,

kau hanyalah jiwa yang membunuh jiwamu sendiri,

kerna apa wahai pelakon kosong,

kau hanya pandai berbicara tanpa berbuat,

kata-katamu pada manusia tidak pernah seiring perbuatanmu,

dalil tuhanmu pada manusia tidak mengambarkan dirimu,

kerna wahai pejuang, kau sebenarnya hanyalah seorang pelakon kosong,

yang membodohkan dirimu sendiri,

yang menyumbat hatimu saat mengetahui ayat yang Maha hidup,

iaitu "wahai orang beriman,mengapa kamu berkata,

tetapi kamu tidak melakukan?"

telitikan ini wahai pembunuh diri,

saat tuhanmu mengujimu dengan dunia,

mulalah kau menjadi lupa,

diberi harta, anak dan isteri untuk menghias hidup,

tapi kau jadikan ia tujuan hidup,

kau sudah lupa urusan dakwahmu,

kau terleka dibuai cinta si pesona dunia,

kau termakan dengan harapan si cahaya,

kau tertidur mengejar si harta dunia,

hingga hilang pemikiran dakwahmu,

hingga hilang izzah kehidupan pejuangmu,

apa ini wahai pejuang? inikah perjuanganmu?,

mana letaknya janji-janji manismu?

inikah yang kau katakan cita-citamu?

sungguh Allahlah sebaik-baik pembalas wahai dai,

bukankah firman tuhanmu jelas yang mereka pemfitnah,

kau juga yang sentiasa ingatkan manusia,

tapi kau alpa dengannya,

mengejar mimpi ke arah neraka,

hingga hilang arah ke syurga...

perhatikan ini wahai si penipu diri,

aku bosan dengan jalan layar tipuanmu,

yang pandai menipu manusia dengan lakonanmu,

yang hebat didepan pentas keduniaan,

yang dihadapan insan, teratur sekali ibadahmu,

di hadapan insan, gah sekali dirian solatmu,

di hadapan insan, hebat sekali dalil tuhanmu,

hinggakan si alam juga terpukau melihat lakonanmu,

tapi bila di belakang insan,

mulalah terbuka tembelang si penipu diri,

di belakang insan mula terlerai aturan ibadahmu,

di belakang insan mula hilang kusyuk solatmu,

di belakang insan mula hancur binaan imanmu,

hingga membenarkan kau sebagai pembohong ummat..

dan wahai pengelar pejuang,

wahai pelakon kosong,

wahai penipu diri,

hatiku sentiasa sedih dengan karaktermu,

sering hampa dengan lakonan tipuan dirimu,

sering lemah melihat mainan cinta teratasmu,

hingga terkadang menitis air mata memikirkan dirimu,

yang hanya suratannya indah tapi siratannya punah..

tapi wahai pejuang,

kata-kataku bak bilahan pedang yang tajam dihadapanku,

yang sentiasa menanti untuk menikamku semula,

kerna aku jua wahai pejuang,

adalah sepertimu,

memikul urusan ummat dibahuku,

hingga cukup takut dengan diriku,

andai diri ini hanya menjadi pengelar,

andai diri ini hanya menjadi pelakon,

andai diri ini hanya menjadi penipu diri..

namun wahai pejuang,

aku juga mengetahui fitrahnya insan terleka,

lumrahnya manusia itu pelupa,

tapi itu bukan alasannya, malah sebagai pengingat alpa,

untuk tidak menyamai lagi dengan pengelar itu,

yang hanya pandai mengelar dirinya pejuang,

untuk tidak menyamai lagi dengan pelakon itu,

yang hanya suka berlakon kosong dihadapan manusia,

untuk tidak menyamai lagi dengan penipu itu,

yang hanya hebat menipu diri sendiri,

tapi wahai pencinta kebenaran,

jadikan dirimu bak cahaya suci yang memberi sinar erti pejuang,

jadikan dirimu seperti rama-rama yang menghiasi dihati ummat,

jadikan dirimu seakan manusia yang berdiri teguh,

memandang tepat ke arah syurgaNya,

dengan mengalir darah cinta teratas,

tanpa pernah merasa tempias keduniaan,

sambil berkata...

aku menjual diri ini untukMu, wahai kekasih hati..

saksikan cintaku untuk agamaMu....

ayuh selamatkan ummatmu wahai pejuang...

nukilan,

pecinta dakwah

Thursday, October 23, 2008

KEPUTUSAN RASMI PRK UPSI...

KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

SESI 2008/2009

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


WAKIL UMUM


1. AKMAL BIN MADZIR

2. NOR’AIN BINTI A. RAZAK

3. ARIF BIN MOHAMAD

4. MUHAMAD NAZARUL HAZWAN BIN ABD RAZAK

5. NUR AQILAH HANIS BINTI MOHD YUSOFF



WAKIL FAKULTI


FAKULTI PERNIAGAAN & EKONOMI


1. SYAIFFULDIN BIN MOHAMAD

2. NURUL ILLYANA BINTI MOHAMAD


FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI


1. MOHD HANIF AZWAN B AB RAHMAN

2. NORHAFIZAWATI BINTI MAHMAD ROZALI


FAKULTI SAINS KOGNITIF & PEMBANGUNAN MANUSIA


1. MOHD FITRI BIN AMIL

2. MOHD ZULHILMI BIN MOHD NOOR


FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN


1. MUHAMMAD ASREE BIN ABDUL AZIZ

2. ADRIYANI BINTI YAMIN


FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI


1. MOHD RAZIK BIN KHALID

2. MUZAITUL AKMAR BINTI MOHAMMAD



CALON – CALON YANG MENANG TANPA BERTANDING


FAKULTI BAHASA


1. MOHD HAIRIE BIN ABDULLAH

2. SITI KHAIRIAH BINTI JAJULI


FAKULTI SAINS SUKAN


1. SITI NOR HAZLIZA BINTI ROSLI

2. MOHD NOR FAIZ BIN MAT ALI


FAKULTI SENI & MUZIK


1. MOHD FIRDAUS BIN MOHD FAUZI

2. NORHISHAM BIN CHE HAMID



* KEPUTUSAN RASMI INI DI KELUARKAN OLEH PENGARAH SURUHANJAYA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2008 / 2009

TSUNAMI POLITIK KAMPUS UPSI....

Era kebangkitan mahasiswa khususnya di UPSI makin terserlah dengan kemenangan 8 calon 'kebajikan' yang nyata membuka mata banyak pihak. Perbandingan PRK kali ini dengan PRK sesi2 lepas ternyata banyak memberi kesan kepada landskap politik kampus itu sendiri. Mana tidaknya sejarah di UPSI telah tercatat sebagai yang terhangat dengan isu menang tanpa bertanding bagi kumpulan PRO ASPIRASI(kini kualiti) selama 2 tahun berturut-turut.

Mahasiswa pada waktu itu di gula-gulakan dengan isu penempatan mengajar dan ianya sedikit sebanyak mempengaruhi minda mereka yang bergelar pelajar UPSI. Apa tidaknya pengkhususan pengajian mereka adalah bidang pendidikan semata-mata.
Pertandingan pada waktu itu ternyata berat sebelah apabila TNC HEPA UPSI sendiri Prof. Dato' Dr. Abdullah Al Hadi turut berkempen untuk memenangkan calon pilihan mereka.

PRK UPSI di bawah seliaan beliau di boikot oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai PRO MAHASISWA atas sebab2 tekanan yang amat kuat dari pihak HEP dan tiada pertandingan yang berlangsung selama 2 tahun berturut-turut. Tidak hairanlah jika kepimpinan MPP ketika itu menyerlahkan banyak kelemahan dengan isu2 dalaman dan ianya menjadi bahan bualan sesetengah pelajar yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka hingga ke hari ini.

Gelanggang pertandingan yang adil bagi memilih kepimpinan MPP UPSI kembali di buka oleh TNC HEPA Prof. Dr. Shaharudin b. Abd Aziz yang menggantikan Dato' Dr. Abdullah Al Hadi pada sesi 2007/ 2008. Kegigihan beliau untuk melihat suatu pertandingan yang sihat menjadi bualan pemerhati dan aktivis PRK ketika itu. Ternyata kem PRO ASPIRASI masih gagah apabila mereka menyapu bersih semua kerusi yang di pertandingkan.

Semalam, umpama tsunami melanda UPSI apabila 8 calon kebajikan telah berjaya memecah dominasi serpihan PRO ASPIRASI. Sebelum makluman keputusan di buat lagi sudah kelihatan riak2 wajah beberapa orang kuat mereka bahawa suatu bencana akan berlaku. Suara mahasiswa nyata sekali di terjemahkan dalam pemilihan MPP kali ini. Mereka juga semakin matang dan berani dalam menilai isu2 yang di mainkan serta bijak dalam membuat keputusan. Jelas sekali mereka inginkan suatu perubahan dalam politik kampus.

Ternyata pendekatan yang di bawa serpihan ini semakin tidak relevan dengan mahasiswa. Jangka hayat mereka juga akan di tentukan oleh tsunami kedua pada tahun hadapan seandainya masih dengan pendekatan lama yang kurang di senangi kebanyakan mahasiswa.

sumber : upsionline.blogspot.com

Friday, October 17, 2008

PAK LAH GEMPUR NAJIB TERSUNGKUR....

Tidakkah kita tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba Pak Lah mengambil-alih jawatan Menteri Pertahanan dan menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib? Apa rasionalnya? Apa muslihatnya? Pak Lah sudah menduga akan ada desakan untuk dia melepaskan kuasa selepas kekalahan BN di lima negeri dan merosotnya kerusi BN di Parlimen. Desakan ini semakin lama semakin kuat. Suatu krisis keyakinan terhadap kepimpinan Pak Lah telah direkayasa oleh musuh-musuh politiknya untuk mendesak Pak Lah melepaskan kuasa. Inilah yang terjadi sekarang ini hinggakan Pak Lah terpaksa mengumumkan bahawa dia tidak akan bertanding jawatan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO pada bulan March tahun hadapan.

Tetapi sebelum Pak Lah mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding, Pak Lah telah melakukan suatu langkah yang cukup strategik, iaitu mengambil-alih jawatan Menteri Pertahanan daripada Najib. Apa signifikannya langkah ini?

1. Dengan memegang jawatan Menteri Pertahanan, Pak Lah juga memegang unit kuasa yang terpenting di dalam negara. Tentera adalah alat negara yang paling berkuasa. Kuasa datang dari muncung senjata. Mana-mana mahasiswa jurusan Sains Politik sudah tentu maklum tentang kenyataan ini. Tentera adalah benteng terakhir untuk mempertahankan kekuasaan. Ini hakikat di dalam mana-mana analisis tentang negara atau daulah khususnya di negara-negara dunia ketiga.

1. Menguasai tentera bermakna Pak Lah bukan sahaja dapat memantau dan menggali rahsia Najib tetapi juga mengawal ancaman dari Pakatan Rakyat jika sekiranya pelan peralihan kuasa oleh Pakatan Rakyat melalui jalan lompat parti berjaya dilaksanakan. Jadi, memegang jawatan Menteri Pertahanan memberi kedudukan strategik untuk Pak Lah menangani ancaman internal di dalam percaturan politik UMNO dan juga menangani ancaman eksternal dari Pakatan Rakyat. Tentera boleh digunakan untuk meneutralise ancaman Najib dan pada masa yang sama menghalang kuasa dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

1. Ancaman Najib ke atas Pak Lah boleh dineutralisekan melalui penggunaan risikan tentera. Dengan memegang jawatan Menteri Pertahanan, Pak Lah sekarang mempunyai akses yang lebih luas terhadap risikan tentera. Risikan tentera dikatakan lebih cekap, mantap dan tajam dari risikan Polis. Lagi pun hubungan antara pihak Polis dan Pak Lah tidak rapat. Memang telah diketahui umum bahawa pihak Polis tidak senang dengan beberapa tindakan Pak Lah khususnya sokongan Pak Lah terhadap cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC). Umumnya pihak Polis kelihatan lebih cenderung menyebelahi Najib dari Pak Lah. Kerana itu Pak Lah tidak dapat menaruh kepercayaan penuh kepada pihak Polis.

1. Walau pun tidak mendapat dukungan dari pihak Polis, Pak Lah kini ada tentera di belakangnya. Dengan adanya akses terhadap risikan tentera yang lebih cekap, mantap dan tajam, kes Altantuya mungkin akan dapat dibongkarkan hingga ke akar umbinya. Setakat ini risikan Polis terhadap kes Altantuya terlalu banyak lompongnya. Banyak yang cuba disembunyikan oleh pihak Polis. Ramai rakyat Malaysia yang menganggap kes Altantuya adalah suatu sandiwara untuk melindungi pemimpin politik tertentu. Jadi, dengan kuasanya sekarang sebagai Menteri Pertahanan, Pak Lah berpeluang untuk menggunakan risikan tentera bagi mencari bukti-bukti kes Altantuya yang kemungkinan besar boleh dikaitkan dengan Najib.

1. Jangan lupa akuan bersumpah Raja Petra yang mengaitkan kes pembunuhan Altantuya dengan salah seorang anggota tentera yang berpangkat Kolonel bersama isterinya. Memandangkan dahulu Najib yang memegang jawatan Menteri Pertahanan, cerita tentang Kolonel Tentera ini mati begitu sahaja tanpa sebarang laporan dan siasatan susulan. Sekarang dengan jawatan sebagai Menteri Pertahanan yang baru, Pak Lah boleh membongkar rahsia di sebalik akuan bersumpah Raja Petra yang mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Kolonel tentera tersebut. Jika Pak Lah berjaya membuktikan akuan bersumpah Raja Petra itu dengan mengaitkannya dengan Kolonel tentera tersebut kemungkinan besar kes pembunuhan Altantuya ini akan membawa kita kepada Rosmah; dan Najib juga kemungkinan besar akan turut terkait sekali.

2. Sebagai Menteri Pertahanan yang baru, Pak lah juga sekarang mempunyai akses terhadap fail-fail pembelian senjata, jet pejuang, kapal selam dan pelbagai senjata lain. Sepanjang tempoh Najib berkuasa sebagai Menteri Pertahanan, berbillion-billion duit rakyat Malaysia telah digunakan untuk transaksi pembelian senjata. Kes yang paling meragukan ialah kes pembelian kapal selam dari Peranchis yang sering dikaitkan dengan penglibatan Altantuya sebagai seorang jurubahasa dan penterjemah di dalam rundingan pembelian senjata yang bernilai berbillion ringgit itu. Jadi, Pak Lah sekarang punya akses terhadap semua fail-fail tersebut. Kemungkinan besar penyalahgunaan kuasa, rasuah dan korupsi yang mungkin berlaku di dalam transaksi bernilai berbillion ringgit itu boleh digunakan untuk mengaitkannya dengan Najib, memandangkan transaksi yang meragukan itu berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

3. Bertukarnya Najib dari portfolio Menteri Pertahanan kepada portfolio Menteri Kewangan, membawa beban kerja yang lebih banyak dan berat. Tambahan pula dengan suasana ekonomi yang tidak menentu sekarang ini. Apatah lagi keadaan ekonomi Malaysia sekarang ini berada di dalam keadaan yang parah. Pakar-pakar ekonomi menjangkakan suatu tsunami besar akan melanda ekonomi global tidak lama lagi dan Malaysia tidak terkecuali daripadanya. Kerana itu, Najib pasti akan disibukkan dengan beban-beban kerja untuk memulihkan semula ekonomi negara. Memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan membawa tanggungjawab yang besar kepada Najib. Sebarang langkah yang diambil oleh Najib untuk menangani ekonomi negara akan diteliti. Sebarang kesalahan dan kesilapan yang membawa kemudharatan ekonomi kepada negara akan diletakkan di bahu Najib sebagai Menteri Kewangan yang baru. Kesibukan Najib di portfolio barunya itu akan memberi masa dan kelebihan kepada Pak Lah untuk menstrategikan langkahnya di dalam meneutralisekan ancaman Najib.

1. Ancaman daripada Najib bukan sahaja boleh dineutralisekan melalui risikan tentera yang cekap, mantap dan tajam tetapi juga seluruh karier Najib sebagai ahli politik akan berkubur jika sekiranya terdapat bukti-bukti yang mengaitkan Najib dengan Altantuya. Najib sebelum ini sudah berkali-kali menyatakan bahawa dia tidak kenal sama sekali dengan Altantuya. Malahan Najib juga sudah melakukan sumpah secara Islam di dalam Masjid ketika pilihanraya Permatang Pauh yang lepas untuk membuktikan bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya. Hanya satu bukti sahaja yang diperlukan untuk menamatkan riwayat politik Najib. Gambar Najib bersama Altantuya dan Razak Baginda di Paris. Gambar ini telah disebut oleh sepupu Altantuya yang menjadi saksi di dalam perbicaraan kes Altantuya di mahkamah. Jika kewujudan gambar ini berjaya dibuktikan dan seterusnya dikeluarkan untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia, Najib akan terpaksa menamatkan karier politiknya di dalam keadaan yang mengaibkan. Tidak mustahil ini semua boleh dibuktikan kerana sekarang sebagai Menteri Pertahanan Pak Lah mempunyai akses terhadap risikan tentera yang lebih cekap, mantap dan tajam. Dan jika ini berlaku, Pak Lah akan terus kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Manakala Khairy, Kamaludin, Scomi dan kroni-kroni mereka akan turut selamat dari dicantas oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

March 2009 masih jauh. Lima bulan adalah suatu jangkamasa yang lama. Lima bulan yang akan dipenuhi dengan pelbagai tipu-muslihat, tikam-menikam dan sepak terajang politik demi kuasa. Politik sememangnya ialah seni merebut kuasa. Orang yang memegang kuasa tidak akan hanya duduk diam jika diancam. Orang yang memiliki kuasa tidak akan melepaskan kuasanya dengan mudah. Siapa yang lebih berseni – Pak Lah atau Najib? Lima bulan lagi kuasa masih di tangan Pak Lah. Lima bulan yang panjang. Cukup panjang untuk Pak Lah menggempur sehingga Najib tersungkur.

PAK LAH BELUM KALAH.....

Apa itu politik? Politik ialah seni merebut kuasa. Mereka yang gelojoh, mereka yang terburu-buru, mereka yang tak berseni pasti akan tersungkur sebelum sampai di pintu kuasa. Dan Pak Lah bukanlah orang yang gelojoh dan terburu-buru. Pak Lah orang yang berseni. Mungkin Pak Lah sering dipotretkan sebagai Perdana Menteri yang lembab dan kerap tidur. Tetapi di sebalik wajah-wajah negatif yang sering dipotretkan oleh blogger-blogger, Pak Lah sebenarnya sangat licik. Langkahnya berseni. Susun aturnya halus tak terjangka.

Tidak menghairankan kerana di belakangnya ialah Khairy Jamaludin, menantu anak perempuan kesayangannya. Anak muda lulusan Oxford. Kacak, petah berbicara dan mahir di dalam seni merebut kuasa. Buku The Prince karya Niccolo Machiavelli mungkin sudah berkali-kali dikhatamnya. Jangan terperanjat jika sebelum March tahun hadapan kemungkinan besar Najib yang tersungkur di pintu kuasa. Dan Pak Lah terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia. Bagaimana mungkin Pak Lah kekal berkuasa dan Najib pula yang akan tersungkur?

Kita mulakan dengan suatu pernyataan dasar yang cukup mudah iaitu: “Orang yang memegang kuasa tidak akan dengan mudah melepaskannya. Orang yang memegang kuasa tidak akan duduk diam jika diancam. Sekali sudah mengecap nikmat kuasa, keinginan untuk terus memilikinya akan semakin kuat. Orang yang memiliki kuasa akan melakukan apa sahaja untuk terus mempertahankan dan seterusnya mengekalkan kuasa yang dimilikinya itu”.

Pernyataan di atas harus difahami oleh semua orang. Ini hakikat kuasa. Ini adalah sifat kuasa. Apatah lagi kuasa yang tertinggi di dalam negara, seperti jawatan Perdana Menteri Malaysia. Tentunya akan mengundang keinginan yang lebih kuat untuk tidak melepaskannya dengan mudah. Dengan kuasa yang ada, status, prestij, kedudukan, kehormatan dan kekayaan dapat diperolehi melaluinya. Melalui kuasa juga, kuasa yang lebih besar dapat dikumpulkan. Dan Pak Lah tak akan melepaskan kuasanya dengan mudah. Pak Lah akan terus mempertahankannya.

Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada bulan March tahun hadapan. Hampir 5 bulan lagi. Lima bulan di dalam politik adalah jangkamasa yang lama. Macam-macam yang boleh terjadi. Kawan menjadi lawan. Lawan menjadi kawan. Segalanya serba mungkin. Lima bulan adalah suatu tempoh yang lama dalam medan tempur politik Malaysia.

Pelan peralihan kuasa jawatan Presiden UMNO adalah suatu sandiwara untuk mengabui mata Najib dan kuncu-kuncunya. Memang benar Pak Lah telah menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO dan seterusnya jawatan Perdana Menteri Malaysia. Itu suatu taktik yang licik. Mengundur ke belakang setapak untuk maju ke hadapan dua tapak. Memberi harapan sebelum memukul kembali ketika musuh alpa. Keyakinan yang ada pada Najib dan kuncu-kuncunya sekarang ini dengan jumlah pencalonan yang tinggi untuk Pemilihan Agung yang akan datang mungkin akan melalaikan mereka. Di waktu lalai itulah nanti Pak Lah akan memukul Najib sampai terbarai.

Dua peluru awal sudah pun dilepaskan. Najib hampir terbarai. Skandal SMS dan Skandal Pembelian Eurocopter baru sahaja terbongkar. Entah apa lagi yang akan terbongkar, pasti menarik untuk diselongkar oleh Pak Lah. Tahun 2009 belum lagi sampai, dua peluru awal sudah pun dilepaskan. Najib belum terbarai tetapi March 2009 masih jauh lagi. Lima bulan suatu jangkamasa yang panjang. Lima bulan lagi kuasa masih ditangan Pak Lah. Selagi kuasa masih ditangan Pak Lah; Pak Lah belum kalah!

Friday, October 10, 2008

Lagi taktik Kotor KPT kendali pilihan raya kampus

Apabila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TTNC dan Dekan HEP) supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Kampus (PRK) serentak, sebaliknya ditetapkan pada dua dua tarikh berbeza, tentulah sukar untuk mereka menolaknya.

Tarikh pertama PRK tahun ini ialah pada 16 Oktober 2008, manakala penamaan calon 12 Oktober, melibatkan sembilan IPTA, antara lain yang sudah dipastikan UMT, UMP, UMK, UDM, UTeM. Manakala IPTA lain, khususnya di Lembah Klang, akan diadakan pada bulan Januari 2009.

Sudah tentu media, masyarakat dan mahasiswa sendiri akan tertanya-tanya mengapakah arahan ini dikeluarkan oleh KPT.

Ironinya, pertanyaan-pertanyaan seumpama inilah yang sangat dibimbangi KPT!

Satu perjumpaan sulit diatur, dihadiri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Idris Haron, Prof Madya Dr Muhammad Hussin dari UKM, Prof Azali (TNC yang mendapat kepercayaan KPT) dari UPM dan sebahagian TTNC dan Dekan HEP bertempat di Rumah Melaka, Jalan Bellamy Kuala Lumpur bertarikh 6 Mei dan 16 Julai 2008.

Pertemuan terakhir berjalan di Hotel Istana, Kuala Lumpur, 6 Oktober, bermula jam 9 malam. Ia dipengerusikan Idris. Antara arahan yang dikeluarkan ialah melarang wartawan memasuki kawasan kampus semasa pilihan raya.

Mereka menamakan diri sendiri sebagai Sekretariat Kampus ('nama underground', kata Idris) dan merancang pelbagai strategi terkini terutama dalam menyekat kebangkitan mahasiswa yang tidak menyokong BN.

Jemputan mesyuarat sulit ini hanya dibuat melalui SMS. Tidaklah diketahui bagaimana TTNC dan Dekan HEP ini hendak membuat tuntutan perjalanan dan penginapan tanpa melalui kelulusan Naib Canselor dan tanpa surat jemputan rasmi.

Perjumpaan sulit ini hanya mampu diadakan tiga kali berbanding tahun-tahun lalu sebanyak sembilan kali.

Sebenarnya perjumpaan sehingga jam 2.00 pagi itu mendapat tentangan sebahagian besar TTNC dan Dekan HEP kerana segala strategi KPT didalangi Mat Hussin yang membuat 'comeback' selepas Dato' Mustapa Mohamed bertukar ke Kementerian Pertanian.

Kelibat Mat Hussin sahaja mengundang rasa mual dan jelik TTNC dan Dekan HEP. Sejarah mereka diarah-arah seolah "diketuk ketampi" Mat Husin, amat menyerikkan!

Di antara keputusan yang dipersetujui dalam perjumpaan sulit ini ialah mengadakan PRK tidak secara serentak seperti tahun-tahun sebelum ini.

Alasan utama KPT mengarahkan PRK diadakan secara berasingan ialah untuk mengelak daripada PRK menjadi perhatian media, rakyat, parti pembangkang dan mengelakkan kebangkitan mahasiswa.

Sepatah kata Idris: "Kalau boleh buatlah PRK secara senyap-senyap, jangan sampai diketahui sesiapa terutama media!" Inilah 'standard' pemikiran seorang timbalan menteri kita?

Beberapa strategi lain untuk melumpuhkan kebangkitan mahasiswa disenarai panjang dengan begitu terancang sekali. Sukar hendak dipercayakan, kerana seperti kata Dr Siddiq Fadhil, "umpama seorang ayah merancang untuk mencacat anaknya sendiri!"

Antaranya adalah:

1. KPT mengarahkan istilah Pilihan Raya Kampus ditukar kepada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Istilah pilihan raya bagi KPT adalah setanding dengan Pilihan Raya Umum dan bakal membangkitkan semangat juang mahasiswa.

Oleh itu kalimat ini wajar dihapuskan supaya mahasiswa tidak dapat merasa seperti suasana pilihan raya di luar kampus. Cukuplah dengan kalimat pemilihan, seperti memilih ketua kelas semasa sekolah rendah dan tadika sahaja.

2. KPT mengarahkan poster-poster calon hanya dikeluarkan HEP. Calon dilarang mencetak poster sendiri. Kreativiti calon tidak perlu dan dilarang. Cukuplah menunggu poster bersaiz A4 dari HEP. Adakah ini cara HEP membentuk kepimpinan dan kreativiti mahasiswa? Semua disediakan, mahasiswa dilayan seperti robot layaknya!

3. KPT mengarahkan perkataan 'mahasiswa' ditukar kepada 'pelajar' sahaja. Istilah mahasiswa bagi KPT boleh membangkit rasa 'self esteem' yang tinggi di kalangan mahasiswa.

Oleh itu KPT mengarahkan semua universiti menggunakan nama 'Majlis Perwakilan Pelajar' bukan lagi 'Majlis Perwakilan Mahasiswa'. Mahasiswa dilarang menunjukkan 'taring' sebaliknya hendaklah siap sedia akur dan jangan bersikap kritikal terhadap pentadbiran universiti, apatah lagi kerajaan BN.

4. KPT telah dan akan mengeluarkan perbelanjaan yang besar kepada HEP untuk menganjurkan kursus calon dan jentera Aspirasi Kerajaan sebagai persiapan PRK.

Sebaliknya calon bukan Aspirasi Kerajaan dianaktirikan dan tiada langsung bajet untuk kursus calon apatah lagi untuk jentera mereka. Jelas sekali mahasiswa telah diperbodohkan. Apakah permainan padang yang tidak sama rata ini adil dan 'gentleman'?

Sebenarnya setiap tahun, bajet ini dikeluarkan kepada TTNC dan Dekan HEP dalam bentuk wang tunai berjumlah ribuan ringgit. Oleh itu jangan hairan kalau calon Aspirasi Kerajaan berupaya memenangi banyak kerusi PRK kerana di belakang mereka adalah KPT, yang sepatutnya bertindak sebagai badan bebas menyelenggarakan PRK.

Seolah-olah bagaikan Yahudi yang menaja calon-calon presiden di Amareka Syarikat. Siapakah yang boleh memberi jaminan wang tunai yang berjumlah ribuan ini, tidak disalahgunakan oleh TTNC dan Dekan HEP? Saya cabar Canselor dan Naib Canselor menyiasat kenyataan ini.

5. KPT mengarahkan HEP supaya calon bukan Aspirasi Kerajaan tidak dibenarkan bertanding secara berkumpulan kerana ini akan membentuk kekuatan kepada mereka. Calon bukan Aspirasi hanya dibenarkan bertanding atas kapasiti individu. Begitulah "double standard" HEP kepadamahasiswa bukan Aspirasi Kerajaan.

Dalam masa sama, HEP secara terbuka membentuk dan menaja calon-calon Aspirasi secara kumpulan dengan mengadakan kursus calon dan jentera. Semua maklum, HEP adalah umpama Suruhanjaya Riliha raya (SPR) di kampus. Bayangkan HEP yang membuat peraturan pilihan raya tetapi merekalah juga yang menodai dan mencabuli peraturan tersebut!

Strategi terbaru KPT untuk meraih kemenangan calon-calon Aspirasi Kerajaan ini akanmengundang beberapa persoalan yang menambah kekalutan dan keresahan di kalangan media danmahasiswa di kampus.

Beberapa persoalan di bawah wajar dijawab KPT dan HEP demi menjamin maruah dan harga diri mahasiswa yang diinjak-injak ini dapat diperkasa dan dibela.

1. Mengapakah PRK tidak diadakan serentak pada tahun ini, sebaliknya dilanjutkan ke bulan Januari 2009? Umumnya, Akta Universiti dan Kolej Universiti jelas menyatakan, "Hendaklah jawatan Majlis Perwakilan Pelajar dipegang selama satu tahun sahaja."

Dalam kaedah tafsiran undang-undang perkataan "HENDAKLAH" membawa maksud mandatori. Tidak dapat tidak, tempoh perjawatan MPP dengan ini WAJIB berakhir apabila tempoh penggal merekacukup satu tahun.

Perkataan "HENDAKLAH" tidak boleh ditafsirkan secara bebas mengikut selera KPT. Tafsiran sebegini hanya boleh dimungkinkan sekiranya ada proviso yang membenarkan kelonggaran peruntukan tersebut dan pemanjangan tempoh MPP dengan memberi kuasa kepada Naib Canselor atau pihak lain untuk membuat demikian.

Namun di atas faktor kelompok sempit, KPT tetap ingin melanjutkan jawatan MPP melebihi setahun iaitu Januari 2009.

2. Mengapakah KPT takut dan bimbang sangat dengan liputan media dan perhatian masyarakat terhadap PRK dan kebangkitan mahasiswa? Sepatutnya KPT berbangga kerana mahasiswa menjadi perhatian dan tumpuan media dan rakyat.

Bukankah mahasiswa juga mempunyai hak untuk masyarakat mendengar suara mereka? Bukankah KPTjuga mahu mahasiswa mampu menjadi juru bicara ummah? Atau sebenarnya KPT hanya ingin melahirkan 'mahasiswa itik gembol-gembol' tukang angguk-angguk dan tukang geleng-geleng?

3. Apakah visi dan misi KPT sebenarnya dalam melahirkan mahasiswa yang berketrampilan dan mencapai tahap global? Apakah KPT merasakan polisi terbaru terutama melibatkan PRK ini bakal melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah seperti yang digembar-gemburkan selama ini?

Mahasiswa hari ini merasakan KPT tidak lebih hanya mempunyai visi dan misi untuk "menternak" dan memperbodohkan mahasiswa dengan idea-idea 'canggih' yang layak dilakukan Yahudi ke atas pemuda-pemuda.

4. Mengapakah KPT begitu merestui dan menggalakkan mahasiswa UiTM mengadakan demonstrasi bila Menteri Besar Selangor mencadangkan supaya sedikit kuota diberi kepada mahasiswa bukan bumiputera?

Ironinya, dalam masa sama KPT melarang mahasiswa lain mengadakan demonstrasidalam isu-isu yang lebih relevan.

Hakikatnya, KPT begitu arif berapakah jumlah sebenar mahasiswa bukan Bumiputera di USM dan di UPM. Ia bukan rahsia lagi. Tetapi KPT 'buat-buat pekak'. Peningkatan mahasiswa bukan Bumiputera di IPTA berkenaan tidak pula dikawal. Janganlah 'double stardard.' Kokoknya berdegar-degar tetapi ekor bergelumang najis!

5. Mengapa KPT begitu menekan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sedangkan mereka juga mempunyai hak dan pendirian untuk tidak menyokong calon Aspirasi Kerajaan?

Tentu kita masih ingat bagaimana pejabat MPP UIAM dikunci berbulan lamanya semata-mata kerana mereka tidak condong kepada Aspirasi Kerajaan. Berlaku adillah kepada semua mahasiswa. Janganlah peralatkan mahasiswa untuk kepentingan politik sempit KPT sahaja.

Senario buruk yang didedahkan ini wajar dihapuskan. Bayangkan apa akan terjadi kepada bakalpimpinan negara sekiranya KPT masih meneruskan polisi dan "strategi" yang bakal merosakkanpemikiran dan sikap anak bangsa mereka sendiri.

Cabaran masa depan negara dan era globalisasi yang semakin getir memerlukan anjakan pradigma oleh KPT sendiri. Janganlah membawa nilai 'politik kampungan' di menara gading.

Jika beginilah cara pentadbiran KPT, jangan terkejut mahasiswa sendiri akan bangkit bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Kerajaan BN. Mungkin ini sahaja jalan keluar bagi mahasiswa untuk keluar dari kezaliman KPT.

Mahasiswa sudah sekian lama disakiti. Apakah yang paling sakit bagi seorang yang bergelar 'mahasiswa tulen' di menara gading? Tidak lain dan tidak bukan ialah DIPERBODOHKAN!

Seruan saya kepada semua media, parti pembangkang, masyarakat dan mahasiswa: Gembar-gemburkanlah PRK yang bakal diadakan. Juga dedahkanlah segala pencabulan dankebejatan KPT dan HEP kepada mahasiswa kerana mahasiswa hari ini sebenarnya sangat memerlukan pembelaan daripada cengkaman 'seorang ayah yang tidak bertanggungjawab!'

Sumber : Harakahdaily



Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Dulu, Kini dan Selamanya...

Dulu, Kini dan Selamanya...

### salam ukhwah ###....

My Photo
Mujahideen
Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-) "kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
View my complete profile

MUTIARA KATA

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

bicara siswa

Followers

Nasyid FM

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all