Wednesday, April 27, 2011

...:: SEORANG LELAKI BERNAMA SUAMI ::...



' Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani '

Assalamu`alaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan yang menyingkap rahsia-rahsia yang tersembunyi, yang mengetahui keadaan hati-hati, yang membolak-balikkan hati tetapi Maha Pengampun atas dosa-dosa hambanya. Selawat dan salam dicurahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W., keluarga, para sahabat serta umat baginda yang tidak pernah jemu mengerah keringat demi kelangsungan agama yang tercinta ini.

Alhamdulillah, pertama dan selamanya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan mawaddah-Nya, dapat meneruskan lagi kehidupan ini. InsyaAllah catatan kali ini berkisarkan tentang Rahsia Cinta Wanita Solehah buat ...:: Seorang Lelaki Bernama Suami ::... Walaupun diri ini masih tidak memunyai pengalaman dalam alam berumah tangga, namun terdetik dihati ini untuk berkongsi sedikit sebanyak dengan sahabat-sahabat, mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca...


~ Rahsia Cinta Wanita Solehah ~


Alangkah baiknya jika kita renungkan dulu Nasihat Rasulullah s.a.w. untuk Suami dan Isteri :

" Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan hati apabila engkau memandangnya. Dia juga mematuhimu apabila kamu memberi perintah. Apabila kamu pergi, dia menjaga dirinya dan hartamu "

" Takutlah kepada Allah dalam memimpin isterimu. Sesungguhnya mereka adalah amanah paling dekat denganmu. Barangsiapa membiarkan isterinya lalai dari mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka dia telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya "

" Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia. Manakala orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti "

Subhanallah !!! Siapa tak mahu jadi wanita solehah kan? Orang lelaki pula tentulah kita nak yang soleh. Wanita solehah untuk lelaki yang soleh. Jadi... bagaimana nak jadi solehah ye? Mudahkah atau sukarkah? Jom baca dan meneliti pengisian berikut :



Acapkali pasti ada yang bertanya, bagaimanakah saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah?

Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?

Jawapan rahsianya ialah :-


Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap. ^_^ tapi ana & suami tercinta lain pula situasinya, insyaAllah berjauhan sementara je demi menyahut seruan perjuangan menuntut ilmu Allah s.w.t.

Bukan perkara yang sukar mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta tertinggi itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit. Subhanallah !!!

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga. Alhamdulillah...Ya Allah...

Sesungguhnya, beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Syukran Lillah...

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi. Ameen Ya Allah...

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa mencurahkan kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing ...:: Seorang Lelaki Bernama Suami ::...(*~*)

Pelihara hubungan jarak jauh


Assalamu`alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan hubungan jarak jauh yang dilalui?

Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Malah dalam buku bertajuk : Cinta dan Kebahagiaan Rumahtangga hasil tulisan Richard Templer ada menyatakan bahawa dalam situasi sedemikian haruslah mencari bahagia sendiri. Manusia mestilah bahagia dengan diri sendiri, sebelum dapat membahagiakan orang lain.

Sebenarnya, tinggal berjauhan lantaran tuntutan pekerjaan atau pendidikan bukan bermakna anda tidak boleh berbuat apa-apa. Bak kata orang ' jauh di mata, dekat di hati '. Inilah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan rumah tangga jarak jauh. SubhanAllah!

Lantaran itu, tinggal berjauhan boleh memberikan kebahagiaan sekiranya setiap pasangan saling berkorban antara satu sama lain. Masing-masing juga perlu memberi sokongan padu antara satu sama lain demi menggarap masa depan keluarga. Kepercayaan antara suami isteri juga signifikan dalam mengemudi bahtera dunia ini. Hal ini disebabkan, ia menjadi satu kewajipan penting dalam memelihara hubungan jarak jauh.

Percayalah pada diri sendiri bahawa boleh mengatasi masalah keluarga dan percayalah bahawa pasangan tetap menjaga dirinya. Tanpa kepercayaan yang kuat semuanya boleh hancur. Kemungkinan ketakutan muncul apabila anda memikirkan pasangan akan berlaku curang apabila berada berjauhan. Na`uzubillah.

Oleh itu, usahlah risau sebaliknya berfikirlah secara positif bahawa pasangan anda mempunyai perasaan yang sama dan kerinduan yang sama. InsyaAllah. Kalau sentiasa berfikiran negatif dan su`zhoon ini akan merugikan dan menjadikan diri tertekan. Malah boleh memudaratkan dan membenamkan semangat serta kepercayaan yang selama ini dipegang bagi pasangan yang berjauhan.

Selain itu sibukkan diri. Dengan wasilah ini, ia boleh membantu mengurangkan kesunyian. Carilah aktiviti yang sesuai dengan diri anda untuk dilakukan supaya waktu yang terluang dapat terisi dengan sebaiknya. Meskipun berjauhan, kita perlu bijak membahagikan waktu dan masa untuk berkomunikasi dan berhubung seperti melalui telefon, emel, khidmat pesanan ringkas ( SMS) dan sebagainya.

Tetapi, janganlah terlalu kerap menghubungi sehingga pasangan berasa terganggu dan tidak dipercayai. Oleh itu, batasi hubungan agar rasa rindu tetap terpelihara dengan baik. Selain itu, agar hubungan terpelihara libatkan anak dalam berkomunikasi kerana anak adalah antara faktor pengikat suatu hubungan. Misalnya, ketika menelefon berilah peluang si kecil untuk berbual dan mendengar suara ibu atau ayahnya.

Selain itu, jangan jadikan jauh sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, berusahalah cari masa untuk berjumpa dengan pasangan. Sebagai contoh, si suami bekerja di Borneo manakala si isteri pula bekerja di Semenanjung, cuba cari kesempatan yang sesuai untuk berjumpa dan bercuti...^-^ Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak jauh itu sebagai pemusnah cinta murni itu. Sebaiknya, jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan kita lebih bersemangat untuk meneruskan cinta. Allahu Akbar!

Boleh disimpulkan, jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik. Cumanya, ia boleh menjadi salah satu platform untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar pasangan menjadi seorang kekasih yang setia. Oleh itu, jangan lupa ye untuk mendoakan pasangan kita seusai solat kerana Allah yang menentukan segala-galanya. Hanya kepada-Nya lah sumber kekuatan cinta kita. Wallahu`alam.



' Binalah jambatan menuju hidup mulia, rumahtangga bahagia'

SUAMI : KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAMLAH ERAT TANGANNYA



Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargailah dia sebelum terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami-suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu
di saat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami-suami,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,
saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh ke dalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ?

Di sebalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..

Dia TERSENYUM apabila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU, Dia MENANGIS apabila melihat KESENGSARAAN
pada orang-orang yang dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM di sebalik KESEDIHANnya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI-ISTERI yang solehah dan SUAMI-SUAMI yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mereka

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA. Wallahu`alam.

Semuanya hanyalah kerana-NYA...Amen Ya Rabb...

~MEMBERI YANG TERBAIK, MENJADI YANG TERBAIK~

Sunday, April 17, 2011

Jika Kau Mahu Berniqab...

Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat...


Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu...


Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat...


Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah swt.
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya krn Allah swt..
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindung dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu..
Pabila ada kesempatan, yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam..


Usahlah kau mendongak wajah ke langit..
Belum tentu yg berniqab itu beriman..
Kerana itu kukatakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bkn hya ayat cantik utk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt..
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu...


Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu..
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita...


Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!
Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!


Yang membuka aurat, dah terang taknak berundur mendengar perintah Allah..
Jangan lah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sndr..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH,CINTA RASUL..
Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh...
Terlalu sarat dgn kata nista..
Kau berdusta!!


Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka..
Niqab bukan fesyen terbaru!
Niqab bukan pelindung maksiat!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!
Niqab bukan utk dipersendakan...
Berilmulah sebelum beramal..
Kerana yg menderita adalah mrk yg bjuang bhabis-habisan...


Inilah Cinta Yang sebenar-benarnya, Cinta yang didasarkan atas keimanan dan ketaqwaan manusia, Cinta seorang hamba kepada Sang Maha Pencipta, Cinta tanda syukur dan tiada kuasa selain kuasaNya, Cintakan Allah adalah cinta yg tk prnh luntur dan abadi

Monday, April 11, 2011

Meluangkan Waktu Mendiskusikan Persoalan Keluarga

Bismillah walhamdulillah… Alangkah indahnya sesebuah keluarga itu, apabila anggota keluarga diberi waktu dan kesempatan untuk sama-sama duduk mendiskusikan berbagai persoalan berkaitan keluarga atau pelbagai isu2 ilmiah, maka itulah pertanda bahawa keluarga tersebut mempunyai keutuhan ikatan kekeluargaan, dan saling bekerjasama dalam mewujudkan keluarga yang sakinah mawadah dan rahmah.


Tidak perlu diragukan lagi, bahawa laki-laki yang diberi amanah kepemimpinan dalam rumah tangga adalah orang yang paling bertanggung jawab, penentu segala keputusan. Tetapi dengan memberikan kesempatan kepada ahli keluarga yang lain, terutamanya kepada anak-anak yang menginjak dewasa maka hal itu akan merupakan pendidikan tanggung jawab kepada mereka, di samping semua akan merasa lepas dan lapang dengan perasaannya, karana pendapat mereka didengar dan dihargai. Misalnya, dengan mendiskusikan soal umrah pada bulan Ramadhan atau isu-isu semasa yang berkaitan agama pada hari ini, berbincang ttg perancangan ke rumah saudara mara untuk menyambung silaturrahim, penyelenggaraan walimah pernikahan, aqiqah, pindah rumah, projek-projek sosial seperti penghitungan jumlah fakir miskin sekampung untuk pemberian bantuan atau pengiriman makanan kepada mereka, demikian juga diskusi tentang kemelut keluarga, kerabat dan bagaimana untuk membentuk keluarga yang bahagia.


Perlu juga diingatkan kepada bentuk lain dari pertemuan yang penting untuk diselesaikan, yakni “Pertemuan Keterbukaan” antara kedua orang tua dan anak-anak. Beberapa kesulitan yang dihadapi oleh anak-anak yang telah baligh terkadang tidak mungkin untuk diselesaikan kecuali melalui pertemuan pribadi. Misalnya, bapa dengan anak laki-lakinya memperbincangkan secara terbuka berbagai persoalan yang berkaitan problem anak remajanya dan hukum-hukum baligh. Demikian pula halnya ibu dengan puterinya membincangkan persoalan-persoalan tersebut sekaligus mengajarkannya hukum-hukum yang berkaitan dengan wanita baligh.


Bapa dan ibu hendaknya berusaha semampu mungkin membantu memecahkan problem anak-anaknya terutama pada masa mereka masih remaja. Hal itu misalnya biasa dilakukan dengan menggunakan bahasa-bahasa yang menarik, seperti “ketika saya masih seumur kamu …”, sehingga mudah diterima.


Tidak adanya pertemuan semacam ini terkadang menjadikan sebahagian anak-anak menjalin persahabatan dengan teman-teman yang tidak baik, yang pada akhirnya menimbulkan masalah yang besar didalam rumah tangga. Wallahu A’lam.

Wednesday, April 6, 2011

WASPADALAH !!! Saudara Ipar Adalah Maut

Pada pembahasan kali ini, kita mencuba menukilkan penjelasan singkat mengenai Saudara Ipar dalam syariat Islam khususnya antara Saudara Ipar yang berbeda jenis kelamin.


Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya: Ada seorang wanita yang tinggal bersama saudarinya yang telah bersuami. Tatkala bersama saudara iparnya, ia tak berhijab. Bila diingatkan tentang hal itu, ia berdalih, bahawa ia dengan iparnya adalah mahram muaqat (mahram sementara) sehingga boleh lepas hijab.


Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin menjawab: Ada syubhat (ketidak pahaman) pada wanita tersebut. Ia beranggapan, bahawa seorang ipar, yang terlarang menikahinya selama masih (berkeluarga) dengan saudara kandungnya, termasuk mahram, (walau) mahram mua’aqat (mahram sementara).


Pemahaman begitu salah. Sesungguhnya, mahram ‘ila amadin’ (mahram temporer) itu bukanlah mahram. Hendaknya ia diperlakukan sebagai halnya ‘ajnabi’ (seseorang yang tidak terikat dalam mahram), hanya saja ia tidak boleh dinikahi secara bersama-sama. Yakni, adik dan kakak keduanya dinikahi (jam’u baina ukhtaini, -penj-.)


Sesungguhnya mahram (hakiki atau abadi) itu disebabkan nasab, dan lantaran hal yang mubah. Maksud kerana nasab yaitu kerana keturunan karib kerabat. Sedang maksud kerana yang mubah yaitu kerana kekeluargaan melalui perkahwinan atau persusuan. (baca Firman Alloh Subhanahu wa Ta’ala. An-Nisa: 22 -23)


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. yang artinya: ”Jangan kamu sekalian masuk ke dalam (ruang) wanita. Mereka bertanya, “Ya Rasulullah bagaimana dengan saudara ipar?”. Rasulullah menjawab, “Saudara ipar adalah kematian” [Hadits Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Shahih Al-Jami' Ash-Shaghir no. 2677].


Berdasarkan ini, maka kami katakan kepada saudari penanya, bahawa temannya yang bincang-bincang dengan iparnya dengan tanpa memakai hijab, dan ia menyatakan, bahawa antara dia dan iparnya adalah ‘mahram muaqat’ (mahram sementara), sesungguhnya perkataan itu salah.


Mahram disini bukanlah mahram sementara, karena yang dilarang/diharamkan adalah mengumpulkan isteri dari dua bersaudara seperti firman Allah di atas. Dan bukan yang diharamkan untuk menikahi saudara isteri sebagaimana difahami oleh teman penanya.


(Dikutip dari: Fatawa Al-Usrati wa Khoshotan Al-Mar’ah, dengan penambahan editorial)

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Dulu, Kini dan Selamanya...

Dulu, Kini dan Selamanya...

### salam ukhwah ###....

My Photo
Mujahideen
Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-) "kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
View my complete profile

MUTIARA KATA

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

bicara siswa

Followers

Nasyid FM

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all