Monday, February 8, 2010

Dijerit Gelap, Gelap Takkan Hilang ....

Bayangkan jika kita berada dalam sebuah bilik yang gelap. Tak nampak apa-apa. Kita pun menjerit "gelap...gelap... gelap tolong pergi, aku tak nampak apa-apa!!!!" Jerit ler sehingga terkeluar anak tekak sekalipun, adakah gelap tersebut akan hilang?

Semua kita faham, gelap takkan hilang jika kita sekadar menjerit atau mengatakan "gelap,...gelap...gelap..." sahaja. Namun gelap hanya akan hilang apabila kita membawa cahaya (nyalakan lampu atau nyalana lilin). Dengan membawa cahaya, gelap sendirinya akan pergi, dan bilik akan terus diterangi.

Begitulah kita hari ini. Ramai antara kita kerap bising tentang kebatilan dan kemaksiatan. Heboh orang cerita pasal batil sana, batil sini, maksiat sana maksiat sini. Kat surat khabar, kat tv, kat majalah asyik menceritakan tentang kemaksiatan yang makin bermaharajalela. Kat warung kopi, kat anjung masjid, kat dewan negara, kat dalam masjid, kat dalam ceramah agama, kat dalam kem motivasi... semua sibuk cerita tentang kemaksiatan dan keruntuhan akhlak remaja hari ini.


Adakah dengan sekadar menceritakan dan menghebohkan mengenai kebatilan dan kemaksiatan ni, kemaksiatan akan hilang? Kita umpamakan kebatilan dan kemaksiatan ini bagaikan satu kegelapan. Gelap akan hilang hanya bila kita membawa sinar cahaya. Apakah cahaya yang perlu kita bawa.

Setiap amalan nabi mempunyai Nur(cahaya) yang tersendiri. Nur amalan nabi bagaikan cahaya matahari yang menerangi seluruh muka bumi. Dengan nur(cahaya) amalan nabi inilah semua kegelapan (kebatilan dan kemaksiatan) di muka bumi ini akan hilang. Dan hari ini, apabila kita bangun atas maksud untuk menghidupkan amalan nabi ini, kita bagaikan bulan yang menumpang cahaya matahari untuk menyinari bumi.

Apakah amalan nabi yang dapat menyinari bumi dan menghilangkan kegelapan manusia (kebatilan dan kemaksiatan)? Apabila nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, nabi telah membawa cahaya untuk menyinari Madinah hingga dikenali sebagai Madinah al-Munawarrah (bandaraya bercahaya). Apakah amalan yang nabi buat. Sesampai sahaja ke Madinah, perkara pertama yang nabi lakukan ialah membangunkan masjid. Harus difahami, nabi membangunka amalan masjid, bukan sekadar membangunkan bangunan sebuah masjid. Masjid itu adalah amalan di dalamnya, hari ini kebanyakan kita faham masjid itu sekadar sebuah bangunan. Apakah amalan masjid yang telah nabi hidupkan? Nabi telah membangunkan masjid Nabawi dengan empat amalan utama.

Pertama: Amalan Dakwah

Hidupnya Masjid Nabawi dengan amalan Dakwah. Sepanjang masa pasti ada usrah atau halaqah (sekumpulan) manusia yang berkumpul untuk menceritakan kehebatan dan kebesaran Allah. Membawa fikir manusia daripada kehidupan dunia yang sementara kepada kehidupan akhirat yang kekal abadi. Daripada nilai Mal (harta) kepada nilai amal.

Kedua : Amalan Taklim Taklum (Belajar dan mengajar)

Sekiranya tiada halqah dakwah, pasti ada sekumpulan sahabat yang sedang membacakan atau mengajarkan hadis-hadis atau sabdaan-sabdaan nabi saw. Proses belajar dan mengajar terbahagi kepada dua perkara iaitu perkara berkaitan hukum (masail) dan perkara berkaitan kelebihan-kelebihan amal (fadail amal).

Ketiga : Amalan Ibadat

Sepanjang masa juga akan ada sahabat yang sedang melakukan badat. Ibadat seperti solat-solat sunat, tilawatul Quran, zikir dan doa.

Keempat : Khidmat

Amalan keempat iaitu khidmat. Amalan khidmat juga sentiasa wujud di dalam masjid Nabawi.

Dengan keempat-empat amalan inilah, Masjid Al-Nabawi telah hidup dengan amalan sepanjang 24 jam. Dengan amalan-amalan inilah, cahaya (Nur) telah menerangi madinah bukan sekadar di Madinah, bahkan ke seluruh alam hingga hari kiamat.

So, hari ini kita tutup cerita tentang kebatilan dan kemaksiatan di sana sini. Kemaksiatan dan kebatilan ini bagaikan kegelapan, yang takkan hilang kalau kita sekadar bising dan cakap...cakap dan cakap sahaja. Sebaliknya usaha perlu dibuat. Apakah usahanya??? Ya, kita (khasnya diri ini) kena bangun untuk makmurkan rumah-rumah Allah di tempat kita dan masjid-masjid di seluruh alam dengan amalan-amalan masjid Nabawi sebagaimana di zaman Rasulullah s.a.w terdahulu. Amalan-amalan inilah bagaikan Nur (Cahaya) yang akan menerangi bumi hingga hari kiamat.

0 comments:

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Dulu, Kini dan Selamanya...

Dulu, Kini dan Selamanya...

### salam ukhwah ###....

My Photo
Mujahideen
Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-) "kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
View my complete profile

MUTIARA KATA

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

bicara siswa

Followers

Nasyid FM

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all