Wednesday, February 3, 2010

Bicara Mujahideen..........


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ya Awwalan Awwalin Ya Akhiran Akhirin Ya Zalquatal matin Ya rahimal masakin Ya Arhamal rahimin.....



Bismillahirrahman nirrahim... Alhmdulillah....segala puji bagi Allah kerana masih lagi memberi peluang utk ana menulis dalam ruangan ini. Terlebih dahulu syukran kathir kepada shbt dan shbyh yg tidak putus2 memberi tazkirah dan kata2 semangat kepada ana. Semoga usaha ini sentiasa berterusan sampailah kite kembali bertemu dengan Allah nanti. Disini ana ingin mngajak shbt dan shbyh utk sama2 kite mentarbiyah diri ataupun dengan lain perkataan kite mngislah diri, jgn sesekali kite mengharapkan supaya diri kite ditarbiyah, sebaliknya kitelah yang sepatutnya cuba untuk mentarbiyah diri sendiri. Kite sepatutnya perlu jadikan diri kite sbg orang yang memberi, bukan sekadar jadi orang yang menerima.


Sahabat sahabiyah sekalian, jika pada suatu ketika dulu kite begitu semangat mencegah kemungkaran, kali ini pula ana ingin mengajak kalian untuk sama-sama kita mengimarahkan rumah-rumah Allah. Tak kira yang tinggal dibandar atau didesa, dikolej atau ditaman perumahan, marilah sama2 kite mengimarahkan taman-taman syurga. Amat janggal rasanya sekiranya pejuang-pejuang agama Allah sendiri tidak mengimarahkan rumah Allah. Dimanakah kite sewaktu Allah memanggil hayya ala solah, hayya ala falah, ( dengan lain perkataan wahai hamba2Ku marilah menunaikan solat, AKU ingin bagi kejayaan kepadamu) dimanakah kite pada waktu2 itu sahabat, adakah kite masih busy dengan asigmen2 kite, dengan urusan dunia kite, adakah kite masih lena dibuai mimpi indah. Dimanakah laungan takbir Allah huakbar!!!! Yang sering kite laung2kan selama ini. Adakah ianya hanya sekadar kata-kata yang dilaungkan atas dasar semangat semata-mata, atau kite betul2 memahami dan menghayati kata-kata yang kite laungkan itu. Kalau kite betul2 menghayati kenapa kite tak sahut seruan Allah sewaktu Allah memanggil kite. Adakah kite sudah berasa selesa dengan apa yg kite ada sekarang. Ingatlah sahabat sahabiyah, apa yang ada pada kite sekarang hanyalah merupakan pinjaman dari Allah, kelak kite akan kembali pada Allah. Justeru, sebelum dihisab oleh Allah, marilah kite menghisab diri masing2, sudah banyakkah persiapan yang telah kite sediakan untuk berjumpa dengan Allah.

Untuk mendapat segulung ijazah kite begitu teliti membuat perancangan, sanggup kurangkan waktu tidur dan rehat, sanggup kurangkan makan dan minum, malahan bertungkus lumus kite study sampai buku2 pun hampir rosak. Yang lebih hebat lagi, kite sanggup study sampai lewat pagi hingga kantoi solat subuh. Namun, apakah perkara yang sama kite lakukan untuk mendapat syurga dan redha Allah? Adakah kite sanggup berjaga malam untuk Allah? Adakah kite sanggup kurangkan tidur dan rehat semata-mata kerana Allah? Adakah kite sanggup kurangkan makan dan minum semata-mata kerana Allah? Adakah kite btul2 study kalamullah atau sekadar buat hiasan untuk disimpan? Adakah kalian ingat kite boleh dapat syurga dan redha Allah itu hanya cukup sekadar berdoa sahaja? Astargfirullah.....ampunilah kami ya Allah........

Ya akhi ya ukhti, bagaimanakah keadaan iman kite sekarang ye? Adakah ia semakin meningkat atau semakin menurun? Bagaimanakah dengan solat tahajjud kite ye? Solat2 sunat kite yang lain cmne ye? semakin bertambah atau semakin berkurang? Bacaan al-quran kite cmne ye? Selama 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun kite menuntut ilmu di sekolah dan juga universiti, bagaimanakah hubungan kite dengan Allah ye? Adakah diri kite semakin hampir dengan Allah atau semakin jauh ? Adakah hati kite gementar apabila mendengar nama Allah disebut. Adakah kite betul2 merasai bahawa Allah sentiasa bersama-sama dengan kite. Sama2lah kite jadikan amalan-amalan asas ini sebagai makanan harian kite dan menjadi darah daging selaku para mujahid dan mujahidah Allah. Kalau perkara ini belum wujud lagi dalam diri kite, adakah sudah layak untuk kite mendapat redha Allah? Adakah sudah layak kite mnjadi hamba Allah? Adakah sudah layak untuk kita menjadi kekasih Allah? Astargfirullah.....ampunilah kami ya Allah, permudahkanlah jalan-jalan untuk kami hampir padaMu....

Ya akhi ya ukhti, alhamdulillah, syukur kite kepada Allah kerana dalam ramai-ramai manusia disini, Allah telah memilih kite untuk berada sebagai pendokong kepada agama Allah. Walaupun pelbagai mehnah dan tribulasi yang terpaksa kite tempohi pada jalan ini, namun yakin dan percayalah bahawa itu semua merupakan tarbiyah Allah untuk mengangkat darjah hamba-hambaNya disisiNya. Malahan para anbiya’ lebih teruk lagi diuji jika dibandingkan dengan kite pada hari ini. Para anbiya’ yang terdahulu ada yang sampai digergaji hidup-hidup, dipenjara, dibalingkan najis, dicaci dihina dan sebagainya semata-mata ingin menegakkan syariat Allah di muka bumi ini. Namun berbeza dengan keadaan kite pada hari ini, paling teruk pun kite hanya berhadapan dengan semburan air asid dan gas pemedih mata. Hanya segelintir insan yang terpilih sahaja di penjarakan dan dibunuh. Namun Allah tidak membebani hamba2Nya melainkan mengikut kadar kemampuan hamba2Nya.

Ya akhi ya ukhti, walaupun begitu kite kena sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa akan menguji kite, untuk melihat adakah kite betul2 ikhlas dengan perjuangan ini. Mungkin disini Allah telah memilih kite, akan tetapi adakah Allah akan tetap memilih kite untuk berada dalam perjuangan ini apabila keluar dari kampus nanti? Apabila sudah berumah tangga? Apabila sudah mendapat pekerjaaan? Apabila sudah mempunyai anak?Apabila sudah mendapat pangkat dan kedudukan? Namun, realiti yang berlaku pada hari ini, ramai pejuang-pejuang agama yang berguguran apabila keluar dari kampus. Nauzibiullah....Ya Allah berilah kekuatan kepada kami supaya kami terus istiqamah dengan perjuanganMu. Untuk memastikan Allah sentiasa memilih kite, kite perlu ikhlaskan hati kite dalam perjuangan ini. Aku berada dijalan ini bukan semata2 kerana muslimat, bukan semata2 kerana muslimin, bukan untuk mencari populariti, bukan untuk menunjukkan diriku yang banyak ilmu, bukan untuk menunjukkan diriku hebat berkata-kata, namun aku berada dijalan ini adalah semata-mata keranaMu Ya Allah, untuk mendapat redhaMu, untuk menjadi kekasihMu.

Ya akhi ya ukhti, kite perlu sentiasa ada perasaan harap dan takut pada Allah. Perlu sungguh2 mohon pada Allah agar diberi kekuatan untuk sentiasa terus istiqamah pada jalan ini sehinggalah kite kembali berjumpa dengan Allah. Kite perlu tekad walaupun apapun yang akan berlaku pada diri kite, sama ada susah atau senang, miskin atau kaya, berpangkat atau tidak, hatta terpaksa berpisah antara roh dengan jasad sekalipun akan tetap istiqamah dengan perjuangan ini. Untuk AgamaNya, Allah sanggup melihat para kekasihnya digergaji, dipenjara, dicaci dan dihina, kerana apa ye sahabat? Jawapannya adalah kerana harga agama itu lebih berharga daripada nyawa kite. Oleh sebab itulah para anbiya’ dan sahabat2 r.a sanggup korbankan nyawa mereka semata-mata untuk agama Allah. Namun yang sedihnya pada hari ini, orang Islam sanggup jual agama semata-mata kerana dunia.

Ya akhi ya ukhti, ana mohon bebanyak kemaafan sekiranya ada tersilap bicara dan terkasar bahasa didalam artikel ini. Sesungguhnya ana tiada niat lain melainkan hanya sekadar untuk kite sama2 muhasabah diri masing2. Mungkin ada yang beranggapan ana selalu berbicara ttg perkara yang sama. Asyik2 bicara soal tarbiyah, soal kematian , soal hampirkan diri kepada Allah. Ya akhi ya ukhti sesungguhnya, bukankah kita sentiasa mengidam2kan untuk mendapatkan CINTA Allah bukan? Justeru, Cukuplah diri kite sentiasa dapat bersama2 dengan Allah walaupun tiada insan lagi yang mahu bersama dengan kite. Namun ana tak boleh melupakan tanggungjwab ana untuk sentiasa memberikan peringatan akan hal ini untuk diri sendiri dan seluruh ummat Rasulullah s.a.w, walaupun diri ini masih dibelenggu dengan dosa-dosa silam dan dalam proses mengislah diri. Alangkah indahnya hidup ini, jika didunia kite dapat bersama, disyurga pun kite dapat bersama-sama. Ya Allah...... permudahkanlah untuk kami melaksanakan amanahMu ini,...

Ya akhi ya ukhti, ana mohon bebanyak kemaafan sekiranya terdapat hak2 entum yang ana belum sempurnakan, hanya kepada Allah ana mohon keampunan... akhir kalam, walau dimana sahaja kite berada, disudut mana pun posisi kite, teruskan perjuangan. Sekiranya kite sebagai seorang anak, jadilah anak yang bertakwa, jika seorng pelajar, jadilah pelajar yg bertakwa, jika seorang guru, jadilah guru yang bertakwa, jika seorang daie, jadilah daie yang bertakwa, jika seorang suami, jadilah suami yang bertakwa, jika seorang isteri, jadilah isteri yang bertakwa....pokok pangkalnya adalah ”takwa”.

Wallahua’lam....

Syukran kathir......


Sekadar muhasabah diri dari pemburu cinta Allah

Mujahideen_kekasihAllah...

0 comments:

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Dulu, Kini dan Selamanya...

Dulu, Kini dan Selamanya...

### salam ukhwah ###....

My Photo
Mujahideen
Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-) "kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
View my complete profile

MUTIARA KATA

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

bicara siswa

Followers

Nasyid FM

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all