Wednesday, August 6, 2008

TANGGUNGJAWAB HAKIKI MAHASISWA

Ramai yang masih terkeliru mengenai tanggungjawab sebenar seorang mahasiswa. Begitu banyak pandangan, kritikan, nasihat, teguran, tohmahan, kutukan serta bermacam lagi yang dilontarkan kepada mahasiswa. Namun bagi mahasiswa Islam, perkara asas terpenting yang perlu dipikulnya adalah amanah terhadap Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT :

Mafhumnya:

“Sesungguhnya kami telah bentangkan amanah ini kepada langit, bumi, bukit bukau, namun semuanya enggan dan menolak kerana bimbang tidak dapat melaksanakannya, kemudian ianya diterima oleh manusia sesungguhnya manusia adalah zalim lagi jahil.”

Tiada satu pengeculian kepada mana-mana mahkluk yang bergelar manusia di atas muka bumi Allah ini dalam hal memikul amanah terhadap pencipta yang mahabesar. Menurut Al-Qurtubi, Ibn Kathir serta Fakhrul Razi dan al-Mawardi, amanah membawa maksud menegakkan agama serta mentadbir seluruh dunia dengan berlandaskan agama iaitu Deen Islam.

Ilmu Sebenar Mahasiswa Tulen

Mahasiswa yang merupakan generasi muda terpilih serta terpelajar, pergantungan masyarakat kepada mereka sudah tentu lebih tinggi berbanding para pemuda yang lain, bukan itu sahaja malahan bebanan tanggungjawab terhadap Allah, agama dan masyarakat juga adalah lebih tinggi. Firman Allah:


Mafhumnya:

“ Tidak boleh semua dari kalangan orang mukmin itu pergi berperang sekaligus tetapi hendaklah ada di kalangan kamu yang menuntut ilmu agama serta memperdalaminya maka apabila mereka pulang ke kampung halaman mereka memberi amaran terhadap kaum mereka semoga kaum mereka mendapat nasihat”

Dalam konteks ayat ini, boleh kita kelaskan mahasiswa dari kumpulan yang menuntut serta memperdalami ilmu ini. Sudah nyata mereka perlu beperanan terhadap masyarakat lebih dari yang kurang berilmu.

Adakah boleh kita katakan berdasarkan ayat ini maka tugas mahasiswa adalah meperdalami ilmu sahaja tanpa terlibat dengan aktiviti luar atau dalam kata lainnya politik di sekitar mereka?. Saya adalah di antara mereka yang menolak pandangan yang menyatakan bahawa tugas mahasiswa hanya sekadar belajar dengan kata mereka ‘belajar dahulu kemudian bila keluar barulah berpolitik’ Ini berdasarkan beberapa sebab:

‌أ. Ayat tersebut di atas menyatakan bahawa ilmu yang harus dan mesti diperdalami adalah ‘tafaqqahu fi ad-deen’ ini bermaksud dalami ilmu agama. Suatu ilmu yang diiktiraf sebagai ilmu mestilah mempunyai ciri sebagaimana firman Allah SWT:

Mafhumnya:

“Sesungguhnya mereka yang paling takut dari kalangan hamba-hambku adalah para ulama’”

Bermakna segala ilmu yang diperdalami itu menjuruskan mereka kepada takutkan Allah atau ilmu yang mengarahkan manusia lain kepada takutkan Allah SWT serta menonjolkan kehebatan Islam. Jika demikian, Ilmu dalam Islam hanyalah diktiraf apabila ia diamalkan. Kerana itulah Allah SWT menyebut


Mafhum:

“Tiada (dikira) bagi insan itu kecuali apa yang diusahakan (diamalkan) dan apa yang diuasahakan (amal) sahaja yang dikira (di sisi Allah)”

Ini dikuatkan lagi dengan satu hadith baginda SAW :

Mafhumnya:

“Mereka yang bijak adalah mereka yang mendekatkan diri mereka dengan amalan untuk kehidupan selepas mati, manakala mereka yang bodoh itu adalah mereka yang bercita-cita terhadap Allah (Syurga dan nikmatnya) dalam keadaan mereka mengikuti hawa nafsu mereka (yang bertentangan dengan syari‘at)”

Justeru pada hari ini, adalah suatu kemestian bagi seorang mahasiswa itu melayakkan diri mereka sebagai seorang cerdik pandai di sisi Allah bukan sekadar manusia sahaja. Secara kesimpulannya, kefahaman terhadap ilmu sebenar perlu diperjelaskan. Konsep ilmu dalam Islam juga menegaskan bahawa ilmu mesti diamalkan dan tanpa amal ianya sia-sia.

‌ب. Ilmu yang dipelajari di Universiti dipendamkan sahaja sehinggalah mereka keluar, suasana ini seolah-olah membiarkan ilmu yang dipelajari beku walaupun jelas di hadapan mereka ilmu tersebut tidak dipraktikkan dan dicabuli oleh kepimpinan. Mereka cuba mem’period’kan ilmu padahal ilmu itu tidak boleh dibatasi dengan sebarang jangka waktu. Oleh yang demikian, menjadi tanggung jawab mahasiswa untuk menegur kepimpinan, masyarakat serta mereka yang memegang kuasa dengan secara teratur dan berstrategi. Inilah yang dikatakan Mahasiswa berperanan menentukan hala tuju sesebuah negara.

Kita harus menyedari bahawa ilmu yang paling berkesan adalah yang paling relevan dengan suasana semasanya, kerana inilah para ulama’ menetapkan hukum-hakam syara’ yang tidak ‘thabat’ menurut keadaan. Menurut kaedahnya :

Mafhum :

“Berubahnya suatu hukum adalah dengan berubahnya tempat dan masa”

Mahasiswa yang tidak membiasakan pemikiran mereka untuk mencari penyelesaian permasalahan luar atau semasa dengan ilmu yang dipelajari di Universiti akan menatijahkan kesukaran mereka untuk terjun dalam masyarakat kelak. Mana mungkin, para mahasiswa kita mampu menggarap dan mengejar suasana yang berlari begitu pantas tanpa mereka mengendahkan suasana semasa dan langsung tidak cuba berperanan dan menegakkan ilmu mereka. Tidak kira samada ilmu fardhu ain, ekonomi, pengurusan, seni reka, keluhuran undang-undang (Rule of Law) serta pelbagai ilmu-ilmu lain. Semuanya mempunyai peranan masing-masing untuk menentukan pengamalan di negara ini mengikut teori terbaik yang dipelajari mereka.

Kebekuan mereka akan menjadikan mereka terkapai-kapai mencari kehidupan selepas tamat belajar dan agak lambat mengejar suasana serta merealisasikan ilmu mereka secara berkesan. Maka lahirlah begitu ramai mahasiswa yang bekerja bukan dalam bidang kemahirannya. Adalakannya ilmu-ilmu di Universiti amat sedikit sekali membantu kerjaya mereka. Mereka juga terpaksa bermula semula dengan suatu bentuk ilmu baru yang dipelajari secara spontan dan praktikal.

‌. Mahasiswa berilmu dalam erti kata mereka akan menjadi elemen sedar dalam masyarakat, mampu melihat kebenaran serta kesilapan dasar negara. Mereka menjadi harapan rakyat yang kurang pengetahuan. Mereka juga menjadi ‘kumpulan pendesak’ (Pressure Group) yang berkesan’, selain itu juga menjadi tenaga ‘check and balance’ kepada persekitaran negara dan masyarakat.

Ini tidak bermaksud supaya mahasiswa menghabiskan masanya dalam arena kemasyarakatan serta negara sehingga meninggalkan kecemerlangan akademik, apa yang dikehendaki adalah mereka dididik supaya supaya bertanggungjawab kepada negara sejurus mempunyai ilmu, mereka juga berupaya mengurus masa dengan kemas sehingga mampu juga mencapai target akademik yang cemerlang. Inilah ciri mahasiswa yang dinamik, progresif serta cemerlang.

‌د. Pengertian ‘politik’ juga perlu diperluaskan kepada pengertian sebenar iaitu ‘Ilmu pengetahuan berkenaan cara pemerintahan, ilmu kenegaraan dan dasar-dasar pemerintahan’. Jika diamati pengertian ini maka kita akan memahami tanggungjawab mahasiswa dalam politik. Ia tidak bermaksud politik kepartian PAS, UMNO, BN, KeADILan dll semata-mata tetapi ia menuntut keperihatinan mahasiswa dalam sebarang urusaan pentadbiran negara dan dasar....



0 comments:

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Dulu, Kini dan Selamanya...

Dulu, Kini dan Selamanya...

### salam ukhwah ###....

My Photo
Mujahideen
Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-) "kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
View my complete profile

MUTIARA KATA

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

bicara siswa

Followers

Nasyid FM

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all