Tuesday, October 4, 2011

Pemimpin Haraki Rabbani...

Bismillah Walhamdulillah...segala pujian bagi Allah kerana masih diberi kekuatan untuk meneruskan mencoret di laman yang sudah lama ditinggalkan tanpa sebarang pengisian. Bagaimana ana ingin mulakan? Dengan nama Allah, Yang Maha Agung, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Sesak nafas memikirkan soal tarbiyah ahli gerakan. Dengan perkembangan terkini mengenai kualiti dan kuantiti pelapis Jundullah di peringkat Sekolah,IPT,Pemuda Pemudi negeri khususnya dari Kelantan, sememangnya membimbangkan. Ditambah pula, sukarnya membilang golongan pemimpin dari kalangan pemimpin rumahtangga yang Haraki Rabbani. Siapa yang ikhlas, siapa yang rindukan pertemuan denganNya... akan dipilihNya untuk ditempatkan disisiNya. Soal hati urusan Allah semata. Namun seringkali juga, apa yang ada dalam hati... itulah yang tergambar pada wajah amalan. Orang yang sentiasa ingat Allah, dia akan ingatkan orang lain kepada Allah dan sebaliknya. Ya Allah, ampunilah dosa di atas kealpaan kami. Gamitlah hati-hati kami tatkala kami terlalai-lupa. Siapalah kami tanpa pimpinanMu. Moga lakaran tinta keyboard di bawah ini dapat menguatkan diri ana sendiri agar konsisten dengan tarbiyah diri. Serta sekali-kali tiada kompromi dengan iblis dan syahwat yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Aamin.

Bagaimana wujudnya sebuah Daulah, kalau bukan terdiri dari kumpulan masyarakat yang terbentuk dari keluarga-keluarga. Sesebuah keluarga yang terdiri dari individu-individu. Asas kepimpinan bagi pemerintahan negara bermula dari kepimpinan dalam rumahtangga. Lazimnya, pemimpin yang baik terhadap keluarganya akan menjadi pemimpin yang baik pula kepada masyarakatnya (menurut sistem nilai Islam). Sebaliknya, ketua keluarga yang tidak baik terhadap keluarganya takkan ke mana...

Alhamdulillah, di kalangan kita yang terpilih sebagai Jundullah... aktivis gerakan Islam... kesedaran memilih pasangan yang sefikrah memang sangat baik. Lebih-lebih lagi di kalangan muslimah. Mereka lebih pentingkan suami yang faham memandangkan tanggungjawab memimpin rumahtangga sangat besar pada bahu suami. Isteri juga nanti lebih terikat untuk sami’na wa ato’na selagi tidak melanggar perintah Allah. Berbanding muslimin, sebahagiannya mungkin tak kisah sangat dengan bakal isteri faham jemaah atau tidak kerana menganggap suami boleh bimbing isteri. Ada juga kali pertama mahu kahwin; pilih betul-betul. Muslimah tu biar faham jemaah, aktif, tutup aurat sempurna, menjaga batas pergaulan lelaki perempuan menurut syarak.. tapi bila nak tambah cawangan, sudah tidak endah itu semua. Tak apa pakai tudung sikit-sikit + berpakaian masih nampak body + tabarruj + pandai layan kita sikit-sikit walaupun masa tu kita masih status ajnabi dengan dia (dah lupa; kalau dengan kita yang belum sah sudah mengada-ngada, dengan lelaki lain pun jadi camtu juga, tak kisah...) + tak faham langsung jemaah dan segala syarat yang kita letakkan masa nak kahwin nombor satu, kita sendiri buat rombakan. Justifikasinya? Hanya empunya badan yang tahu. Selagi sebab musabbab + niat diharuskan syarak... OK lah. Kalau sebaliknya? KO! Naâuzubillah. Allah sentiasa bersama orang yang ikhlas. Allah akan jadi tulang belakang kita selagi kita ikhlas dalam setiap kerja/usaha kita. Kalau tak ikhlas, kitalah yang akan tension dan nyesal tak sudah... cuba elakkan perkara ni terjadi pada diri kita. Islam SANGAT TERCABAR sekarang. Dicabar merata tempat dan dalam pelbagai metod. Kalau kita biarkan diri kita tenggelam dalam pautan nafsu syahwat dan dunia yang Allah sediakan untuk orang kafir... kita rugi, Islam juga rugi kerana kekurangan pendokong yang berkualiti.

Ok... mana yang sudah bertemu jodoh sama-sama faham, alhamdulillah. Syukur sangat-sangat kepada Allah menganugerahkan suami/isteri sefikrah... Mana yang belum temu jodoh, tingkatkan kesabaran... Qada’ Qadar Allah adalah yang terbaik untuk kita. Disamping berusaha dan berdoa. Bila dapat pasangan sefikrah, sama-sama melalui proses tarbiyah di alam kampus; semakin mudahlah rumahtangga kita. Suami nak keluar pergi usrah, isteri diam. Dah fahamlah, katakan. Suami meeting sana-sini. Isteri relax. Tak bising-bising kerana tak lekat kat rumah. Itu untungnya dapat yang faham. Tak yah cerita panjang lebar. Tapi kalau isteri nak gi usrah, anak-anak kena angkut sekali. Itupun tak leh lama-lama. Kira oklah dapat juga buat program tarbiyah sebab suami faham. Cuma satu je, sudahlah usrah isteri-isteri terhad masanya + main dan layan kerenah anak-anak. Masa 2 jam (lazimnya) yang sepatutnya di isi betul-betul dengan ilmu dan segala macam yang boleh menjana fikrah serta semangat, tinggal sejam. Itupun usrah jarang-jarang. Isteri kena korbankan program tarbiyah untuk diri sendiri kerana beri laluan pada suami. Pengorbanan dari sudut kekerapan dan had masa. Pengorbanan lebihkan perhatian pada anak-anak kerana suami lebih perlu berada di luar rumah untuk kerja-kerja dakwah. Walhal, menjadi tanggungjawab suami mentarbiyah ahli keluarganya. Ada ke suami-suami haraki ni buat usrah kat rumah? Ahli usrahnya isteri dan anak-anak. Tak pe...bukan kah mana-mana isteri yang taatkan suami, solat 5 waktu yang wajib dan puasa Ramadan dapat masuk syurga dari pintu mana yang dia mahu? Bab taatkan suami tu lah paling mencabar sekali.


Cukup ke faktor-faktor di atas menjamin kerukunan rumahtangga? Oh ... bila dah kahwin, baru tau langit tu tinggi ke rendah. Isteri kita memang kurang. Banyak sangat kelemahannya. Memang dia bukan Fatimah kerana kita pun bukannya Ali. Dia bukan Khadijah kerana kita pun bukannya Muhammad SAW. Dan sebaliknya. Tapi kan... Asiah tu solehah walau suaminya Firaun. Isteri bila dapat suami beragama, dia dapat agama sepenuhnya. Suami bila dapat isteri beragama (walau 4 isteri beragama), baru dapat separuh dari agamanya. Separuh lagi kena cari di luar. Melalui dakwah dan jihad.

Di zaman sekarang ni, boleh ke kita katakan kalau dapat suami sefikrah dan aktif dengan kerja-kerja Islam... dia suami beragama? Betullah tu, dah beragama cuma bukan 100%. Justeru, isteri juga kena cari lagi sebahagian agamanya. Berapa % lagi tu, bergantunglah kepada % agama suaminya. Kebanyakan suami haraki yang ada hari ini, mampu bertukar fikiran atau memandu isteri yang faham dari sudut fikrah jemaah dan fikrah haraki namun amat sukar memimpin isteri dari sudut ketuhanan. Maksudnya cuba tajdid iman isteri sekaligus anak-anak serta meningkatkan ketaqwaan mereka. Itu belum dikira soal-soal teknikal dari sudut seni bercakap-cakap dan berbual-bual dengan ahli keluarga. Juga belum dikira dari sudut empati dan cuba memahami hasrat, harapan dan cita-cita isteri serta anak-anak. Para suami kurang mampu menjadi pemimpin Haraki Rabbani kepada keluarga sendiri. Sudahnya, permintaan-permintaan suami seringkali menekan isteri. Walau tanpa niat berbuat demikian. Perempuan ni semulajadinya lemah dari sudut biologi, fisiologi dan psikologinya. Bila tekanan meningkat dalam hidupnya, perempuan mudah dapat sakit mental. Kalau yang biasa kita dengar perempuan dalam pantang dapat gila meroyan. Na’uzubillah. Hanya yang menjadikan Allah tujuan hidupnya akan selamat. Allah kan ada di mana-mana? Bukankah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang? Para doktor dan yang belajar kaunseling/psikologi sepatutnya lebih memahami hal ini. Namun, menurut pemerhatian ana sejak belajar di peringkat sarjana muda sekarang... para ulama’ Rabbani sahaja mampu memahami sebahagian besar tabiat isteri seterusnya memimpin keluarga serta masyarakat ke arah ummah Rabbani.


Bawalah berbincang dengan ahli keluarga dalam setiap perkara dan tindakan yang mahu dibuat. Apatah lagi perkara yang melibatkan kesan besar pada masa hadapan. Kesan pula bukan hanya menimpa seorang individu, bahkan melibatkan orang lain terutama zuriat amanah Allah. Kesan kepada agama, dunia dan akhirat kita. Masing-masing perlu berikan penjelasan dan justifikasi tindakan yang mahu diambil. Selesai syura, beristikharahlah kepada Allah. Kemudian bertawakkal. Kalau kita hebat menjadi pemimpin masyarakat. Syura sana sini. Kenapa dengan keluarga sendiri kita tidak boleh mengadakan syura? Adakah kita lebih hebat dari Allah untuk memikulkan beban ke bahu ahli keluarga tanpa mengukur tahap kemampuan mereka terlebih dahulu! Pelbagai bebanan wajib, sunat dan harus digalas ke bahu lemah bernama perempuan, namun sebesar mana pula usaha suami untuk sama-sama yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.



Ana cukup hairan dan kagum dengan seorang sahabat ana. Berkahwin dengan arab. Sebelum dia berkahwin dengan arab tu, ana sendiri sering diberitahu bahawa syakhsiyyah tersebut memang individu Haraki Rabbani. Ana tak pernah dengar seorang isteri sepertinya (diuji dengan poligami) mampu berkata, sejak suami berkahwin seorang lagi, hidupnya bertambah bahagia. Ia bukan olok-olok. Dia bercakap dari hati. Ana belum berkesempatan bertemu sendiri dengan beliau. Namun dari sahabat yang thiqah...dia luahkan hal sedemikian. Mula-mula dia telefon nun jauh dari selatan. Kemudian, kebetulan pulang ke kampung untuk berhari raya, dia bawa balik pula madunya bagi diperkenalkan pada keluarga sendiri. Antara percaya dan tidak, sahabat ana sempat bertanya rahsia suami dia mampu pimpin hingga isteri rasa sedemikian. Muslimah tadi bagitau suami dia banyak berbincang dengan dia dalam hal rumahtangga. Bagi dorongan serta semangat. Suami sekali-kali tidak mengenepikan dia dalam membuat keputusan untuk kebahagiaan bersama. Dia sendiri pergi meminang dan mengiringi suami untuk akad nikah. Kemudian balik sendiri meninggalkan suami bersama isteri baru yang juga kawan baik dia dan murid suaminya. Ana sendiri belum tentu mampu buat sedemikian. Wallahuâ’lam.


*** Ha...rasanya bila baca bab ni...ramai la yang pasang angan-angan bagusnya kalau zawjah aku camni... tapi sebelum berangan-angan tu... cuba tanya diri sendiri Aku dah buat ke apa yang suami muslimah ni dah buat... hingga aku layak dapat respon +ve seperti yang muslimah tu berikan...? Bila isteri aku keresahan, ada ke aku ajak dia sama-sama berzikrullah terlebih dahulu... Bila isteri aku hangin semacam... Pernah ke aku tanya dia... Yang, ada apa-apa yang abang buat melukakan hati ayang? Atau kalau ego sangat nak tanya camtu, kurang-kurangnya ajak dia beristighfar sama-sama... ˜Kita banyak dosa lah Yang, sebab tu kita asyik tension je...Mari Ayang, kita sama-sama istighfar.. pah tu...bila dah tenang jom kita bincang balik apa yang menjadi punca hangin tu tadi.... Boleh ke tak boleh?

Rasulullah SAW pernah diadu oleh Fatimah a.s, lebih kurang beginilah bunyinya: Ayahnda, anaknda penat menguruskan tugasan harian dirumah... bolehkah ayahnda dapatkan seorang pembantu untuk anaknda. Moga dengan itu, ringanlah sedikit anaknda dalam menunaikan tanggungjawab seharian. Rasulullah termenung dan turut merasa kasihan melihat beban berat digalas anak gadis kesayangan: Macam ni lah anaknda, bukan ayahnda tidak mahu berikan seorang pembantu buatmu namun Allah SWT ingin berikan ganjaran terbaik buatmu. Anaknda bacalah Subhanallah 33X, Alhamdulillah 33X, Allahuakbar33X dan diakhiri dengan wa Laa Ilaaha Illallahu walllahu Akbar. Insya Allah dimudahkan segala urusanmu. Ini salah satu contoh Pemimpin Rabbani. Segala permasalahan, penyelesaiannya kembali kepada Allah dahulu. Tapi kalau isteri kita memang jenis banyak zikrullah, Alhamdulillah. Itu pun, perlu disedari tiada yang ma’sum selepas Rasulullah SAW. Justeru, isteri kita tetap akan melalui keadaan yang lalai dan terlupa. Sama-samalah kita mengingatkan antara satu sama lain.Tiada satu kesakitan berupa perkara menyakitkan hati & anggota badan, menekan jiwa, menggugah perasaan walau sebesar zarah; ia tetap merupakan kifarah dosa serta meningkatkan keimanan jika dihadapi dengan sabar. Kembali kepada Allah bukan satu pelarian dari masalah, bahkan masalah yang dihantar Allah kepada kita bertujuan menggamit hati kita supaya ingat dan cari Dia semula. Allah rindukan doa-doa qudus kita. Allah suka kita merayu dan meminta-minta dariNya tanpa rasa jemu serta sungguh-sungguh hati.

Benar, kalau suami mampu memahami kegemaran perempuan dan pandai ambil hati... masalah tidaklah besar sangat bila ada jodoh lagi. Ini, sudahlah isteri rasa tersisih dengan kesibukan suami. Masa yang sedikit pula dengan isteri dan anak-anak yang masih kecil tidak dipenuhi dengan perkara yang mampu mengisi rohani dan menghilangkan kehausan kasih sayang...memang munasabah isteri dan anak-anak rasa jengkel bila nak tambah pula tanggungjawab dengan orang lain. Bukankah Umar al-Khattab pernah mengarahkan seorang tenteranya pulang kepada isterinya kerana isteri sangat merindui suaminya? Rasulullah SAW senantiasa bergurau senda dengan isteri-isteri Baginda SAW serta membuat giliran membawa mana-mana isterinya apabila mahu berpergian. Baginda juga tidak pernah membuat permintaan atau menyuruh isteri-isteri Baginda SAW memikul pelbagai tanggungjawab dalam satu-satu masa. Begitu juga dengan ulama’ Rabbani yang lain. Kerana apa? Kerana mereka hanya beriman kepada ALLah SWT dan meyakini pembahagian tugas asasi dari ALLah antara lelaki dan wanita sudah cukup adil dan sesuai dengan tahap dan kemampuan masing-masing. Justeru tidak perlu kita cuba menokok nambah taklifan dari Allah sejak azali. KECUALI lah kita mampu mengisi ruang kosong yang ingin kita kosongkan tu dengan pengisian yang lebih berkualiti. (Baca artikel SaifulIslam bertajuk DOSA IBU BAPA MENGATASI KESALAHAN ANAK). Bila kita cuba keluar dari fitrah agama yang kita sendiri perjuangkan... lihat dan tunggulah bilakah datang pertolongan Allah tanpa di sangka-sangka itu!


Harap maaf, perkongsian di atas banyak juga bersifat umum. Insya Allah, tinta ini bakal melakarkan lagi kesinambungannya. Sebarang persoalan atau komen di alu-alukan.
Yang baik itu dari Allah, yang kurang tu semestinya dari kelemahan ana sendiri. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa.


Wallahua’lam.
Saje nak kongsi...

Alfaqeerah Ilallah,

2 comments:

syauqahsolehah said...

alhamdulillah...ana suka entry ni. perkongsian yg baek. -pemimpin haraki rabbani-

SuFi Haraki said...

Allahuakbar..baru terbaca entry ni....sgt panjang, tp ana hbs bacanya...bertuah bakal zaujah ust(pemimpin haraki rabbani)..InsyaAllah...doakn ana dpt seorng pemimpin haraki rabbani yg selayknya dgn ana=)...baarokallah: Ganjil Itu Istimewa

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Dulu, Kini dan Selamanya...

Dulu, Kini dan Selamanya...

### salam ukhwah ###....

My Photo
Mujahideen
Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-) "kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
View my complete profile

MUTIARA KATA

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

bicara siswa

Followers

Nasyid FM

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all