Tuesday, January 19, 2010

SEKADAR CORETAN BUAT AS-SYAHID SAHABATKU....

Ya Allah, berilah sedikit kekuatan kepada hambaMU ini untuk menulis sedikit sebanyak pengalaman sewaktu bersama-sama dengan as-syahid sahabatku.......







( Gambar kenangan bersama As-syahid akhi fadhiri ketika menuntut ilmu di Masjid wilayah,sewaktu menuntut ilmu dengan Sheik Nuruddin Al-Banjari)

Bismillah hirrahman nirrahim…
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, selawat dan salam buat junjungan besar baginda Rasullullah s.a.w, kepada sahabat2 baginda r.a, kepada tabiin sama ada yang terdahulu ataupun yang muntakhirin, tidak dilupakan juga buat kedua-dua as-syahid sahabat ana akhi fadhiri dan juga akhi faizol, smoga Allah merahmati roh entum berdua di syurgaNYA. Ameen.


Alhamdulillah.....selepas seminggu pemergian arwah, baru kali ini diriku diberikan kekuatan oleh Allah untuk menulis semula. Pemergiannya cukup dirasai diriku, memandangkan kedua2nya merupakan insan yang kusayangi kerana Allah. Dialah ayah, dialah ibu, dialah sahabat, dia juga adik2ku yang selalu kami berkongsi pengalaman dan pendapat, berkongsi ilmu dan kisah hidup. Namun, kedua2nya telah pergi dahulu meninggalkan diriku untuk bertemu dgn CINTA hakiki. Alhamdulillah, entum berdua telah mendapat tempat yang sangat istimewa disisi Allah. Kami doakan smoga entum berdua diletakkan dalam golongan para syuhada’.


Buatmu sahabatku as-syahid Mohd fadhiri

Ssungguhnya amat berat untuk diriku menerima pemergiaanmu sahabatku, namun apakan daya diriku cuma insan biasa yang terpaksa kena redha dengan takdir Ilahi yeng lebih menyayangi dirimu. Sebelum berangkat ke Kedah, ntah mengapa diriku trasa berat untuk pergi ke sana, seolah-alah ada sesuatu yang akan berlaku. Lantas aku mengambil tel utk call family di kampung, kot2 sesuatu telah berlaku kat family. Alhamdulillah, respon yang aku terima dari ibuku, semua familyku dalam keadaan sihat walafiat. Arwah beberapa kali memujukku untuk bersama2 dengannya ke Kedah untuk menziarahi sahabat kami di sana krn ayahnya sakit, selain menziarahi shbt2 lain di sana memandangkan kami akan menjalani latihan praktikum x lama lagi. Apabila kejadian ini berlaku, baru kutahu, hatiku gelisah sewaktu mahu bertolak ke kedah tempoh ahri rupa-rupanya, aku akan kehilangan seorang sahabat yang kusayangi.....Allah......

Walaupun sudah seminggu lebih pemergianmu, namun seolah-olah baru semalam aku berjumpa denganmu. Aku masih lagi mengingati gelak tawamu sewaktu kite berhenti rehat dari keretapi di Bukit Mertajam. Anta bgtau nak hantar ana ke kuantan, tempat ana buat praktikum, dan kite telah berjanji dengan sahabat2 yang lain untuk mengadakan DG sebulan sekali antara kite. Namun semuanya hanya tinggal kenangan untuk ana. Permergiaan anta berdua betul2 telah mninggalkan kesan yang mendalam kepada diriku, kerana anta berdua merupakan sayap untuk ana terbang lebih jauh. Namun, pada hari ini kedua-dua sayap itu telah patah. Namun perjuangan yang telah kite rancang, tetap akan ana akan teruskan. Kerana ana yakin perjuangan kite tak pernah keseorangan kerana Allah sentiasa bersama-sama dengan pejuang-pejuang agamaNYA.

Ya akhi, ana betul-betul merindui dirimu, disaat ana ada masalah, engkau datang membantu diriku, disaat aku dalam kesusahan engkau datang hulurkan bantuan, sungguh mulia peribadimu, namun hari ini aku telah keseorangan untuk meneruskan langkah perjuangan. Ana masih ingat sewaktu kite belajar di pondok sewaktu ketika dahulu, yang mana kite bertiga telah berjanji untuk sama-sama thabat dengan perjuangan serta meneruskan sistem ilmu pengajian pondok. Ana sangat merindui disaat kite sama-sama belajar menadah kitab mencedok sedikit ilmu untuk sama-sama menghampirkan diri pada Allah.


Ya akhi, kejadian tempoh hari masih dalam ingatanku, bagaimana untuk aku lupakan kerana kejadian itu berlaku didepan mata kami semua. Di saat ini diriku masih fobia dengan kejadian tempoh hari, mana taknya, apabila ana menaiki motor dan jika berhenti sahaja kat lampu isyarat, peristiwa masih bermain didepan mata. Hari pertama aku ke sekolah untuk praktikum, hampir 2jam aku sesat dibandar kuantan untuk mencari jalan pulang ke rumah sewa. Bagaimanapun aku berbangga menjadi sahabatmu, kerana dirimu kembali kepada pencipta sebagai seorang pejuang agama Allah, moga-moga dirimu dtempatkan didalam golongan syuhada’.


Ya akhi, disaat ana menemani anta ke hospital slim river, ana mengetahui ada sesuatu yang enta ingin bgtau ana, namun ana memohon bebanyak kemaafan sebab ana tidak mengizinkan anta barcakap panjang, kerana ana tau, anta dah kepenatan untuk melawan kesakitan. Namun, ana bersyukur walaupun dalam keadaan kesakitan anta masih berzikrullah, sentiasa menyebut...Allah, Allah, Allah.... ana masih ingat senyuman anta pada ana ketika itu, ana rasa mungkin itu senyuman anta yang terakhir pada ana. Ana juga hanya dapat membalas je senyumanmu, kerana pada waktu itu, ana tak dapat berkata apa-apa, melainkan mengingati anta dengan kalimah tauhid. Hati ana pilu, sebak, namun ana tahan juga air mata ini daripada mengalir didepan anta. Masakan hati ini tidak trasa melihat seorang sahabat, teman dan juga adikku daripada menahan kesakitan ini. Allah....


Apabila sampai di hospital teluk intan, ana tidak dibenarkan menemani anta lagi, disebabkan pembedahan perlu dilakukan dengan segera. Hanya kepada Allah ana memohon pertolongan semoga pembedahan anta berjaya. Tak sanggup rasanya kehilangan seorang lagi sahabat yang ana sayangi setelah arwah akhi faizol telah kembali di tempat kejadian. Lebih kurang 45minit anta dalam bilik ICU, seorang doktor keluar berjumpa dengan ana, kata Doktor ” Dik, saya harap adik dapat bertenang, kami telah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan sahabat adik, sekarang ni dia dah tak bernafas lagi, tetapi nadinya masih berjalan. Insyaallah kami akan cuba sekali lagi untuk sedarkan dia dengan menggunakan alat bantuan. Harap adik bersabar ye...”

Tiba-tiba diri ana menjadi lemah apabila mendengar kata-kata dari doktor.... Ya Allah, selamatkanlah sahabatku ini....aku sentiasa memanjatkan doa pada Allah, agar tiada apa-apa yang akan berlaku kepada sahabatku. Dalam hati ini, sentiasa mengharapkan dia dapat pulih. Namun sangkaanku meleset, lebih kurang 1jam selepas itu, doktor keluar lagi untuk berjumpa dengan ana, kata Doktor” Dik, kami minta maaf bebanyak, kami sudah cuba sedaya upaya, namun Allah lebih menyayangi sahabat adik. Sahabat adik sudah tiada lagi. Banyak-banyak bersabar la ye.....”


Ya Allah, bila saja dengan kata-kata doktor tadi, ana tak dapat lagi menahan air mata daripada mengalir, hanya sekelip mata kedua-dua sahabat yang kusayangi meninggalkan diriku....Ya Allah, berat sungguh ujianmu ini, namun aku tetap redha dengan taqdirmu, keranaku yakin, aku akan berjumpa kembali dengan sahabatku itu disyurga nanti, sekiranya diriku juga dipilih Allah sebagai penghuni syurga nanti. Pada masa yang sama, aku menerima banyak panggilan daripada sahabat dan sahabiyah untuk bertanyakan keadaan arwah. Namun, ana tak terdaya untuk menjawab panggilan mereka kerana masih lagi dalam keadaan sebak. Lalu aku menyuruh seorang lagi sahabtku yang turut menemaniku sewaktu di hospital teluk intan untuk menjawab setiap panggilan dan memaklumkan kepada mereka tentang pemergiaan arwah.


(# insyaallah akan bersambung selapas ini pulak )

3 comments:

andalusia said...

ALLAH......rindunya pada mereka..

Cikgu Fasiha said...

Senyumlah dan bersemangatlah kerana mereka meninggalkan cebisan kenangan yang tidak terungkap oleh kata-kata, namun bisa disingkap dengan ingatan yang telah terpatri sejak pertemuan di sekian kali. Bersemangatlah ya mujahid, mereka telah menemui Kekasih pujaan hati dan mereka juga inginkan kita untuk bertemu mereka di sana, teruskan thabat dengan perjuangan.. perjalanan ini masih jauh. Andai mereka telah pergi, bukankah Allah tetap akan bersama kita sepanjang usia. Dia tidak meninggalkan kita, walau sesaat..

syairah said...

enta pasti akan mendapat kekuatan baru kerana kehilangan itu adalah kerana perjuangan Islam...

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Dulu, Kini dan Selamanya...

Dulu, Kini dan Selamanya...

### salam ukhwah ###....

My Photo
Mujahideen
Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-) "kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
View my complete profile

MUTIARA KATA

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

bicara siswa

Followers

Nasyid FM

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all