lebih2 lagi apabila ana mendapat berita gembira daripada sahabat dan sahabiyah yang bermimpi berjumpa dengan anta. suatu hari ana menerima mesej daripada kak long arwah, " Ya Allah, kalo nk tau td mkcik k.long pengsan, masa dia pengsan jmpa dgn arwah,dan arwah peluknya, arwah pakai baju hijau,muka arwah berseri sangat,mkcik tanya tknk balik ko? arwah kata tknk,nak duduk sini, cantik sangat kat situ,subhanallah." Allah...., berkali2 ana membaca mesej ni, sambil baca sambil menangis, beruntungnya anta ya akhi, tentu anta berdua sedang menikmati kebahagiaan yang telah dijanjikan Allah disana, ana kat sini, masih perlu berjuang untuk mencipta seni kematian masing2. Ntah bagaimana pula keadaan ana bila dijemput Allah nanti, moga2 ana juga dijemput Allah ketika saat ana tengah berjuang dan dalam keredhaanNYA.
selang beberapa hari selepas menerima berita anta, ana trima pula mesej berita gembira mengenai arwah faizol. Seorang shbyh telah mesej ana, "ustaz, smlm ana mimpikan arwah ustaz faizol,arwah datang jmpa ana, dan tinggal banyak pesanan,arwah baru balik dari surau waktu tu, arwah sempat mnta maaf sbb tak dapat truskan perjuangan di kolej, ana tanya, ustaz nk ke mana pasni? arwah kata ana tak sabar nk jmpa dengan Pencipta, sronok dok kat sana, antara ayat arwah, "enti ajak sume shbt2 g sano deh, ana tunggu". ALLAHUAKBAR !!!
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, kerana entum telah mendapat apa yang telah dijanjikan oleh Allah untuk para pejuang agamanya. Ya akhi, jika anta nk tau, setelah entum berdua pergi meninggalkan kami,sahabt2 yang lain sering berbicara tentang kematian, masing2 muhasabah diri, sehinggakan kami juga bercita-cita untuk syahid dalam memperjuangkan agama Allah, ana cukup yakin, ukhwah fillah yang kite bina berlandaskan aqidah yang suci ini sentiasa mengikat kite untuk mencari redha Ilahi. Mudah2 didunia kite bersama, disyurga Allah pun kite juga dapat bersama-sama. Walau apapn yang akan berlaku nanti, insyaallah kami semua akan meneruskan perjuangan ini sehingga kami juga terpilih sebagai syuhada'.
Sewaktu ana dalam proses memulihkan kembali semangat baru, ana teringat kata2 seorang ustz yang juga murabbiku dlm salah satu kuliah maghrib, dalam kuliah tersebut murabbi telah membaca satu hadis yang berkaitan dengan kematian, hadis tersebut diriwayatkan oleh imam muslim, Rasulullah s.a.w bersabda, apabila matinya anak adam, maka terputus lah segala amalannya, melainkan 3 perkara, pertama amalan yang boleh memberi manfaat, kedua sedekaqah jariah yang kite lakukan semasa hidup, dan ketiga anak yang soleh yang sentiasa doakan kedua2 ibubapa mereka. Selain daripada 3 perkara tersebut, semuanya akan tinggalkan kite keseorangan dalam kubur nanti, pada waktu tu, hanya 3 perkara tersebut yang akan menjadi peneman kite yang setia, disamping kita akan bersoal jawab dengan mungkar dan nakir.
Apabila dengar kata2 dari murabbi tersebut, ana telah berazam dan bercita-cita untuk sempurnakan ketiga2 perkara yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w itu sebelum ana kembali berjumpa dengan Allah, mudah2 apabila ana kembali berjumpa dengan Allah nanti, ana ada meninggalkan mujahid dan mujahidah yang akan meneruskan perjuangan Islam dan sentiasa doakan ibubapa mereka. Smoga Allah merimalah hajatku ini.......Ameen......
4 comments:
ALLAHHUAKBAR!!!!!
untungnya bersama-sama org soleh/ah...
sentiasa dlm muhasabah dan ketaatan kepada Allah..
rindu rasanya pada syahid
sungguh sayu kaklong melihat gmbar arwah adik kaklong dan sahabatnya, arwah faizol...namun, kaklong turut gembira kamu berdua bahagia disana...doakan keluargamu dan sahabatmu mengiringmu disana..insyaallah..
kaklong menyampaikn mimpi seorang sahabat arwah: Dia menceritakan mimpinya semalm ttg arwah..."ARWAH AMAT GEMBIRA KERANA RAMAI SGT KELUARGA DAN SAHABAT2 MENGIRINGI PEMERGIANNYA..ARWAH KATA JANGAN RISAU DIA BAHAGI DI SANA..waalluallam
Post a Comment