Sebagai da’i jalanan ini, memang tidak punya modal yang banyak dan juga tidak mempunyai pengaruh untuk menarik manusia. Modal yang ada hanyalah lisan dan sedikit qudwah dari diri yang sentiasa perlu diperbaiki.Itulah dia! Mahu tak mahu kena teruskan. Da’i jalanan tidak boleh memilih mad’u. Jumpa siapa saja, islamlah jadi topik persoalan.
Terkadang bukan saja dibenci oleh manusia yang memang tidak mahukan deen ini tapi sesama da’i pun boleh terjadi dan terguris rasa. Hidup da’i memang perlu hati- hati dalam tutur kata dan budi. Kesalahan akan sentiasa dicari oleh sesiapa yang didekati.
Memang saki baki jahiliyah masih ada dalam diri kerana kita telah terlalu lama dididik dalam sistem ini dan bertambah rumit apabila kita campuradukkan dengan tarbiyah dan jadilah kita hanya sebagai syiar yang tidak boleh mengubah manusia.
Kita kena betul2 bersungguh perlu mengenal jahiliyah dalam diri dan meruntuhkannya sekiranya kita mahu dakwah ini terkesan. Jiwa jiwa kita mesti dicanai dan dilebur yang akan menatijahkan hati yang bersih. Jamaah ini adalah suci dan hanya yang suci sahaja yang dapat bersama didalamnya. Yang suci saja yang dapat mengembang risalah ini kepenghujungnya. Kita kena ingat, kiranya penyucian ini tidak kita mulakan maka lama kelamaan akan terserlahlah berbagai bagai kelemahan yang ada dalam diri apabila ujian Allah mendatangi kita.
Dalam kekalutan jiwa ini juga Sayyid Hawa pernah mengatakan bahawa pendokong islam terpaksa melalui satu jurah, iaitu tahap yang melukakan.samada kita bergerak kehadapan, kebelakang, kekiri dan kekanan musuh sentiasa menghalang kerana musuh musuh Allah telah banyak melumpuhkan kita disegenap bidang.
Ramai rakan rakan kita telah putus asa dan berhenti dari meneruskan kerana keadaan yang amat melukakan ini hingga kita ditolak sampai kedinding.Hingga tidak dapat bergerak lagi. Memang kita akui ..tetapi kata sayyid Hawa, kita jangan lupa, kita masih ada dua senjata utama yang tidak boleh diambil oleh musuh dan merupakan jalan keluar kita. AlQuran dan Assunnah dan masih asli dan tidak boleh dipesong oleh sesiapa juga. Kita masih ada qudwah yang sohih, neraca yang betul dan ingat yakni Janji Allah dan pertolongan serta keampunannya.
Sayyid Hawa dgn semangat berpesan kepada kita,
Dalam keadaan sebegini, jika kita terus berdiam diri, berputus asa dan menyerahkan kepada nasib, maka Islam akan mati. Kita mesti terus bergerak walaupun dalam keadaan luka parah. Jika kita tidak mampu berlari, kita berjalan. Jika kita tidak mampu berjalan kita merangkak atau kita maniarap. Bagaimana keadaan sekalipun kita mesti terus bergerak.
Bergerak disni bukan bergerak tanpa tarbiyah, tetapi bergerak berpandukan jalan Nabawi. Matlamat yang terang dan kaedah yang masyru’ . wallahu'lam...
0 comments:
Post a Comment