Wednesday, January 20, 2010

BERSUA KEMBALI.....

(kenangan as-syahid bersama housematenya)



Bismillah wal hamdulillah....

Sebelum arwah dipindahkan ke bilik jenazah, aku bersama dengan sahabat yang lain telah dibenarkan masuk oleh doktor untuk menziarahi arwah. Ya akhi, sungguh bersih dan bercahaya bila ku lihat wajahmu.....insyaallah anta termasuk dikalangan para syuhada’.....Allahuakbar....Aku bersyukur pada Ilahi, kerana ramai dikalangan sahabat-sahabat yang bekerja di Hospital Teluk Intan menawarkan diri untuk sama2 menguruskan jenazah arwah. Namun aku tidak dapat membuat keputusan sebelum berbincang dengan keluarga arwah tentang urusan memandi dan mengkafankan jenazah. Tidak berape lama kemudian abg long (abg arwah) tiba di hospital teluk intan. Pada waktu itu, jenazah arwah telah ditempatkan di bilik jenazah. Aku berbincang dengan abg long tentang urusan jenazah. Abang long meminta kami semua tunggu abah dan ma arwah terlebih dahulu. Abg long pun tak dapat nak buat keputusan sebelum abah dan ma datang.


Alhamdulillah…kira-kira pukul 3 ptg, abah dan ma telah sampai di hospital teluk intan. Aku diminta oleh abg long untuk memaklumkan kepada sahabt-sahabt yang sedang ziarah arwah didalam bilik jenazah supaya bersurai terlebih dahulu, untuk memberi peluang kepada family yang baru tiba bersama dengan jenazah. Pada waktu itu, aku menunggu didepan pintu bilik jenazah untuk menantikan kehadiran abah dan ma arwah sekeluarga. Bila abah arwah sampai didepan bilik jenazah, aku bersalam dan telus memeluknya......saat itu, aku sudah tidak tahan menahan sebak didada lalu air mataku terus mengalir…. Pada waktu itu,abah arwah menasihatkan aku supaya bertenang…..sungguh tenang abah menghadapi ujian ini.


Apabila selesai ziarah dan mendoakan arwah, ma, kak long dan adik arwah keluar dari bilik jenazah, pada masa itu aku masih berdiri di luar bilik jenazah, lalu aku mendekati mereka untuk menceritakan kejadian yang berlaku, memandangkan diriku antara salah seorang yang berada ditempat kejadian dan bersama-sama dengan arwah semasa berada kedah. Pada wktu yang sama, aku memberitahu ma arwah bahawa semasa kami di kedah, arwah ada menyatakan hajatnya kepadaku. Arwah meminta aku membelikan sepasang jubah untuk beri hadiah kepada ma kerana arwah tak sempat nak beli disebabkan ada urusan dengan adiknya di Penang. Namun, pada waktu itu aku tak dapat menunaikan hasratnya, memandangkan pada waktu itu kami sudah pulang untuk menghantar kereta sahabat ke rumahnya. Walau bagaimanapun, alhmdulillah....syukur pada Allah, aku dapat sempurnakan hajat arwah pada ma sebelum arwah selamat dikebumikan.


Lebih kurang pada pukul 4.30ptg jenazah arwah selamat disolatkan disurau hospital teluk intan. Alhamdulillah ramai ustaz-ustaz sekitar teluk intan dan pensyarah-pensyarah upsi yang turut sama solatkan jenazah. Selepas selesai solat jenazah, jenazah arwah terus dibawa balik ke kelate. Aku dan 3 org sahabat yang lain turut menemani jenazah arwah pulang ke kelate dengan menaiki van jenazah yang telah disediakan oleh pentadbiran upsi. Lebih kurang pukul 10.30 malam kami sampai di rumah arwah di tanah merah. Pada waktu itu, sudah ramai orang-orang kampung telah berkumpul dirumah arwah, yang sedang menanti jenazah dibawa pulang. Sewaktu family arwah berada di teluk intan, urusan di rumah telah dilakukan oleh abang khairi, dengan dibantu oleh Ustz aziz ( bapa saudara arwah) untuk memklumkan kepada orang kampung untuk datang solat jenazah di rumah arwah.


Aku dimaklumkan oleh adik arwah bahawa solat jenazah akan dimulakan pada pukul 1pg kerana ahli keluarga arwah masih menunggu abg arwah yang berada di Miri sedang dalam perjalanan. Sambil menunggu jenazah disolatkan, aku memanggil semua sahabt-sahabtku dari upsi yang datang dengan bas dan juga kereta, untuk masuk ke dalam rumah untuk sama-sama hadiahkan bacaan yaasin kepada arwah. Apabila abang arwah telah tiba di rumah, ustaz aziz(bapa saudara arwah) membuka sedikit kain kapan di bahagian muka arwah untuk ditatap buat kali terakhir oleh ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat-sahabat arwah. Tepat jam satu pagi, jenazah selamat disolatkan dan selesai dikebumikan pada pukul 2pagi.....Alhamdulillah....syukur pada Allah kerana telah memudahkan segala urusan jenazah....



Dua Hajat Arwah yang belum terlaksana...

Sebelum pemergian as-syahid, arwah selalu memberitahuku bahawa dia teringin sangat untuk melihat sahabat sesama JF membina baitul muslim. Pernah satu ketika arwah memberitahu, ana nak tengok sape sahabat muslimin yang pertama yang akan membina baitul muslim. Jika ada sahabat muslimin yang akan walimah nanti, kite akan berkampung di rumah mereka. Lebih-lebih lagi jika sesama ahli JF.” Pernah satu ketika sewaktu di kedah kami berdua berseloroh dengan akhi baha, selepas mendengar kuliah pak long. Kata arwah, ”dikalangan kite perlu ada salah seorang yang kena bagi sepenuh masa untuk perjuangan Islam, untuk menampung keperluan harian sahabat kite itu, kite akan potong gaji sahabat-sahabat yang lain.” lalu arwah mencadangkan nama akhi baha untuk bagi sepenuh masa untuk perjuangan Islam. Ana cuma tersenyum, tanda setuju dengan cadangan arwah.


Keduanya, arwah pernah bagitau bahawa beliau berhajat untuk menyambungkan pelajarannya ke syria, untuk menguasai bahasa arab. Lebih-lebih lagi salah seorang sahabat baiknya yang sama-sama belajar di SMKA Falahiah dahulu telah menyambung pelajaran ke sana. Menurut cerita arwah bapa saudaranya serta salah seorang abangnya juga pernah ke syria sewaktu ketika dahulu.


Ya akhi, jika diizinkan Allah umur ana masih panjang, insyaallah ana akan tunaikan kedua-dua hasrat anta ni. Sebelum ini, ana juga ada simpat hasrat untuk sambung belajar tetapi dalam bidang berlainan yang ana amik disini, kerana ana lebih dahagakan ilmu agama yang boleh dekatkan diri dengan sang pencipta. Insyaallah jika diizinkan Allah, ana akan ke Pattani dan India. Tidak ketinggalan juga ana akan ke bumi Syria untuk menunaikan hajat anta. Brape lama, itu belum pasti kerana semuanya masih dalam perancangan. Mudah2an perancangan ini sama dengan perancangan Allah.... wallahu'lam.....


(kenangan bersama arwah akan menyusul selepas ini)


4 comments:

Anonymous said...

Dalamnya ukhuwah, hasrat mereka jadi hasrat kita. Insya Allah, akan terlaksana...

Cikgu Arif said...

semoga kebaikan yg ditinggalkan mereka menjadi ikutan kita semua

Norhafizawati said...
This comment has been removed by the author.
Norhafizawati said...

cita2 arwah ustaz fadhiri...rasa sebak y tak terhingga...dia pergi membawa satu doa yang mana hanya dia tahu kandungannya...Arwah tepati janjinya membawa doa itu hingga akhir hayat...Allahuakbar!..

Pernah satu ketika dia nyatakan "susahnya ustazah nak dapatkan bidadari"

Ana yakin, arwah sudah jumpa bidadari. Allahuakbar!

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Dulu, Kini dan Selamanya...

Dulu, Kini dan Selamanya...

### salam ukhwah ###....

My Photo
Mujahideen
Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-) "kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
View my complete profile

MUTIARA KATA

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

bicara siswa

Followers

Nasyid FM

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all