Tuesday, March 1, 2011

Impianku..

Impianku ialah menjadi orang yang beriman
Disaluti rasa gerun dan taqwa kepada Allah
Jiwaku penuh penghayatan dan keyakinan terhadap Islam
Solatku lambang maruah diriku
Ilmu sentiasa diburu, disebar, dan diimarah
Sentiasa lapar dan dahaga akan pahala
Sentiasa bersama mujahid yang berjuang fiisabilillah
Tidak takut berkata benar
Tidak pernah gentar melawan nafsu

Impianku ialah menjadi orang yang menjaga tutur katanya
Tidak bermegah dengan ilmu di dada
Tidak menyombong dengan harta dunia yang dianugerahkan
Sentiasa berbuat kebajikan kerana mengejar sifat pemurah
Mempunyai ramai sahabat yang sentiasa bertambah

Impianku ialah menjadi seorang yang menghormati ibu dan ayah
Sentiasa berbakti kepada keluarga dan masyarakat
Memimpin dan menjaga kerukunan rumahtangga
Mendidik dan menyerapkan peradaban Islam ke dalam jiwa
Isteri tercinta dan anak-anak tersayang
Hidupku penuh kesederhanaan
Kerana dunia bagiku ialah rumah sementara
Dalam menuju akhirat hakiki

Impianku ialah menjadi orang yang sentiasa bersedia menjadi imam
Hidup di bawah naungan Al-Qur’an dan As-Sunnah rasulullah s.a.w
Mudah diajak berbincang dan berbicara
Sentiasa menundukkan pandangan
Sujudku membuahkan rasa hina diri sebagai hamba
Tulus ikhlas mengharapkan rahmat Allah

Impianku ialah peka dan optimis akan masa yang sentiasa mencemburui
Mataku layu kerana rakus menelaah
Suaraku lesu kerana keletihan mengaji dan berzikir
Tidurku lena bertemankan cahaya keimanan
Bangunku subuh ibarat harimau kelaparan
Buah tahajjud dan air mata tangisan menjadi hidangan
Kerana usiaku lanjut meniti kematangan



Impianku ialah peringatan mati sebagai teman sejati
Kerana bagiku dunia adalah ladang akhirat
Panorama kehidupan perlu dibaja dan disemai
Agar berputik tunas yang bakal bercambah menjadi baja yang berkualiti
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Impianku ialah menjadi orang yang tidak terlena dengan hambatan dunia
Kerana daku mengimpikan syurga firdausi
Di situlah rumahku kekal abadi

Perkenankan impianku Ya Allah…
Amen Ya Rabbal ‘Alameen…

Saturday, December 4, 2010

Ikhwah wa akhowat

Sahabat…

Andai benar kalian menyayangiku…
Jangan merimbun puji dan pujamu padaku..
Tapi, hujani aku dengan ingatan berisi cinta-NYA..
Kalam agung menjulang kehebatan Maha Pencipta…
Sabda Nabi yang lebih dulu menebarkan cinta buat ummatnya.

Pujian hanya mengurangi imanku…
Puja banyak menebalkan mazmumahku….
Panjang angan-anganku…
Lalu terlena diulit mimpi-mimpi nafsu.

Hanya peringatan dengan kasih menyedarkan…
Merentap keasyikan mimpi palsu bawaan syaitan…
Biar aku merintih dalam keinsafan…
Biar aku menangis mengenang kekhilafan…
Dari tersenyum tanpa nilai…
Apatah lagi tertawa yang membinasakan…

Sahabat….
Andai benar kalian menyayangiku….
Tebarkan wangian dalam persahabatan…
Agar harum kasih ikatan dan ukhuwwah ini…
Berpanjangan hingga ke syurga idaman…

Sahabatku…
Sayangi aku kerana-NYA…
Dan aku pasti menyayangimu jua kerana cinta-NYA.


Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Teman-teman pada masa itu setengah dengan setengah yang lain adalah musuh melainkan yang bertakwa.” ( Surah al-Zukhruf ayat 67 )

Firman-NYA juga yang bermaksud :


“Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia.” ( Surah al-Furqan ayat 28 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” ( Hadis riwayat Bukhari )


Juga, sabda baginda SAW yang bermaksud :


“Janganlah kamu saling putus-memutus hubungan, janganlah kamu saling berpaling tadah, janganlah kamu saling benci-membenci, janganlah kamu saling berhasad dengki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidaklah halal bagi seorang muslim berpaling dari saudaranya lebih dari tiga hari”. ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )



Mencari dan terus mencari cinta ILAHI cinta yang SEJATI...

Friday, December 3, 2010

Segala Puji Bagi Allah.....

Bismillah walhamdulillah,,,,,

Terlebih dahulu segala puji bagi Allah kerana telah memberi kekuatan utk hamba yang dhaif ini, utk memulakan semula menulis dlm ruangan ini setelah sekian lama menyepi tanpa entry2 terbaru. Hanya Allah yg lebih mengetahui disebalik apa yang tersembunyi, kerana semuanya berada didalam pengetahuanNya tanpa ada suatu pun yang terkecuali. Moga2 Allah, Pencipta seluruh alam ini sentiasa memelihara diri ini daripada segala perbuatan yang tidak baik, dari segala kejahatan manusia mahupun makhluk ghaib. Segala puji padaMu ya Allah kerana sehingga saat ini Engkau masih memberi peluang utk hambaMu ini perbaiki iman dan amalan. Moga2 hambaMu ini kembali kepadaMu dlm keadaan yg terbaik ddisisiMU. Allhmdulillah, engkau telah tempatkan diriku ditempat yg masyarakat sangat dahagakan cahaya Islam, moga2 Engkau terus mmberi kekuatan pada diriku utk meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh junjungan besar baginda Rasululah SAW utk menyebarkan risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia. Aku tetap redha dgn pencaturanMU wlaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga dan korbankan perasaan kasih dan sayang pada keluarga yang berada jauh disana, asalkan Engkau tetap redha dengan setiap apa yang aku lakukan disini. Tiada lebih besar bagiku, melainkan mendapat keredhaanMU. Tiada adaya upayaku melainkan dengan keizinanMu....

Monday, April 26, 2010

Persahabatan....

Persahabatan,
Sebuah kata yang terlalu sederhana
untuk mewakili makna yang dimilikinya
Di dalamnya ada suka, duka, canda, tawa dan air mata
Di dalamnya pula ada kesetiaan, kerjasama, kepercayaan dan kekuatan

Tidak ada yang mampu menggantikan indahnya persahabatan
karena ia adalah unsur harta kedamaian
Dalam perjalanan hidup kita:
ia adalah sejarah yang mewarnai kebersamaan
di setiap masa, setiap tempat, dan setiap relung kehidupan

Ya ikhwan akhowat,
Jangan sesekali kita memutuskan persahabatan
karena ianya tidak bisa diberi oleh apapun
Bahkan lautan harta tidak bisa menjamin kehadirannya
Hanya Allah yang meragutnya di hati manusia
dan Allah Yang Memeliharanya.

Bukankah kite pernah berjanji untuk sama2 syahid fisabilillah,

Semoga kita yakin
bahwa setiap episode persahabatan yang kita jalani
adalah hadiah dari-Nya
bukan pemberian manusia

"Maka jangan bunuh cinta (dan persahabatan) itu
Namun bingkailah ia dengan cahaya)"

Ukhwah fillah abadan abada...

Wednesday, April 21, 2010

PELIKNYA UMATKU...

Peliknya umatku....
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya
hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi
Tapi,pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud
2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya. (alamak! terkena!)

Peliknya umatku....
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi
Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut
menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg
taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian
seseorang ulama dan solehin?


Peliknya umatku....
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi
pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan
nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit
utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk
menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku....
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih
sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian
Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran
tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.


Peliknya umatku....
sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan
sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan
meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf
walaupun 5 minit cuma.

Peliknya umatku....
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup
peringkat kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak
elok untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya umatku....
setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12
mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak
ramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12 ,saat yg
ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak
ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umatku....
setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang
bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang
yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.



Tak salah rasanya kalau kita nasihat dan menasihati.....

Tuesday, April 6, 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ya Awwalan Awwalin Ya Akhiran Akhirin Ya Zalquatal matin Ya rahimal masakin Ya Arhamal rahimin..

Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Ameen.


"Ya Allah, Ampunkan Dosa-Dosa Kami, Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami, Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan, Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami, Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami, Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami, Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu, Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah, Bantulah Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai, Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai, Kurniakan Istiklas Dan Istiqamah, Engkau Satukan Umat Ini Dengan Perantaraan Usaha AgamaMu Ya Allah, Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu, Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini, Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Untuk Gerak Kerja AgamaMU, Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu, Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat, Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki, Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah, Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaik2nya, Engkau Kurniakan Kami Dgn Kehidupan Sunnah Nabi Saw, Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat Ini, Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Engkau Hidupkanlah Sunnah-Sunnah Rasulullah s.a.w. Dalam Diri Kami, Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami, Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami, Tunjuklah Setiap Individu Umat Ini, Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat, Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat, Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil, Hancurkanlah Suara-Suara Bathil, Engkau Gagalkanlah Rancangan-Rancangan Bathil, Peliharalah Usaha-Usaha AgamaMU ya Allah, Engkau peliharalah para DaieMU serta Masjid-Masjid yang subur dengan amalan agamaMU, dan Semua Pergerakan-Pergerakan Agama Yang Haq, Bantulah Kami Dengan Setiap Langkah Kami, Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami, Kurniakan Taufik Untuk Kami Buat Kebaikan-Kebaikan, Bantulah Kami Dengan Usaha-Usaha AgamaMu Ya Allah, Kurniakan Keampunan, Tutupkan Kesalahan-Kesalahan Kami, Mudahkanlah Kami, Kurniakanlah Ihsan Mu Pada Kami, Mudahkanlah Urusan Kami Dengan Fadhil Mu, Tanamkan Keyakinan Atas Nusrah Ghaibmu Dalam Hati Kami Dan Engkau Turunkan Nusrah Ghaibmu Pada Kami, Dimana Perlunya Hujan, Engkau Turunkan Hujan Rahmatmu , Jangan Pandang Umat Ini Dengan Pandangan Murka Mu, Lihatlah Umat Ini Dengan Pandangan Ihsan Mu, Jadikan Umat Ini Menyesal Atas Dosa-Dosa Yang Dilakukan Dan Kurniakan Umat Ini Taufik Untuk Bertaubat, Jangan Hindarkan Rahmat / Ihsan Mu Pada Umat Ini, Kasihanlah Dan Rahmatilah Umat Ini, Kau Turunkan Hujan Rahmatmu , Keluarkanlah Harapan Dalam Hati Kami Pada Ghair, Kurniakan Kami taufik Untuk Mengambil Manafaat Terus Dari Zat Mu, Keluarkanlah Yakin Salah Pada Makhluk Dalam Hati-Hati Kami Dan Tetapkan Kami Dalam Mentaati Perintah-Perintah Mu, Pada Orang-Orang Yang Ada Masalah Hutang, Engkau Bantulah Mereka Dengan Pertolongan Ghaibmu Untuk Menyelesaikan Masalah Mereka, Engkau Sembuhkanlah Orang-Orang Yang Sakit, Engkau Keluarkanlah Kelemahan-Kelemahan Zahir Dan Batin Kami, Engkau Kurniakanlah Kekuatan Zahir Dan Batin Kami, Pada Mereka Yang Ada Masalah Mahkamah Engkau Bebaskanlah Dari Masalah Mereka, Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati-Hati Umat, Hapuskanlah Kelalaian Dalam Diri Kami, Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati Kami, Dengan Ihsan Mu / Rahmat Mu Terimalah Doa Kami"-


Ya Allah, jadikanlah pengorbanan kami yang sedikit ini menjadi asbab Engkau terima kami dalam usaha yang murni ini...


Ameeen Ya Rabbal Alameeen~

Thursday, April 1, 2010

KULIAH SHEIKH NURUDDIN




PENGAJIAN BERSAMA SHEIKH NURUDDIN AL-BANJARI ALMALAKKI


PADA 12 & 13 APRIL 2010

PADA PUKUL 8.30 PAGI

TEMPAT : TINGKAT 1 , DEWAN SEMINAR MASJID NEGERI, KUANTAN.


KITAB FEQAH & USUL FIQH


MINUM PAGI & MAKAN TENGAHARI DISEDIAKAN

UNTUK PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI 012-9599953 ( USTZ. GHAZALI)


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE MAJLIS ILMU INI

INSYAALAH BANYAK MUTIARA BERHARGA DI DALAMNYA .



Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi

Dulu, Kini dan Selamanya...

Dulu, Kini dan Selamanya...

### salam ukhwah ###....

My Photo
Mujahideen
Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-) "kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
View my complete profile

MUTIARA KATA

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

bicara siswa

Followers

Nasyid FM

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all