Kita sesungguhnya sebagai insan, adalah makhluk yang sangat lemah. Allah s.w.t. sendiri menjelaskan hakikat ini dalam firmanNya yang bermaksud ; “dan manusia dijadikan bersifat lemah” [Surah An-Nisaa’ ayat 28].. Lemahnya seorang manusia itu sehingga ia pada bila-bila masa sahaja terdedah dengan kesilapan dan kesalahan. Bila-bila masa sahaja… dan sesiapa sahaja… termasuklah seorang daie itu sendiri.
Catatan saya kali ini adalah sebagai muhasabah kita bersama khususnya para duat atau daie ilalLah. Antara bencana besar yang sangat berisiko menimpa kita sebagai daie, murabbi, ketua, pemimpin atau sesiapa sahaja yang memiliki kelebihan atau kedudukan ialah bencana EGO.
Lantaran kita sahaja yang sering membimbing dan mendidik, memimpin dan menunjuk, sering menyampaikan nasihat dan bertazkirah.. ia boleh menimbulkan sejenis penyakit sampingan yang terkadang tidak disedari kecuali oleh mereka yang mendapat taufik Allah s.w.t. iaitu penyakit sukar menerima teguran, nasihat mahu pun kritikan.
Secara lisan memang mudah untuk seorang yang telah memiliki kedudukan tertentu di mata manusia untuk menyatakan bahawa “kita mestilah boleh menegur dan ditegur!” namun, secara hakikatnya Allah s.w.t. sahaja yang tahu bagaimana sukarnya membuang bisikan mazmumah ketika diri kita ditegur dan dikritik.Di antara kuman atau virus biasa yang akan mendampingi kita (daie, murabbi, qiyadah dsb) tatkala ditegur, dinasihati ataupun dikiritik ialah ;
* Sukar menerima kesilapan dan kesalahan yang dikritik
* Mencari justifikasi untuk membenarkan atau mempertahankan kesalahan tersebut
* Segera berpaling kepada kelemahan dan keburukan yang ada pada si penegur
* Mempertahankan kesalahan sendiri dan memburukkan peribadi si penegur
Kuman-kuman dan virus tersebutlah sekiranya tidak dihapuskan dengan segera akan mendedahkan kepada situasi yang lebih buruk sehingga membawa kepada terkoyaknya persaudaraan Islam dan timbulnya bibit-bibit permusuhan. Bagaimanakah cara untuk mencegah diri dari ditimpa oleh risiko penyakit jiwa yang merbahaya ini? Di antara tips nya ialah :
* Sewaktu menerima kritikan dan teguran di atas kesalahan yang memang kita lakukan, berfikirlah dengan dengan akal dan jiwa yang waras, tidak emosional dan dikuasai perasaan.
* Berusaha melihat sesuatu dengan berjiwa besar dan berpandangan luas (big picture). Sekiranya timbul perasaan malu dan jatuh maruah ketika ditegur, yakinkan diri dengan segera bahawa orang yang berlapang dada dengan teguran akan lebih dihormati.
* Segera bersangka baik bahawa si penegur yang menasihati kita tersebut sebenarnya sangat sayang akan kita sehingga ia sangat berharap perubahan yang positif dari tegurannya, bukan merendahkan kita.
* Anggaplah bahwa kejadian ditegur atas kesilapan ini adalah cara Allah s.w.t. mendidik kita secara langsung. Allah sangat sayang kepada kita sehingga ditakdirkan ada orang yang berani menegur dan memperbaiki kesilapan kita. Nikmatilah tarbiyah Allah ini..
* Bersyukur lantaran ada orang yang menegur agar kita tidak semakin leka, lalai dan terseleweng. Bayangkan jika kita terus di atas jalan kesilapan tersebut.. bagaimana natijahnya?
Ingatlah bahawa Rasulullah s.a.w. juga ditegur oleh Allah s.w.t. dalam peristiwa bersama Abdullah bin Ummi Makhtum yang buta. Tatkala Rasulullah s.w.t. sibuk melayani kalangan pimpinan dan pembesar kafir Quraisy sehingga merasa agak tidak selesa dengan kedatangan Sahabat yang buta lagi miskin ini datang untuk meminta pengajaran. Allah s.w.t. lantas menegur Nabi s.a.w. di atas perkara tersebut. Selepas turun surah ini, Rasulullah s.a.w. terus menyebarkannya agar dijadikan iktibar kepada umat yang lain. Dan jika Baginda bertemu dengan Abdullah bin Ummi Makhtum, baginda akan menyapanya dengan berkata: " Selamat bertemu dengan orang yang menyebabkan aku dikecam oleh Tuhanku". Inilah tarbiyah Allah s.w.t.
Inilah yang ditunjukkan pemimpin Islam selepas era pasca nabawi sebagai menterjemahkan amalan dan sunnah Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar al-Siddiq umpamanya, dalam ucapan sulungnya selepas dilantik sebagai khalifah meminta umat membetulkannya jika dia melakukan penyelewengan. Kata beliau, “andainya aku melakukan kebaikan, bantulah; tetapi andainya aku melakukan kesalahan, perbetulkanlah aku… patuhilah aku selama aku mentaati Allah, tetapi andainya aku sudah tidak mentaati Allah, kamu tidak perlu mematuhi aku lagi…”
Khalifah Sayyidina Umar al-Khattab juga berlapang dada menerima teguran daripada seorang wanita berkenaan saranan beliau supaya kadar mas kahwin yang diletakkan oleh pihak pengantin perempuan haruslah rendah kadarnya. Wanita berkenaan menempelak pandangan Khalifah dan menegaskan bahawa sebarang penetapan kadar mas kahwin sememangnya hak pengantin perempuan dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan. Khalifah tidak menganggap teguran tersebut sebagai perkara yang memalukan bahkan menegaskan dengan kata-katanya, "Perempuan ini benar dan Umar telah bersalah". Penegasan Khalifah seiring dengan doa beliau sebagai seorang pemimpin yang menyebut sebagai, "Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku tentang keaiban diriku".
Jika Rasulullah s.a.w. juga boleh ditegur, para sahabat besar juga bersedia ditegur.. siapalah kita untuk membesarkan diri (ego) dari menerima teguran??? Firman Allah S.W.T. :
"Dan apabila orang-orang yang apabila ia melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapakh lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa mereka selain dari Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji tersebut sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasan mereka keampunan dari Tuhan mereka dan balasan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kekal mereka di dalamnya, itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal."[Surah Ali 'Imran: ayat 135-136]
Terus Bersama Mahasiswa Pendidik
Mujahid Jailulfatih
Kucing KesayanganKu
Anda Pelawat
Subhanallah...
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam....
Informasi...
BANGKITLAH SEGERA.....
Mengapa kian malap bara juangmu....?
Dimana unggun yang menjulang itu..
Kemana pergi..?
Bangkitlah..
Hiraukan bayu yang menegur..
Takut nanti taufan hebat pula menampar..
Tidak sempat kau elak..
Usah goyah…
Usah lesu wahai pejuang..
Usah tunduk pada kekalahan..
Mana kau tahu itu penghujung segala..?
Bangkitlah segera anak dagang..
Jurangmu masih jauh berbeda..
Lupakah dikau pesanan ulama'..?
Muslim itu tidak boleh lemah..!
Tidakkah itu suatu kebenaran..?
Maka sahutlah..
Sambutlah kalimat itu..
Gapailah cita-citamu yang melangit tinggi..
Agar goyah kubu musuhmu..
Sekali rebah
takkan bisa melemahkan dayamu..
Kerana ia hanyalah
bak gigitan semut..
Bagi seorang pejuang yang utuh,
bekalkan jiwamu dengan makanan ilmu yang berguna.
Luangkan masamu
pada helaian kalimat Rabb
Kerana disitulah jalan bahagia bagimu...
....Laman Aktivis Mahasiswa.....
Labels
- cinta sejati... (1)
- Tinta Mujahideen (3)
TAUJIHAT DAKWAH...
“Perjuangan itu ibarat ranjau bertatah duri-duri yang mencengkam leluhur daging. Ditarik ia sakit, ditolak jadi nanah. Tapi bagi seorang pejuang, kesakitan itu ibarat tiupan lembut angin dari jannah dan tegukan air, penyejuk tekak di
“Allah menguji keikhlasan bila bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila ada masalah, Allah melatih kesabaran dalam kesakitan, Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikan yang lebih baik”.
“Memulakan langkah memang perit, jatuh, dan bangun semula… kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan. Terasa diri kembara sendirian… Mimpikan syurga idaman, sedangkan diri tidak tahan ujian. Kerdilnya diri bila menghitung keringat yang gugur… Titisan air mata kecewa rupanya masih sedikit cinta dan kasih ini dipadu… Mekar dalam jambangan setia pada perjuangan Islam.”
Traffic Jam
Alim Ulamak
Sheikh Nuruddin
Tok Guru Nik Abdul Aziz
Tok Kenali
Sunday, February 1, 2009
BEKALAN PARA DAI'E : SUKARNYA MENDIDIK HATI UTK MENERIMA SEBUAH TEGURAN....
Posted by
Mujahideen
at
10:57 PM
0
comments
Thursday, January 29, 2009
ERTI SEBUAH PERSAHABATAN ....
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri?..
Tetapi?Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana?.
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa?..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?.?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita?..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat?
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat?..
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu?.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan?..
Kita tidak tahu?.
Tetapi?.jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu?..
RENUNGILAH...
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA
Posted by
Mujahideen
at
4:13 PM
1 comments
Wednesday, January 28, 2009
MENEMUI KEBESARAN ALLAH SEMASA PROGRM KERIS O9..
Bismillahirrahmanirrahim…..
ALHAMDULLILAH……syukur pada Allah s.w.t kerana program Kem Jati Diri Muslim 09 (KERIS 09) telah selamat melabuh tirai dengan jayanya pada 26 Januari 2009. Kem tersebut yang dijadualkan pada 24-26 Januari 2009 merupakan yang julung-julung kali dianjurkan oleh Kelab Rakan Surau Ar-Rasyidin bersama Biro latihan dan Pembangunan Sahsiah Kolej Harun Aminurrashid dengan kerjasama Pusat Islam UPSI. Saya selaku Pengerusi Kelab Rakan Surau Ar-Rashidin dan juga Pengarah Program KERIS 09 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang terlibat diatas kerjasama dan komitmen yang cukup baik sepanjang program berlangsung. Tidak dilupakan juga buat sahabat dan sahabiyah AJK program yg sentiasa bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Semoga sumbangan entum semua mendapat keberkatan drp Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas kebaikan kalian.
Program tersebut bukan sahaja untuk mendidik peserta menjadi insan yang bertakwa, malahan ia juga untuk mentarbiyah diri saya sendiri supaya diri ini sentiasa bermuhasabah tentang perjalanan hidup yang sangat singkat ini. Mudah-mudahan diri ini sentiasa dekat dengan Allah s.w.t. Apa yg saya cuba ingin berkongsi disini adalah terdapat satu slot dlm program tersebut yang betul2 memberi kesan kpd hati saya, iaitu slot muhasabah dan bermunajat pada Allah s.w.t. Yang mana didalam slot tersebut kami menemui kebesaran Allah s.w.t . Slot muhasabah dan munajat ini diadakan khas untuk para peserta bermunajat pada Allah s.w.t. Apa yang memeranjatkan kami semua, kami menemui KALIMAH ALLAH pada gambar yang kami ambil. Kalimah tersebut dapat dilihat melalui cahaya lilin yang kami pasang dihadapan setiap peserta.
Subhanallah.....inilah pertama kali saya menyaksikannya, dan ianya bukan direka-reka. Malahan kami selaku urusetia melihat gambar ini berkali-kali. Hanya Allah s.w.t sahaja yang lebih mengetahui hikmah dsebalik kejadian ini. Apapn kite selaku hambanya sentiasalah dekat dengan Allah s.w.t. disebabkan kite tidak mengetahui bila kite akan dipanggil utk berjumpa denganNYA....mudah-mudahan bekalan kite mencukupi apabila kite kembali pada Allah s.w.t nanti. Apapn insyaallah kami akan jadikan program sebegini sebagai progrm tahunan Kelab Surau Ar-Rashidin....Insyaallah.......
MAHA SUCI ALLAH.....
Posted by
Mujahideen
at
6:45 PM
Monday, January 19, 2009
Menuju Ke Syurga Bukan Mudah...
“Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.
Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).
Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.
Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.
Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.
Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.
Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.
Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.
Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.
Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.
Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.
Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.
Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.
Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw “Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.” Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu ‘Alam....
Posted by
Mujahideen
at
5:10 PM
0
comments
Thursday, January 15, 2009
SEKADAR RENUNGAN BUAT SAHABAT DAN SAHABIYAH...
Alhamdulillah… ALLAH telah memberi kita peluang untuk benar-benar berada di medan juang sebagaimana yang pernah dialami oleh para rasul, mujahid-mujahidin yang menjadi mata rantai penolong agama allah. NAHNU ANSORULLAH...
Sahabat-sahabiah yang disayangi kerana ALLAH kita patut rasa syukur kerana nikmat ini bukan calang-calang orang yang ALLAH beri hanya hamba-hamba yang benar-benar rindukan dan impikan ISLAM itu menjadi agama yang tertinggi, tertegaknya hukum-hukum Islam dan ISLAM menjadi addin dalam setiap penganutnya…
Kita adalah ghuraba’ maka beruntunglah kita tergolong dalam golongan ini jika kita benar-benar ikhlas berjuang, jika kita benar rasa resah apabila islam itu diperkotak-katikan dan kita tergolong orang yang dilabel PEMBANGKANG hukum manusia yang bobrok tetapi hakikatnya kita adalah kerajaan atau pendokong HUKUM-HUKUM ALLAH yang mengimpikan daulah islamiayah itu sendiri…
ALHAMDULILLAH sahabat sahabiah sekalian ALLAH kurniakan kita rasa pedih, rasa perit, rasa resah, rasa sakit, rasa terhina, rasa difitnah, rasa direndahkan, dan pelbagai rasa didalam medan pejuangan yang sangat singkat itu.. itulah namanya sunnah orang berjuang . kita patut bersyukur dan ambil dari sudut pandang yang positif kerana perasaan inilah yang rasul dan para sahabat rasa ketika menyebarkan kalimatulhaq… nikmatnya…manisnya… indahnya… hidup sebagai pejuang agama ALLAH..
Bayangkan sahabat sekalian apabila kita dimedan itu RASULULLAH berada di depan kita tersenyum manis kerana baginda sangat bangga dengan kita… RASULULLAH dakap kita dan mengucapkan sabar ya umatku… RASULULLAH berjabat tangan kita mengucapkan tahniah… indahnya…
Para sahabat, parajurit islam, syuhada’ pula berbaris dalam saf-saf yang tersusun memberi sokongan padu kepada kita, memberi shout jihad kepada kita,mereka melaungkan takbir! Takbir! Takbir! Jangan takut jangan susah hati ALLAH bersama kita… la takhaf wala tahzan innallah ma’ana… indahnya hidup ini hidup kerana ilahi dan untuk islam…
Ikhlaskan hatimu kerana ALLAH, kerana nun di sana syurga menanti kita….
smoga kite semua diredhai Allah....
Posted by
Mujahideen
at
8:33 PM
0
comments
Saturday, January 10, 2009
Kepimpinan kelompok mahasiswa...
Mutakhir ini, kelihatan jarang-jarang atau kadang-kadang sahaja kelompok mahasiswa ini diberi perhatian dan dibangunkan kepimpinan mereka. Mahasiswa kini seakan diabaikan, kehilangan punca, semakin lesu dan dinafikan suara dan jeritan mereka.
Di pihak Aspirasi pula, mereka terlalu dimanjakan dan disesatkan arah tuju perjuangan tulen mereka oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Seakan lembu yang diikat hidungnya layaknya. Peruntukan KPT dihambur sesuka hati walaupun untuk projek pesta-pestaan.
Satu pihak diabaikan dan satu pihak disesatkan!
Soalnya, di manakah pula kecacatan anggota fizikal mahasiswa sehingga mereka juga tiada tempat dalam senarai keutamaan kelompok pimpinan? Mahasiswa tidak dipandang walaupun dengan sebelah mata. Isu-isu kebajikan mereka seperti biasiswa, PTPTN, Pilihan Raya Kampus, AUKU begitu menekan alam kampus. Apatah lagi isu kepimpinan dan daya juang yang semakin terperosok, hilang arah, tidak diketahui hujung pangkalnya.
Adakah masyarakat negara ini dapat merasai kehadiran dan kepimpinan mahasiswa? Kalau setakat terpegun dan puas dengan program baktisiswa, keluarga angkat yang dah lapuk itu, manakan mampu mungubah landskap kepimpinan negara. Malah mereka kerap sekali dimomokkan dengan masalah-masalah sosial dan pembawa masalah kepada masyarakat.
Mahasiswa adalah sasaran itu. Ya, mereka adalah kelompok yang tidak dbela kerana dilihat masih mentah dan belum diketahui bagaimana masa depan dan hasilnya nanti. Sedangkan suatu ketika dahulu, (biarlah, orang nak kata mengungkit) ketika sesetengah kelompok pimpinan pembangkang pernah ditimpa hiba, duka nestapa, ramai juga dikalangan mahasiswa yang tampil membela di jalanan, menjerit erti keadilan dan menyanggah kezaliman.
Memang manusia yang singkat akal budinya mudah tersilau dengan tahta yang segera dan mereka tidak begitu sabar untuk menghayun buaian seorang bayi kerana ianya amat memenatkan malah cukup melecehkan.
Menghisab kebenaran
Ada kalangan teman-teman mahasiswa bertanya soalan yang kelihatan main-main tapi wajar juga dihisab kebenarannya, mengapa tuntutan untuk memenangi pilihanraya kecil lebih kuat pekikannya berbanding usaha bersungguh untuk membina dan membela jenerasi pelapis yang bakal menggegarkan negara suatu hari nanti?
Apa jadi dengan mahasiswa di KUIS dan UNISEL? Masih hanyut dengan gejala sosial atau masih takut-takut nak susun program usrah? Sedang kuasa sudah di tangan!
Masing-masing berhak memberi jawapan yang berbeza.
Apa pun jawapannya, jika ketidakpedulian sejenak Rasulullah s.a.w. terhadap Abdullah Ibnu Ummi Maktum RA yang buta itu pun ditegur Allah taala!
Apakah pimpinan gerakan islam dan pimpinan negeri yang jelas mengabaikan nasib mahasiswa kini tidak akan ditegur Allah taala di akhirat nanti?
sekadar muhasabah diri. _
Posted by
Mujahideen
at
6:48 AM
0
comments
Monday, January 5, 2009
PALESTIN YANG DILUPAKAN.....
Palestin merupakan isu yang kini telah dilupakan. Palestin yang sepatutnya ada di hati orang yang beriman telah dilupakan oleh ramai golongan manusia. Bisikan dari hati ke akal terhadap isu Palestin bagaikan tiada. Hati seolah-olah tiada rasa cinta kepada saudaranya yang berjuang (Mujahidin). Akal fikiran seolah-olah tidak mahu mengetahui hakikat jihad.
Kita tidak mahu mengenali hakikat buminya, rakyatnya, dan sejarahnya, apatah lagi mengenali sebab-sebab kemasukan Israel Laknatullah yang membawa besi-besi dan api mereka untuk membakar umat Islam yang mulia.
Telinga kita berkata “TIDAK” apabila diceritakan realiti dan sejarah perjuangan jihad Islam sejak dari mula dan mengapa bermula. Mata tidak ingin memandang wawancara dengan pemimpin-pemimpin jihad Islam, apatah lagi mengenai negara-negara yang perlu diketahui oleh setiap umat Islam sehubungan dengan jihad di Palestin.
Tidak ingin sesekali kita membuka mata hati untuk mendengar mengenai semaraknya semangat, harapan, dan cita-cita ke arah kemenangan. Air mata tidak pernah berlinangan apabila melihat dengan mata kepala kita akan jenayah-jenayah dan kezaliman tentera Israel serta penyembelihan yang dilakukan mereka. Air mata tidak pernah bercucuran ketika mengetahui keadaan saudara-saudara kita, para mujahidin di Palestin. Kewajipan berjihad dari tangisan jiwa kepada realiti jihad yang sebenar bagaikan tiada dalam sanubari kita.
Kita terlupa mengenai hati-hati Mujahidin yang penuh keimanan di Palestin. Kita biarkan sahaja tulang-tulang umat Islam yang berselerakan disiat-siat oleh bom Israel. Kita biarkan jasad-jasad anak kecil yang dibakar oleh senjata dan kedengkian Israel. Kita biarkan bayi-bayi yang dirampas oleh kedengkian Israel dari pelukan ibu yang menyayanginya supaya disusukan oleh tentera-tentera Iblis oleh kepahitan atheis (golongan yang tidak mempercayai adanya Tuhan) serta diselimutkan dengan kasih “Missionary Yahudi” (pendakyah-pendakyah) dan paderi-paderi. Kita biarkan muslimat-muslimat kita dicincang-cincang ataupun dirogol selepas dibunuh.
Duhai umat Islam yang sedang tidur dan terus tidur, warkah ini kutuskan buat kalian. Sekiranya kita ingin terus tertidur, ingatlah musuh-musuh sedang berjaga. Mereka telah sampai ke katil-katil pembaringan umat Islam di Palestin. Andai kalian ingin terus tidur, kelak mereka akan sampai ke katil-katil kalian. Lena kita membuatkan kuffar berebut-rebut hendak menguasai kita. Bangkitlah duhai insan dari tidur lenamu yang begitu lama. Kibarkanlah bendera kebenaran. Takbir!!! ALLAHU AKBAR!!!
Posted by
Mujahideen
at
5:33 AM
1 comments
Mahasiswa Pendidik Pencetus Revolusi
Dulu, Kini dan Selamanya...
### salam ukhwah ###....
- Mujahideen
- Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-) "kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
MUTIARA KATA
Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)
bicara siswa
Laman Ilmu....
-
-
Hello world!8 months ago
-
Mampukah PAS pertahan Kelantan PRU-13?13 years ago
-
Mauris ut mauris15 years ago
-
Aidilfitri bersama Menteri Besar Kelantan16 years ago
-
BAKAL PENDIDIK DAN FAHAMI KONSEP SIASAH ISLAM17 years ago
-
-
-
-
sahabat
sahabiyah
-
DUNIA BLOG YANG DIRINDUI7 years ago
-
Shepherd Rescue North Carolina11 years ago
-
Entry baru, masih belum terlambat13 years ago
-
Kembali Menyusun14 years ago
-
-
Jemari Kaku Kembali Menari14 years ago
-
-
Tak takutkah dengan hukuman Allah?15 years ago
-
Melangkah Satu Tangga Lagi15 years ago
-
TERKINI16 years ago
-