Mana pemuda-pemudi .. Mengapa kian malap bara juangmu....? Dimana unggun yang menjulang itu.. Kemana pergi..?
Bangkitlah.. Hiraukan bayu yang menegur.. Takut nanti taufan hebat pula menampar.. Tidak sempat kau elak..
Usah goyah… Usah lesu wahai pejuang.. Usah tunduk pada kekalahan.. Mana kau tahu itu penghujung segala..?
Bangkitlah segera anak dagang.. Jurangmu masih jauh berbeda.. Lupakah dikau pesanan ulama'..? Muslim itu tidak boleh lemah..!
Tidakkah itu suatu kebenaran..? Maka sahutlah.. Sambutlah kalimat itu.. Gapailah cita-citamu yang melangit tinggi.. Agar goyah kubu musuhmu..
Sekali rebah takkan bisa melemahkan dayamu.. Kerana ia hanyalah bak gigitan semut.. Bagi seorang pejuang yang utuh, bekalkan jiwamu dengan makanan ilmu yang berguna.
Luangkan masamu pada helaian kalimat Rabb Kerana disitulah jalan bahagia bagimu...
“Perjuangan itu ibarat ranjau bertatah duri-duri yang mencengkam leluhur daging. Ditarik ia sakit, ditolak jadi nanah. Tapi bagi seorang pejuang, kesakitan itu ibarat tiupan lembut angin dari jannah dan tegukan air, penyejuk tekak di padang pasir… biar terbuang terus berjuang”.
“Allah menguji keikhlasan bila bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila ada masalah, Allah melatih kesabaran dalam kesakitan, Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikan yang lebih baik”.
“Memulakan langkah memang perit, jatuh, dan bangun semula… kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan. Terasa diri kembara sendirian… Mimpikan syurga idaman, sedangkan diri tidak tahan ujian. Kerdilnya diri bila menghitung keringat yang gugur… Titisan air mata kecewa rupanya masih sedikit cinta dan kasih ini dipadu… Mekar dalam jambangan setia pada perjuangan Islam.”
Persahabatan, Sebuah kata yang terlalu sederhana untuk mewakili makna yang dimilikinya Di dalamnya ada suka, duka, canda, tawa dan air mata Di dalamnya pula ada kesetiaan, kerjasama, kepercayaan dan kekuatan
Tidak ada yang mampu menggantikan indahnya persahabatan karena ia adalah unsur harta kedamaian Dalam perjalanan hidup kita: ia adalah sejarah yang mewarnai kebersamaan di setiap masa, setiap tempat, dan setiap relung kehidupan
Ya ikhwan akhowat, Jangan sesekali kita memutuskan persahabatan karena ianya tidak bisa diberi oleh apapun Bahkan lautan harta tidak bisa menjamin kehadirannya Hanya Allah yang meragutnya di hati manusia dan Allah Yang Memeliharanya.
Bukankah kite pernah berjanji untuk sama2 syahid fisabilillah,
Semoga kita yakin bahwa setiap episode persahabatan yang kita jalani adalah hadiah dari-Nya bukan pemberian manusia "Maka jangan bunuh cinta (dan persahabatan) itu Namun bingkailah ia dengan cahaya)"
Peliknya umatku.... Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi Tapi,pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya. (alamak! terkena!)
Peliknya umatku.... menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?
Peliknya umatku.... sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.
Peliknya umatku.... gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.
Peliknya umatku.... sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan.. sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit cuma.
Peliknya umatku.... setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok untuk nafsu,baca aje dah le.
Peliknya umatku.... setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12 ,saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid
Peliknya umatku.... setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.
Tak salah rasanya kalau kita nasihat dan menasihati.....
Ya Awwalan Awwalin Ya Akhiran Akhirin Ya Zalquatal matin Ya rahimal masakin Ya Arhamal rahimin..
Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Ameen.
"Ya Allah, Ampunkan Dosa-Dosa Kami, Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami, Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan, Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami, Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami, Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami, Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu, Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah, Bantulah Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai, Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai, Kurniakan Istiklas Dan Istiqamah, Engkau Satukan Umat Ini Dengan Perantaraan Usaha AgamaMu Ya Allah, Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu, Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini, Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Untuk Gerak Kerja AgamaMU, Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu, Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat, Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki, Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah, Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaik2nya, Engkau Kurniakan Kami Dgn Kehidupan Sunnah Nabi Saw, Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat Ini, Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Engkau Hidupkanlah Sunnah-Sunnah Rasulullah s.a.w. Dalam Diri Kami, Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami, Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami, Tunjuklah Setiap Individu Umat Ini, Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat, Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat, Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil, Hancurkanlah Suara-Suara Bathil, Engkau Gagalkanlah Rancangan-Rancangan Bathil, Peliharalah Usaha-Usaha AgamaMU ya Allah, Engkau peliharalah para DaieMU serta Masjid-Masjid yang subur dengan amalan agamaMU, dan Semua Pergerakan-Pergerakan Agama Yang Haq, Bantulah Kami Dengan Setiap Langkah Kami, Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami, Kurniakan Taufik Untuk Kami Buat Kebaikan-Kebaikan, Bantulah Kami Dengan Usaha-Usaha AgamaMu Ya Allah, Kurniakan Keampunan, Tutupkan Kesalahan-Kesalahan Kami, Mudahkanlah Kami, Kurniakanlah Ihsan Mu Pada Kami, Mudahkanlah Urusan Kami Dengan Fadhil Mu, Tanamkan Keyakinan Atas Nusrah Ghaibmu Dalam Hati Kami Dan Engkau Turunkan Nusrah Ghaibmu Pada Kami, Dimana Perlunya Hujan, Engkau Turunkan Hujan Rahmatmu , Jangan Pandang Umat Ini Dengan Pandangan Murka Mu, Lihatlah Umat Ini Dengan Pandangan Ihsan Mu, Jadikan Umat Ini Menyesal Atas Dosa-Dosa Yang Dilakukan Dan Kurniakan Umat Ini Taufik Untuk Bertaubat, Jangan Hindarkan Rahmat / Ihsan Mu Pada Umat Ini, Kasihanlah Dan Rahmatilah Umat Ini, Kau Turunkan Hujan Rahmatmu , Keluarkanlah Harapan Dalam Hati Kami Pada Ghair, Kurniakan Kami taufik Untuk Mengambil Manafaat Terus Dari Zat Mu, Keluarkanlah Yakin Salah Pada Makhluk Dalam Hati-Hati Kami Dan Tetapkan Kami Dalam Mentaati Perintah-Perintah Mu, Pada Orang-Orang Yang Ada Masalah Hutang, Engkau Bantulah Mereka Dengan Pertolongan Ghaibmu Untuk Menyelesaikan Masalah Mereka, Engkau Sembuhkanlah Orang-Orang Yang Sakit, Engkau Keluarkanlah Kelemahan-Kelemahan Zahir Dan Batin Kami, Engkau Kurniakanlah Kekuatan Zahir Dan Batin Kami, Pada Mereka Yang Ada Masalah Mahkamah Engkau Bebaskanlah Dari Masalah Mereka, Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati-Hati Umat, Hapuskanlah Kelalaian Dalam Diri Kami, Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati Kami, Dengan Ihsan Mu / Rahmat Mu Terimalah Doa Kami"-
Ya Allah, jadikanlah pengorbanan kami yang sedikit ini menjadi asbab Engkau terima kami dalam usaha yang murni ini...
Dilahirkan pada 30 Ogos 1984, anak ke 2 dr 6 adik bradik. sekarang menuntut di Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam,program pendidikan moral. erm...stakat tu je kot :-)
"kadangkala kite perlu menangis supaya kite sedar hidup ini bukan sekadar utk ketawa, namun, kite juga perlu ketawa, supaya kite sedar betapa bernilainya setitis air mata...."
Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)